Setiap kali mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat kita akan membaca doa majlis kesyukuran untuk memanjatkan rasa syukur kepada Allah.
Tujuannya juga adalah bagi melengkapkan majlis dan juga untuk mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T dan semoga majlis yang diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InshaAllah.
Mungkin terdapat di kalangan Mama dan Papa yang sudah lupa bagaimana cara doa ini dibacakan atau berasa was-was dengannya, atau ada juga masih tidak mengetahui mengenai doa majlis kesyukuran ini.
Oleh itu, di bawah ini Mama Siti kongsikan doa yang dipanjatkan ketika majlis kesyukuran sebagai rujukan semua.
Pilihan Doa Majlis Kesyukuran Yang Tepat
#1. Doa Pembuka
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
“Ya Karim, Ya Wadud. Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis pada hari ini“.
#2. Doa Kesyukuran
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مباركاً مزخوما وتفرقنا من بعده تفرقا مباركاً معصوما تجعل اللهم فينا ولا معنا شقيا ولا محروما ولا ربنا عليك توكلنا وإليك أنبنا وإليك المصير,اللهم طول أعمارنا وصحح أجسادنا وثبت إيماننا ووسع أرزاقنا وحسن أخلاقنا ونور قلوبنا برحمتك يا أرحم الراحمين اللهم اجعلنا من أهل الخير واجعلنا من أهل البركة وجعلنا من أهل المغفرة اللهم اجعلنا من أهل الجنة وجعلنا من أهل الفردوس الأعلى برحمتك يا أرحم الراحمين اللهم اجعل مجلسنا هذا مجلسا مباركا لأصحابنا وأهلنا وجيراننا وضيوفنا برحمتك يا أرحم الراحمين ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النّار وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين
Maksudnya:
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu. Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami donat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara“.
“Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah“.
“Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami. Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan“.
“Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut. Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan“.
#3. Doa Penutup
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكْ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلّاَ أَنْتَ وَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Maksudnya:
“Maha Suci Engkau ya Allah, dengan memuji-Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepada-Mu“.
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Amalkan juga doa ini sebagai penutup majlis kerana doa ini merupakan sebaik-baik doa penutup majlis.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.