KelabMama

Doa Kesembuhan Mengikut Sunnah dan Adab Ketika Sakit

Nak doa kesembuhan untuk diri sendiri dan orang lain? Mama tak salah tempat sebab memang kali ini Mama Siti khususkan artikel untuk doa kesembuhan penyakit

Di samping itu, Mama Siti juga ada sertakan adab orang Islam ketika ditimpa penyakit. Mudah-mudahan menjadi pendoman untuk kita semua. 

Koleksi Doa Kesembuhan Mengikut Sunnah

Kredit gambar: Dream.co.id

#1 Doa Kesembuhan Penyakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma rabban-nasi adzhibil-ba’sa isyfi antas-syafii laa syifaa-a illa syifaa-uka syifaa-an laa yughaadiru saqama.

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah, Engkau lah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

#2 Doa Kesembuhan Untuk Orang Perempuan

اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَتَكَ يَا شَافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman.

Maksudnya: “Ya Allah, sembuhkanlah hambaMu ini (untuk perempuan), wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa.”

#3 Doa Kesembuhan

Kredit gambar: Banten News

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

lmsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta

Maksudnya: “Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Engkau.”

#4 Doa Kesembuhan dan Pengampunan

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fī dinika wa jismika ila muddati ajalika

Maksudnya: ‘Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam agama serta jasmanimu sepanjang usia.” – 

(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

#5 Doa Rukyah Tubuh Yang Sakit

(3x) اللَّهِ بِاسْمِ

(7x) وَأُحَاذِرُ أَجِدُ مَا شَرِّ مِنْ وَقُدْرَتِهِ بِاللَّهِ أَعُوذُ

Allahi bismi. Wa uha ziru ajiduma syarro min waqudrotihi billahi a ‘auzu

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah. Aku berlindung kepada Allah dan kuasa Nya dari kejelekan yang aku dapatkan dan aku waspadai.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Adab Orang Islam Ketika Sakit

Kredit gambar: Gramedia

#1 Berbaik Sangka Kepada Allah SWT 

Sakit itu penghapus dosa, jangan sekali-kali menyalahkan Allah SWT kerana menjadikan kita sakit. 

Sebaiknya, ambil peluang ini untuk memohon ampun sebanyak yang boleh atas dosa-dosa lalu. 

#2 Merawat Sakit Dengan Cara Sunnah

Yang memberikan kesembuhan hanyalah Allah, maka jangan sekali-kali mencari dukun dan bomoh dengan niat menyembuhkan penyakit. 

Mama Siti bimbang kalau-kalau ada unsur syirik dan khurafat dalam proses penyembuhan dengan bomoh dan dukun. 

#3 Tidak Mengharapkan Kematian

Walaupun penyakit yang sedang dihadapi seakan tidak sembuh dan ada tanda-tanda kematian menghampiri. Namun sebagai seorang Islam, kita disarankan untuk berdoa;

‘Ya Allah, hidupkanlah aku apabila kehidupan itu adalah kebaikan bagiku. Wafatkanlah aku apabila kematian itu adalah kebaikan bagiku’.”

#4 Segera Selesaikan Hutang dan Janji

Ketika sedang sakit, hendaklah seseorang melunaskan hutang dan janjinya dengan kadar segera. Jika tidak mampu maka segala hutang dan janji yang telah dibuat dahulu mestilah diberitahu kepada waris pesakit. 

#5 Menulis Wasiat

“Eh, tak apa ke Mama Siti. Macam meminta mati cepat saja?”

Menulis wasiat bahkan telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-Maidah, ayat 106. Dalam masa yang sama Rasulullah SAW juga ada bersabda; 

“Tidak berhak seorang muslim melalui dua malam dalam keadaan dia memiliki sesuatu yang ingin dia wasiatkan kecuali wasiatnya berada di sisinya.”

Kredit gambar: Sinar Islam Plus

Doa-doa kesembuhan boleh dibacakan untuk diri sendiri dan orang lain. Paling penting kita perlu yakin dengan makna doa-doa itu. 

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik kepada orang yang sedang sakit dan kepada orang yang mendoakan mereka. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.