KelabMama

Doa Mudah Bersalin Untuk Mama Amalkan

Sebagai orang Islam kita pasti percaya dengan kekuatan doa. Sebab tu adanya doa mudah bersalin untuk mama amalkan. Semua orang tahu saat nak melahirkan sememangnya saat yang paling ditakuti setiap mama yang hamil. Mana tak nya, saat nak melahirkan tu merupakan antara hidup dan mati tau. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tapi kita sebagai manusia jangan biarkan rasa takut menguasai diri.

Tarik nafas…lepas…kena bertenang dan mempersiapkan diri sebelum saat nak bersalin tiba. Itulah yang sebaiknya. Mama Siti faham mama yang sedang hamil mesti risau kan? Pelbagai persoalan yang bermain difikiran.

Jangan risau, Mama Siti akan kongsi dengan mama semua doa mudah bersalin untuk mama amalkan.

Semoga dengan mengamalkan doa-doa mudah bersalin ini :

Doa Mudah Bersalin Normal atau Czer

#1 SURAH MARYAM AYAT 26

Kisah ibu kepada Nabi Isa, Maryam, sangat mendebarkan. Saat bersalinkan Nabi Isa, Maryam bersendirian di tengah padang pasir dan hanya berserah kepada Allah SWT semata-mata.

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

Paling baik ialah jika mama sempat membaca keseluruhan Surah Maryam sehingga habis sebelum proses bersalin bermula.

#2 SURAH AL-IMRAN AYAT 38 

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Doa ini dipanjatkan Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya yang mandul.

Asbab dari doa ini juga boleh kita amalkan semasa bersalin agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

#3 SURAH FAATIR AYAT 11


وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ 

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

Ayat ini mengisahkan tentang kisah kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna.

Doa ini juga sesuai diamalkan semasa bersalin kerana pengorbanan seorang ibu yang bertarung antara hidup dan mati semasa proses kelahiran.

#4 SURAH AN-NAHL AYAT 78

Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.

Potongan ayat ini membawa maksud bahawa selepas kita dilahirkan dari rahim si ibu, Allah S.W.T menjadikan kita mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Allah S.W.T mengurniakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita sebagai hamba-Nya seperti akal, pendengaran dan penglihatan.

Maka dengan mengamalkan ayat ini, semoga anak yang bakal dilahirkan diberikan anugerah akal, pendengaran dan penglihatan yang sihat dan baik. 

#5 SURAH ANBIYA AYAT 89

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun. Harapannya, anak dalam kandungan juga dapat keluar dengan mudah seperti mana ikan Nun tersebut memuntahkan Nabi Yunus keluar dari perutnya. Malah, doa ini juga sesuai dibaca ketika kita berada dalam kesusahan, agar Allah beri jalan keluar dari kesusahan tersebut dan permudahkan segala urusan.

Antara doa mudah bersalin lain yang boleh mama amalkan ialah :

Surah Yusuf : Untuk anak yang cantik rupa dan akhlaknya

Surah Yasin : Untuk anak tak terpengaruh dengan maksiat

Surah Luqman : Untuk anak cerdik

Surah Al-Imran ayat 8-9 : Untuk memohon rahmat

Surah Ibrahim Ayat 40 : Untuk anak mudah mengerjakan solat

Surah Al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu

Surah Al-Baqarah Ayat 128 : Untuk anak patuh pada Allah SWT

Doa Untuk Suami Amalkan Ketika Teman Isteri Bersalin

Bukan mama je yang kena amalkan tapi papa pun boleh amalkan sekali tau. Dapatlah jugak menenangkan hati dan rasa tak senang duduk menanti si isteri kan. Papa boleh amalkan doa ini sepanjang proses kelahiran dan bertawakallah sepenuh hati kepada Allah SWT. InsyaAllah semuanya dipermudahkan.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”

TIPS DIPERMUDAHKAN PROSES BERSALIN

Selain mengamalkan doa-doa di atas, mama juga boleh melakukan beberapa tips mudah dibawah bagi menyenangkan lagi proses bersalin.

  1. Makan kurma, madu atau apa-apa buah-buahan yang dapat memberikan tenaga instant kepada tubuh mama. (Proses meneran memerlukan banyak tenaga)
  2. Banyakkan berjalan dan bergerak sebelum bersalin. Sebaik sahaja mama dapat merasakan surge dan bukaan di bahagian bawah, buat aktiviti berjalan sekerap mungkin
  3. Positifkan minda dan hati. Cuba untuk buang perasaan takut dan gantikan dengan kegembiraan untuk menyambut zuriat baru mama
  4. Pastikan mama berada dalam posisi yang paling mama selesa. Tinggikan sedikit kepala katil untuk memudahkan mama sewaktu proses meneran nanti
  5. Buat teknik pernafasan dan teknik meneran yang betul dan teratur. Mama boleh belajar dari video dibawah.

Apa-apa pun hayati dan nikmatilah proses kontraksi, meneran dan bersalin dengan sebaik-baiknya. Bersalin ialah anugerah yang Allah ciptakan khusus dan istimewa buat wanita sahaja.

Semoga bermanfaat!

Sumber : thezuriat, theAsianParent

BACA JUGA BENTAN SELEPAS BERSALIN | JENIS-JENIS BENTAN, RAWATAN & PETUA TRADISIONAL

Pesan Mama Siti

Apa yang penting, keyakinan bagi orang yang berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepadaNYA. Bagi mama yang menanti hari tu, Mama Siti doakan supaya semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amin.