Sesuai dengan namanya iaitu mandi wajib maka jelaslah hukum membersihkan diri yang satu ini ialah wajib.
Rasanya kita dah pernah belajar sebelum ini kan Mama tentang mandi wajib tapi elok juga kalau kita ulang kaji.
Mari kita mulakan dengan sebab-sebab perlu mandi wajib bagi orang perempuan. Pertama ialah disebabkan telah suci dari darah haid. Ini perkara asas dan hampir semua perempuan normal akan mengalaminya.
Namun ada beberapa keadaan di mana darah haid tidak berlaku secara teratur. Keadaan ini dipanggil darah istihadhah. Istilah istihadhah digunakan jika seseorang keluar darah haid melebihi 15 hari.
Ketiga, mandi wajib kerana nifas dan sejurus selepas melahirkan anak. Seterusnya berjunub dan akhir sekali disebabkan mati.
Selesai mengalirkan air ke seluruh badan, ada doa yang perlu dibaca.
Doa Selepas Selesai Mandi Wajib
‘Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa Rasuluhu, allahumma-jalni minattawwabina, waj-alni minal-mutathahirrin waj-al ni min ibadikas solihin’
Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku pula termasuk orang-orang yang selalu mensucikan diri
Mandi wajib saya sah tak kalau terlupa baca doa ni?
Jawapannya sah. Berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mandi wajib dikira sah walaupun tidak membaca doa selepas mandi wajib.
Ini kerana ia tidak termasuk di dalam syarat sah mandi wajib. Para ulama telah menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
- Niat.
- Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
- Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.
Jika Mama lengkap melakukan tiga perkara tersebut, maka mandi wajib tidak perlu diulang semula.
Manakala bacaan yang menjadi keutamaan ialah niat sebelum memulakan mandi wajib. Jika tidak berniat sama ada dalam bahasa arab atau lain-lain bahasa, maka mandi wajib kita tidak sah.
Niat Mandi Wajib
Sebenarnya cukup dengan membaca niat mandi wajib secara umum, namun jika ingin membaca bacaan yang khusus juga dibolehkan.
Asalkan kita membaca niat dalam apa-apa bahasa dan walaupun tidak dilafazkan di mulut. Itu sudah memadai.
Niat Mandi Wajib (Umum)
(Boleh dibacakan untuk apa-apa sebab)
‘Nawaitu raf’al hadasil akbari lillahi ta’ala’
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Manakala bacaan niat khusus yang lain boleh dibacakan sesuai dengan keadaan masing-masing seperti disebabkan haid, nifas atau berjunub.
Niat Mandi Wajib (Haid)
‘Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala’
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.
Niat Mandi Wajib (Nifas)
‘Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala’
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.
Niat Mandi Wajib (Junub)
‘Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala’
Maksudnya: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala.
Kesimpulannya, membaca doa selepas solat hanyalah bacalah tambahan ketika mengangkat hadas besar tersebut. Namun jika diamalkan adalah lebih baik.
Disini juga kita ketahui bahawa bacaan yang perlu dititikberatkan ialah niat. Jika terlupa berniat, mandi hadas kita terbatal dan perlu diulang semula.
Semoga dengan doa selepas mandi wajib ini dapat menyempurnakan lagi ibadah kita. Kita ambil peluang ini untuk tidak memandang enteng perihal mandi wajib ya Mama semua.
Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!