Doa iftitah ialah doa pembuka semasa solat yang dibacakan ketika solat fardhu dan solat sunat. Walaupun ianya tidak termasuk di dalam rukun solat, membacanya dikira sebagai menghidupkan sunnah baginda Nabi SAW.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW berkata pada Abu Hurairah,
قلت: يا رسول الله! بأبي أنت . كان رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذا كبَّر في الصلاة؛ سكتَ هُنَيَّة قبل أن يقر
قال: ” أقول: … ” فذكره ما تقول وأمي؛ أرأيت سكوتك بين التكبير والقراءة
Maksudnya: Biasanya Rasulullah SAW setelah bertakbir ketika solat, baginda diam sejenak sebelum membaca ayat. Maka aku pun bertanya kepada beliau, wahai Rasulullah, kutebus engkau dengan ayah dan ibuku, aku melihatmu berdiam antara takbir dan bacaan ayat. Apa yang engkau baca ketika itu adalah:… (beliau menyebutkan doa istiftah)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sebenarnya ada lebih dari satu doa iftitah. Tetapi yang sering diamalkan oleh masyarakat di Malaysia dan Asia Tenggara ialah seperti yang Mama Siti akan kongsikan kali ini.
Doa Iftitah Ada Dua Versi ?
Hmm, mana satu nak ikut ni?
Mungkin ada yang keliru kenapa ada bacaan yang perlu membaca ‘inni’ dan ada yang tidak memasukkannya di dalam doa iftitah.
Sebenarnya, doa iftitah yang dibacakan ‘inni’ adalah dari riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad bin Hanbal dan sebagainya. Manakala yang tidak dibacakan ‘inni’ adalah dari riwayat Muslim.
Namun begitu, kedua-dua versi masih boleh dibacakan semasa solat berdasarkan hadis Nabi SAW berikut;
Dari Abu Rafi’ dia berkata: Telah sampai padaku sebuah surat yang berisi iftitah Rasulullah SAW, bahawa jika Nabi bertakbir maka beliau berdoa: Inni Wajjahtu ….
Selain itu, doa iftitah yang disebutkan lafaz ‘inni Wajjahtu…’ diperbolehkan kerana bacaan tersebut bersumberkan dari al-quran dalam surat Al-an’am 79 sebagai doa Nabi Ibrahim.
Doa Iftitah Di Dalam Solat
Doa Iftitah #1
اللهُ اَكْبَرُ كَبِرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا . اِنِّى وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْااَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ . اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَ لِكَ اُمِرْتُ وَاَنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Allaahu akbar Kabiroo Walhamdulillaahi Katsiiraa, Wa Subhaanallaahi Bukratan Wa’ashiilaa, Innii Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas Samaawaati Wal Ardha Haniifan Musliman Wamaa Anaa Minal Musyrikiin. Inna Shalaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
Maksudnya:
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Doa Iftitah #2
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
‘Allaahu akbar Kabiroo Walhamdulillaahi Katsiiraa, Wa Subhaanallaahi Bukratan Wa’ashiilaa, Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas Samaawaati Wal Ardha Haniifan Musliman Wamaa Anaa Minal Musyrikiin. Inna Shalaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin’
Maksudnya:
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Kuhadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Hukum Dalam Solat (Sunat Hai’at atau Ab’adh)
Doa iftitah ialah bacaan pertama selepas takbiratul ihram. Takbiratul ihram termasuk dalam 13 rukun solat sebagai syarat sah solat fardhu dan solat sunat.
Membaca doa iftitah ialah sunat hai’at iaitu jika tertinggal membacanya tidak perlu melakukan sujud sahwi
Solat ialah Ibadah dan di Dalamnya ialah Doa
Secara bahasanya solat ialah doa. Lafaz bacaan bagi pergerakkan tertentu membawa makna yang sangat baik untuk kita semua. Contohnya bacaan dalam doa iftitah iaitu:
إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang sekalian alam’
Dari potongan lafaz dalam doa iftitah itu, kita mulai faham bahawa segala-gala yang dilakukan umat Islam selama mereka hidup hanyalah untuk Allah, Tuhan yang mengaturkan hal-hal di dunia melalui 20 sifat kesempurnaan Nya.
Selain itu, bacaan semasa duduk antara dua sujud juga tidak kurang penting. Terutamanya bagi manusia pendosa yang masih tinggal di dunia seperti kita.
رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
‘Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni’
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Perhatikan setiap maknanya. Bermula dari memohon ampun kepada Allah, kemudian meminta perlindungan.
Diselitkan juga agar diberikan rezeki dan seterusnya meminta petunjuk dalam menjalani kehidupan. Akhir sekali kita merayu agar Allah memaafkan dosa-dosa yang dilakukan.
Doa iftitah ialah bacaan pertama yang di lafazkan di dalam solat dan merupakan sunnah dari baginda Nabi SAW.
Rupa-rupanya ada lebih dari satu doa iftitah namun yang sering dibacakan ketika solat ialah seperti yang Mama Siti kongsikan di atas.
Hukum ketika mendirikan solat pula cukup sekadar sunat hai’at. Ini bermakna Mama tidak perlu sujud sahwi selepas tahiyat akhir.
Doa ini sangat baik untuk kita amalkan kerana ia ialah doa yang mengagungkan kebesaran Allah SWT. Selain itu, ia juga sebagai pengabdian diri seorang hamba bahawa sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan mati hanyalah untuk tuhan sekalian alam.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.