Doa malam Lailatul Qadar adalah antara amalan paling mustajab, kerana malam ini lebih baik daripada seribu bulan. Kalau ada peluang sebegini, rugi sangat kalau tak dimanfaatkan!
Bukan Mama Papa je yang patut ambil peluang ini, tetapi ajaklah anak-anak juga untuk bersama-sama menghidupkan malam yang mulia ini. Walaupun mereka masih kecil, kita boleh perlahan-lahan memperkenalkan mereka kepada keistimewaan lailatul qadar.
Sedikit demi sedikit, mereka akan membesar dengan rasa cinta kepada ibadah dan memahami nilai malam penuh keberkatan ini.
Selain berdoa, kita digalakkan juga untuk memperbanyakkan istighfar, solat sunat, membaca Al-Quran, dan menghidupkan malam dengan ibadah.
Yang penting, lakukan dengan penuh keikhlasan dan harapan, kerana doa yang datang dari hati pasti lebih bermakna.
Doa Malam Lailatul Qadar yang Boleh Diamalkan
1. Doa Malam Lailatul Qadar

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allāhumma innaka afuwwun karīmun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annī (‘annā jika dibaca berjamaah).
Maksudnya: Ya Allah, sungguh Engkau maha pemaaf yang pemurah. Engkau juga menyukai maaf. Oleh karena itu, maafkanlah aku (maafkanlah kami).
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allāhumma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annī (‘annā jika dibaca berjamaah).
Maksudnya: “Ya Allah, sungguh Engkau Maha Pemaaf yang Pemurah. Engkau juga menyukai maaf. Oleh karena itu, maafkanlah aku (maafkanlah kami).”
اللَّهُمَّ أَعْتِقِ رِقَابَنَا وَرِقَابَ أَبَائِنَا وَأَمَّهَاتِنَا مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Allah, bebaskanlah leher-leher kami, ayah-ibu kami, dari api neraka.”
اللَّهُمَّ بَلِّغْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah aku kepada malam Lailatul Qadar.”
2. Doa Akhir Ramadan

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
Allahumma laa taj’alhu aakhiral ‘ahdi min shiyaamina iyyaah fa-in ja’altahu faj’alnii marhuuman wa laa taj’alnii mahruuma
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi.”
3. Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ…
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau…”
4. Doa Memohon Kebaikan Di Dunia Dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Membaca Doa Lailatul Qadar?

Malam Lailatul Qadar adalah malam penuh keberkatan, dan kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan doa. Nak tahu bila waktu yang sesuai?
- 10 malam terakhir Ramadan
- Malam-malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29 Ramadan)
- Setiap kali selepas solat pada malam-malam tersebut
- Ketika beri’tikaf di masjid semasa bertahajjud, ketika berzikir pada waktu malam, selepas membaca al-Quran, ketika melakukan qiamullail
Malam Lailatul Qadar hanya datang sekali dalam setahun, jadi jangan biarkan ia berlalu begitu saja.
Jadi, sepanjang malam yang istimewa ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, istighfar, solat sunat, dan membaca Al-Quran.
Semoga Allah SWT mengurniakan kita peluang untuk meraih keberkatan dan menerima segala amalan serta doa kita dengan penuh kasih sayang dan keampunan.
Mama Papa ingin tahu apa tanda-tanda malam lailatul qadar? Klik di SINI.