Kita mengharapkan sebuah institusi keluarga yang lebih baik dari yang pernah kita alami dulu. Sama ada dalam ahli keluarga sebelum ini atau dalam perkahwinan sebelum ini.
Perbanyakkan doa agar Allah SWT memberi kebahagiaan kepada semua ahli keluarga di dunia dan di akhirat.
Ayuh kita lihat doa keluarga bahagia dari al-Quran dan hadis sahih.
Koleksi Doa Keluarga Bahagia
#1 Doa Memohon Pasangan dan Keturunan Penyejuk Hati
Surah al-Furqan, ayat 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a’yun, waja’alna lil muttaqina imama
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.
#2 Doa Ahli Keluarga Menjadi Soleh dan Solehah
Surah Ibrahim, ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rab-bij ‘al-ni muqimas salati, wa-min dhur-riy-yati, rab-ba-na wa-ta-qab-bal du’a-“i
Rab-ba-nagh fir li wa-li-waliday-ya wa-lilmu-“minina, yawma ya-qumul-hisab
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
#3 Doa Memohon Cinta dan Kasih Sayang
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”
Hadis riwayat Tirmidzi
#4 Doa Memohon Zuriat yang Baik
Surah Ali-Imran, ayat 38
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
#5 Doa Memohon Kebaikan dan Dijaukan Kejahatan
Surah Al-Hujuraat, ayat 7
اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin
“Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kederhakaan serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”
#6 Doa Memohon Keampunan
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
Surah al-A‘raf (23)
#7 Doa Agar Tidak Dendam Sesama Ahli Keluarga
Surah al-Hasyr , ayat 10
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.
Rasakan doa dalam hati. Bina keyakinan yang tinggi bahawa Allah SWT akan terus mengekalkan kebahagiaan keluarga kita seperti apa yang dimaksudkan dalam doa yang dibaca.
Mudah-mudahan amalan berdoa menjadi pedoman untuk kita semua.
Dapatkan tips kebahagiaan rumah tangga dan keibubapaan di SINI!