Cuaca panas di Malaysia dijangka berlanjutan sehingga Ogos ditambah pula dengan peratusan kelembapan udara (humidity) yang tinggi menyebabkan kita terasa lebih panas.
Sebagai ikhtiar agar Allah SWT menurunkan hujan, bacakanlah doa minta hujan dan doa ketika hujan yang Mama Siti senaraikan ini. Berikut ialah beberapa doa minta hujan yang boleh diamalkan.
Senarai Doa Minta Hujan Untuk Diamalkan
Doa Minta Hujan #1
اللَّهُمَّ أَعْتُنَا، اَللَّهُمَّ أَعْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثنا
‘Allahumma aghitsnaa, Allahumma aghitsnaa, Allahumma aghitsnaa’
Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kami hujan. Ya Allah! Turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Doa Minta Hujan #2
اللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْنًا مُغِيْنًا مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍ، عاجلا غير آجل
‘Allahumma asqinaa ghoitsan, mughiitsan, marii-an, naafi’an Ghiro dhoorrin, ‘aajilan ghoiro aajilin’
Maksudnya: “Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Doa Minta Hujan #3
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَنَكَ الْمَيِّتَ
‘Allahumma Asqi ‘ibaadaka wabahaa-imaka wansyur rohmataka, wa ahyii baladakal mayyit’
Maksudnya: “Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hamba- Mu, haiwan ternak, berilah rahmat Mu dengan merata, dan suburkan bumi-Mu yang tandus.”
Doa Minta Hujan #4
لا إله إلا اللهُ يَفْعَلُ مَا يُريدُ اللهُم أَنتَ اللهُ لا إلهَ إلا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاء أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا لَنا قُوَّةً وبلاغا إلى حين
‘Laa ilaaha illaaLlah, yaf’alu maa yuriid. Allahumma AntaLlahu laa ilaaha illaa Antal Ghiniyyu wa nahnul fuqoroo-u, anzil ‘alainal ghoitsa waj’al maa anzalta lanaa quwwatan wabalaghon ilaa hiin’
Maksudnya: “Tiada Tuhan kecuali Allah, Dia melakukan apa saja yang dikehendaki. Ya Allah, Dikau adalah Allah, tiada Tuhan kecuali Dikau Yang Maha kaya sementara kami yang memerlukan.
Maka turunkanlah hujan kepada kami dan jadikanlah apa yang telah Dikau turunkan sebagai kekuatan bagi kami dan sebagai bekal di hari yang ditetapkan.”
Doa Ketika Hujan #5
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
‘Allahumma shoyyiban nafi’an’
Maksudnya: “Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Adab-adab Ketika Turunnya Hujan
#1 Berdoa
Sahl bin Saad, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
ثِنْتَانِ لا تُرَدَّانِ، أَوْ قَالَ: مَا تُرَدَّانِ، الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَعِنْدَ الْبَأْسِ، حِينَ يَلْتَحِمَ بَعْضُهُ بَعْضًا وَفِي رِوَايَة : وَتَحْتَ المَطَر ”
“Dua orang yang tidak ditolak doanya adalah: [1] ketika azan dan [2] ketika rapatnya barisan pada waktu perang.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Dan ketika hujan turun.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ad Darimi)
#2 Mensyukuri Hujan
Hujan itu rahmat?
Ya, hujan salah satu dari kurniaan yang baik disisi tuhan. Dari air hujan itu, kita dapat menyuburkan tanah, menghidupkan haiwan di laut dan pelbagai lagi kegunaannya.
Kita patut mengucapkan syukur dan tidak mencela hujan.
#3 Mengambil Berkat Air Hujan
Harus hukumnya buat seseorang itu untuk menggunakan air hujan untuk berwuduk, mandi wajib, mandi-mandi sunat, serta membersihkan najis menggunakan air hujan.
Ini kerana ia termasuk dalam kategori air mutlak yang tujuh serta bersifat suci lagi menyucikan.
وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ به
Maksudnya : Dan Dia menurunkan ke atas kamu air dari langit supaya kamu dapat bersuci dengannya.
(Surah Al-Anfal, ayat 11)
Semoga doa-doa ini dapat diterima oleh Allah SWT dan Dia menurunkan hujan yang kita mohonkan.
Kita berharap agar hujan yang diturunkan membawa berkat dan kebaikan bagi semua makhluk hidup.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.