KelabMama

Kenapa Mama Papa Digalakkan Membaca 7 Doa Meluluhkan Hati Seseorang Ini?

suami isteri bersalaman dan mengamalkan doa meluluhkan hati seseorang

Kita tak mungkin meninggalkan orang yang kita sayangi. Kita akan cuba pelbagai cara agar mereka terus menyayangi diri ini dan juga rasa disayangi. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan doa meluluhkan hati seseorang.

Selain daripada membaca doa melembutkan hati si dia, cuba amalkan juga beberapa doa meluluhkan hati seseorang ini agar kasih sayang tetap subur sesama manusia.

Koleksi Doa Meluluhkan Dan Melembutkan Hati Seseorang

#1 Doa Meluluhkan Hati Seseorang Dengan Menyebut Namanya

(Ketika jatuh cinta kepada seseorang)

Kredit gambar: Campaign Asia

اللَّهُمَّ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْكَبِير وأنا عبدك الضعيف الذليل الَّذِي لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ. اللَّهُمَّ سَخَّرُ لي (…) كَمَا سَخَّرْتَ فِرْعَوْنَ لِمُؤسَى وَلَيْنُ لِي قَلْبَهُ كَمَا لَيَنْتَ الْحَدِيدَ لِدَاوُدَ فَإِنَّهُ لَا يَنْطِقُ إِلَّا بِإِذْنِكَ نَاصِيتُهُ فِي قَبْضَتِكَ وَقَلْبُهُ فِي يَدِكَ جَلَّ ثناءُ وَجْهِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii (sebut nama orang tersebut) kama sakhkhorta firauna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika.Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKka. Jalla tsanau wajhik. ya arkhamar rakhimiin.”

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sedangkan aku hambaMu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan kecuali kerana Engkau. Ya Allah, tundukkanlah… (sebut nama orang yang dimaksud) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Firaun pada Musa AS. Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud AS. Kerana sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izinMu. Ubun-ubunnya dalam genggamanMu, dan hatinya di tanganMu. Pujian wajah Mu telah Agung, wahai yang lebih sayang para penyayang.”

#2 Doa untuk Melembutkan Hati Seseorang Bagi Yang Keras Hatinya

اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاوُدَالْحَدِيْد

Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid

Maksudnya: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi.”

#3 Doa Ketika Berkenalan atau Taaruf

(Surah Taha: Ayat 25-28)

Kredit gambar: BaitulMuslim.com

رَبِّاشْرَحْلِيصَدْرِيوَيَسِّرْلِيأَمْرِيوَاحْلُلْعُقْدَةًمِنْلِسَانِييَفْقَهُواقَوْلِي

Robbis rohli sodri, wa yassirli amri, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii.

Maksudnya: “Ya Allah, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”. 

#4 Doa Agar Hati Pasangan Menjadi Lembut dan Penyabar

 (Surah Al-Baqarah: Ayat 165)

يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ

Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah

Maksudnya: “Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.”

#5 Doa Agar Pasangan Menjadi Penyabar

(Surah Ali-Imran: Ayat 14) 

Kredit gambar: Kashoorga

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ 

“Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah”

Maksudnya: “Dihiasikan (dan dijadikan indah) bagi manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta-benda yang banyak dari emas dan perak.” 

#6 Doa Melembutkan Hati Yang Marah

لاَاِلهَ اِلاَّاللهُ الْحَلِيْمُ الْحَكِيْمُ، سُبْحَانَ اللهِ رَبّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لآَاِلهَ اِلآّ اَنْتَ عَزَّجَارُكَ وَجَلَّ ثَنَآؤُكَ

“La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘adzimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.”

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Kasih lagi Maha Bijaksana, Maha Suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan menguasai arasy yang agung, tiada Tuhan selain Engkau, sangat kuat perlindunganMu dan Maha Tinggi perlindunganMu.”

#7 Doa Untuk Orang Yang Dicintai dan Dikasihi

أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Ahabbakalladziii ahbabtanii lahu.

Maksudnya: “Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku keranaNya.

Kredit gambar: Pinterest

Kita perlu perjuagkan perasaan agar kasih sayang tetap ada sesama manusia. Namun begitu, tiada daya yang mampu menguruskan perasaan pasangan melainkan Allah sahaja.

Semoga hati orang yang dicintai menjadi luluh serta lembut dengan doa-doa yang dibacakan.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.