KelabMama

Doa Minum Air Zam Zam & Kelebihannya

doa minum air zam zam

Doa minum air Zam Zam merupakan salah satu topik yang sering kita sebagai umat Islam tekankan. Ianya adalah minuman yang mulia bagi umat Islam dan bukan sekadar sebarang minuman, tetapi ia mempunyai kedudukan istimewa baik dalam hati umat Islam, mahupun di sisi agama.

Doa yang dibaca semasa meminumnya dipercayai membawa keberkatan dan kesembuhan. Dalam keunikan setiap titisan, tersembunyi keajaiban yang menakjubkan.

Hari ini Mama Siti akan mengupas betapa hebatnya Air Zam-Zam dan kehebatan doa-doa sewaktu meminumnya. Bagaimana ia menyentuh jiwa setiap tegukan, serta bagaimana kita dapat merasai keajaibannya dalam setiap titisan.

Doa Minum Air Zam Zam & Kelebihannya

Kelebihan Air Zam-Zam

Menurut sains

Beberapa pihak organisasi menyatakan bahawa tiada ujian saintifik yang menyokong kebaikan air Zam Zam. Ada juga yang mengatakan bahawa fenomena itu adalah kesan plasebo (placebo effect).

Pada bulan Mei 2011, British Broadcasting Corporation (BBC) juga telah melaporkan yang air zamzam mungkin beracun kerana mengandungi arsenik pada kadar yang tiga kali ganda lebih tinggi daripada paras yang selamat.

Berikutan laporan tersebut, ramai pihak telah menjalankan kajian saintifik terhadap air zamzam.

Kajian-kajian terkini menyatakan bahawa Air Zam Zam:

Kesemua bukti ini menunjukkan keistimewaan air zam zam sebagai anugerah ilahi.

Walaupun demikian, pembelian air zamzam di luar Arab Saudi mungkin tidak tulen disebabkan pengedaran yang tidak sah.

Sumber: SinarHarian

Kehebatan air zam zam menurut dalil

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ ،

Maksudnya: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)] [al-Haitahmi mengatakan bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (boleh dipercayai dan hadith ini juga disahihkan oleh Ibn Hibban. Lihat: Majma’ al-Zawaid, 286/3]

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِيْهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ

Maksudnya: “Padanya (air zamzam) terdapat makanan yang mengenyangkan”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

Maksudnya: “Dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]

Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

فَنَزَلَ جِبْرِيْلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَفَرَّجَ صَدْرِيْ، ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءٍ زَمْزَمَ

Maksudnya: “Maka Jibril AS turun lalu membelah dadaku, kemudian dia (Jibril) mencucinya dengan air zamzam”. [Riwayat al-Bukhari (1636)]

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Doa Minum Air Zam Zam

مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

Maksudnya: “Air zamzam[1] bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. [Riwayat Ibn Majah (3062)]

di dalam riwayat Ibn Abbas sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani iaitu:

فَإِنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ مُسْتَعِيذًا عَاذَكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ لِيَقْطَعَ ظَمَأَكَ قَطَعَهُ

Maksudnya: “Jika kamu meminumnya untuk penyembuhan daripadanya maka Allah akan menyembuhkan mu, jika kamu meminumnya untuk memohon perlindungan maka Allah akan melindungimu dan jika kamu meminumnya untuk menghilangkan kehausan maka Allah akan menghilangkannya”. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1]

Oleh kerana itu, Imam Nawawi dalam Kitab Al Adzkar mengatakan, para ulama menyarankan agar sebelum meminumnya, kita memohon ampun, kesehatan, atau mengutarakan keinginan lain kepada Allah SWT. Tabi’in ahli tafsir Mujahid RA pun menyatakan hal serupa bahwa atas izin Allah SWT, kehendak awal dari sang peminum dapat dikabulkan oleh Allah SWT.

Mama Papa juga boleh meniatkan apa sahaja, sama ada untuk:

Doa khusus minum air zam zam

Diriwayatkan oleh imam al-Hakim bahawa Ibn Abbas RA apabila meminum air zamzam, beliau akan berdoa dengan berkata:

اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Arab Latin: “Allahumma inni as’aluka ‘ilman nafi’an wa rizqan wasi’an wa shifa’an min kulli da’in.”

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit”. 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقَمِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Arab Latin: “Allahumma inni as’aluka ‘ilman nafi’an wa rizqan wasi’an wa shifa’an min kulli da’in wa saqamin bi rahmatika ya arhamarrahimin.”

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit; Dengan Rahmat Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!”

Sumber: detikhikmah


Mama Siti kongsikan pelbagai tips amalan dan doa di SINI