KelabMama

“Sayang mama, baliklah” – Doa Kucing Hilang Agar Segera Ditemukan

Sesetengah orang telah menganggap kucing sebagai sebahagian ahli keluarga. Jadi, memang padanlah kalau ada yang risau dan menangis jika kucing kesayangan hilang dari rumah. 

Kejadian kucing hilang selalunya berlaku kepada kucing yang tinggal di dalam rumah atau istilahnya kucing indoor. Disebabkan jarang-jarang berada di luar, maka kucing-kucing indoor tidak pasti bagaimana ingin menyesuaikan diri apabila berada di luar. 

Apa yang boleh kita lakukan agar kucing kembali ditemukan ialah dengan berdoa. Amalkan membaca doa-doa ini sehingga kucing tersebut kembali pulang. InshaAllah.

Dalam masa yang sama, lakukan usaha semampunya seperti membuat hebahan di kumpulan Whatsapp dan di media sosial. 

Doa-Doa Yang Boleh Diamalkan

Doa Kucing Hilang #1

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la lenyapa fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah

Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah

Doa Kucing Hilang #2

Kredit gambar: Salam Muslim

Doa Kucing Hilang #3

Kredit gambar: Twitter @HaziqHissham

Tips Cari Kucing Hilang 

  1. Minta bantuan jiran

Beritahu jiran-jiran Mama dan mohon jasa baik mereka agar sama-sama mencari kucing peliharaan. 

Apabila ramai orang mencari, semakin tinggi kebarangkalian kucing Mama ditemukan. Tambahan pula, Mama tidak menanggung beban seorang diri. 

  1. Meminta kucing lain mencari

Ini cara masyarakat Jepun. Ketika dalam proses mencari lalu Mama menjumpai kucing di kawasan sekitar beritahu mereka seperti ini;

“Kalau jumpa (nama kucing) suruh dia balik rumah ye, terima kasih”

Ramai yang cakap, cara ini berkesan. 

  1. Bawa makanan kegemaran
Kredit gambar: Freepik

Muslihat ini salah satu cara nak umpan kucing kita balik rumah. Kadang-kadang mereka keluar disebabkan ingin mengawan dengan kucing lain. Bila kita bawakkan makanan kesukaan dia, mungkin membantu kan. 

  1. Sentiasa tutup pintu dan tingkap 

Lagi-lagi kucing yang dah lama tak keluar rumah. Macam budak-budak lah, pantang ada peluang terus lesap.

Disebabkan itu, kita perlu ambil langkah berjaga-jaga contohnya memastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.

  1. Gunakan penjejak GPS
Kredit gambar: Freepik

Pakaikan penjejak GPS di leher kucing Mama. Cara ini memudahkan proses pencarian kerana ia mengecilkan skop tempat kucing Mama berada.

Mama boleh dapatkan di pasaran. Apa salahnya laburkan sedikit wang daripada merana disebabkan kucing hilang.

Kucing yang sering hilang ialah kucing indoor tetapi itu tidak menolak kemungkinan kucing yang biasa tinggal di luar rumah juga boleh hilang. 

Antara ikhtiar yang boleh kita lakukan adalah dengan berdoa. Dalam artikel ini, Mama Siti kongsikan tiga doa yang boleh dibacakan supaya kucing kembali pulang. 

Selain itu, kita juga perlu berusaha cari kucing peliharaan Mama dengan lima cara seperti meminta pertolongan jiran dan meminta kucing lain mencari.

Dengan izin tuhan, kucing Mama akan pulang. Semoga tidak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku terhadap kucing kesayangan Mama.  Jom baca idea rumah kucing pula!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.