Doa kuat ingatan sangat bagus untuk diamalkan terutama buat anak-anak yang masih lagi belajar dan akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Malah, lebih baik lagi jika ia sering diamalkan agar otak sentiasa cergas dan tidak mudah lupa.
Apatah lagi bila sudah meningkat umur, pasti kita inginkan ingatan yang kuat untuk terus membaca serta menghafaz Al-quran dan melakukan segala ibadah yang diperintahkan Allah tanpa ada cacat celanya.
Malah, sebagai manusia sudah tentu kita tidak mahu mempunyai sifat pelupa atau nyanyuk sehingga ia dapat mengganggu segala aktiviti yang kita lakukan setiap hari.
Oleh itu, di bawah ini terdapat beberapa potongan doa untuk ketajaman fikiran dan kecerdasan akal untuk Mama semua rujuk dan amalkan, serta didik anak-anak dengan doa ini.
Potongan Doa Kuat Ingatan dan Lain-lain
Berikut merupakan pilihan doa yang boleh diamalkan iaitu:
#1. Doa Kuat Ingatan
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَهُم
مِّنَ ٱلطَّيِّبَتِ وَفَضَّلْنَهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍۢ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًۭ
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; ᶁan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; ძan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan“.
#2. Doa Agar Daya Ingatan Menjadi kuat
اَللّ هُمَّ اِنِّى اِسْتَوْدِعُكَ مَاعَلَّمْتَنِيْهِ فَارْدُدْهُ اِلَىَّ عِنْدَ حَاجَتِىْ وَلاَ تَنْسَنِيْهِ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Allaahumma inni istaudi’uka maa ‘allamtanihi fardud-hu ilayya ‘inda haajati wa la tansanihi ya robbal ‘alamiin
Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya ku titipkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah dia kepadaku disaat aku membutuhkannya. Janganlah Engkau buat aku lupa kepadanya. wahai Tuhan pemelihara alam“.
#3. Doa Agar Diberi Kecerdasan Akal
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَارْزُقْنِي فَهْمًا وَاجْعَلْنِي مِنَ الصَّالِحِيْنَ
Robbi zidnii ‘ilmaa, warzuqnii fahmaa, waj’alnii minash sholihiin
Maksudnya :
“Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu. Berilah aku karunia agar dapat memahaminya. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang soleh“.
اَللّ هُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّـبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً
وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Allahumma arinal haqqa haqqa warzuqnat tibaa’ah. Wa arinal baathila ba-thilan warzuqnaj tinaabahu
Maksudnya :
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran, sehingga kami dapat mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kejelekan, sehingga kami dapat menjauhinya“.
#5. Doa Agar Dapat Ilmu Yang Bermanfaat
رَبَّنَا انْفَعْنَا بِمَاعَلَمْتَنَا الَّذِيْ يَنْفَعُنَا وَزِدْنَا عِلْمًا وَالْحَمْدُلِلّ هِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Rabbanan fa’naa bima ‘alamtanaldzi yanfa’una wa zidna ‘ilman walhamdulillahi ‘ala kullihal
Maksudnya :
“Ya Tuhan kami, jadikanlah ilmu kami ilmu yang bermanfaat, ajarkan kami apa-apa yang bermanfaat bagi kami serta tambahkan ilmu bagi kami, segala puji hanya bagi Allah dalam setiap keadaan“.
Fadhilat Mengamalkan Doa
- Doa merupakan salah satu ibadah dalam islam.
- Mampu menjauhkan perkara yang tidak baik ke atas diri, harta dan keluarga dengan izin Allah.
- Menjauhkan diri dari murka Allah.
- Mendapat rahmat Allah.
- Segala impian dan keinginan dapat dimakbulkan.
- Dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat.
- Salah satu cara mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Ayuh amalkan doa ketenangan hati juga!
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.