KelabMama

9 Koleksi Doa Ketika Sujud dan Cara Sujud Yang Betul!

lelaki mengamalkan doa ketika sujud

Menurut baginda Nabi Muhammad SAW melalui Abu Hurairah; “Keadaan yang paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” (Hadis riwayat Muslim dan al-Nasa’i)

Tambahan pula, merujuk kepada perkongsian di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kita dibenarkan untuk membaca apa sahaja doa ketika sujud.

Namun, apakah doa-doa yang boleh dibacakan? Ikuti perkongsian Mama Siti kali ini. 

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Sujud

Kredit gambar: Google

Daripada Wa’il Ibn Hujur mengatakan;

“Aku telah melihat Nabi SAW ketika ingin sujud, Baginda SAW meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan ketika ingin bangun dari sujud mengangkat kedua tangannya sebelum kedua lututnya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Rasul kita telah mengajarkan umatnya cara bersujud dengan tertib iaitu mengikut urutan satu per satu tanpa tergesa-gesa.

Kumpulan Doa Ketika Sujud

#1

 اللهم لك سجدت و بك آمنت و لك أسلمْت سجد وجهي للذي خلقه و صوّره و شّق سمعه و بصره تبارك الله أحسن الخالقين

Maksudnya: Ya Allah, hanya kepada Engkau aku bersujud, hanya kepada Engkau aku beriman dan hanya kepada Engkau aku menyerah diri. Telah sujud wajahku kepada Yang Menciptanya, Yang Membentuknya dan Yang memberikannya pendengaran dan penglihatan. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta.

#2

أنَّ رَسولَ اللهِ ﷺ كانَ يقولُ في سُجُودِهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وجِلَّهُ، وأَوَّلَهُ وآخِرَهُ وعَلانِيَتَهُ وسِرَّهُ

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW berdoa ketika sujudnya, “Wahai Tuhan-ku, ampunkanlah dosaku kesemuanya sama ada yang kecil atau besar, yang di awal dan juga di akhir, serta yang jelas dan yang tersembunyi.”

#3 

Kredit gambar: Vecteezy

ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Maksudnya : Ya Allah! Aku memohon kepada Mu husnul khotimah

#4

ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت

Allahummar zuqnii taubatan nasuuha qoblal maut

Maksudnya: Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati

#5 

ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘alaa diinika

Maksudnya: Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama Mu

#6 

Kredit gambar: Adobe Stock

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaana robbiyal a’la wa bihamdihi

Maksudnya: Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepada Nya

#7

سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ

Subbuuhun qudduusun robbul malaa ikati war ruuh

Maksudnya: Maha Suci, Maha Kudus, Rabbnya Para Malaikat dan Roh

#8

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Subhaa nakallahumma robbanaa wa bihamdika, allahummaghfir lii

Maksudnya: Maha Suci Engkau Ya Allah, Wahai Rabb kami, dan dengan memujiMu, Ya Allah, berilah keampunan bagiku

#9

اللهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وَجُلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّه

Allahummagh firlii dzan bii kullahuu, diqqahuu, wa jullahuu, wa awwa lahuu, wa a-khirohuu, wa ‘alaa niya tahuu wa sirrohuu

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, yang sekecil-kecilnya dan yang sebesar-besarnya, yang pertama dan yang terakhir, yang terang dan yang tersembunyi

Kriteria Doa Ketika Sujud Yang Dibenarkan

Doa-doa yang dibenarkan dibaca ketika sujud hendaklah daripada al-Quran dan ayat-ayat yang dianggap doa di dalam syarak agama Islam.

Adapula dalam situasi lain di mana tiada doa yang bersesuaian dengan permintaan kita, dibolehkan untuk berdoa dalam bahasa Melayu dalam hati. 

Penting untuk seseorang yang berdoa ketika sujud meniatkan bahawa ayat al-Quran yang dibacakan itu bertujuan sebagai doa. 

Kepada siapa lagi kita memohon melainkan kepada ( الملك ), maha memiliki. Allah SWT ada semuanya yang kita inginkan. 

Ambil peluang untuk membaca doa ketika sujud agar permintaan kita segera diperkenankan. Insya Allah.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul DI SINI.