KelabMama

5 Doa Hilangkan Sakit Gigi dan Petua Melegakan!

doa sakit gigi

Sempurnanya Islam, sampaikan sakit gigi pun ada doa-doa yang boleh dibacakan. Selain dapatkan rawatan profesional di klinik gigi, kita juga hendaklah memaksimakan usaha dengan berdoa memohon agar segera diberi kesembuhan.

Doa sakit gigi yang Mama Siti kongsikan ini antaranya ialah sunah dari Rasulullah SAW sendiri. Mudah-mudahan dengan mengikuti ajaran baginda, kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Koleksi Doa Hilangkan Sakit Gigi

Kredit gambar: Honest Docs

#1 Doa Hilangkan Sakit Gigi

(Diulang 7 kali bacaan)

اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ مَا يَجدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُبَارَكَ عِنْدَكَ 

Allaahumma adzhib ‘anhu suu-a maa yajidu wa fahsyahu bida’wati nabiyyikal makiinil mubaaraka ‘indaka

Maksudnya: “Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan Nabi-Mu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisi-Mu.”

#2 Doa Hilangkan Sakit Gigi

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ أَسأَلُكَ بِعِزَّتِكَ وَجَلَالِكَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِنَّ مَرْيَمَ لَم تَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوْحِكَ وَكَلِمَتِكَ أَنْ تَكْشِفَ مَا تَلْقَى فَاطِمَةَ بِنْتَ خَدِيْجَةَ مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ

Bismillaahi wabillaahi as-aluka bi’izzatika wajalaalika waqudratika ‘alaa kulli syai-in fainna maryama lam talid ghaira ‘iisaa min ruuhika wakalimatika an taksyifa maa talqaa faathimata binta khadiiijata minadhdhurri kullihi

Maksudnya: “Dengan nama Allah, demi Allah aku memohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari rohMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.”

#3 Doa Hilangkan Sakit Gigi

بِسْمِ اللَّهِ وَالشَّافِي اللَّهُ وَلَا حَوْلَ وَلَاقُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Bismillaahi wasy syaafillaahu wa laa haula wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil adzhiim

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah. Adapun zat Yang Menyembuhkan hanya Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

#4 Cara Nabi SAW Rawat Sakit

Doa berikut diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika seorang sahabat, Utsman bin Al Ash R.A meminta baginda membantu dirinya yang sedang sakit anggota badan. Lalu Rasulullah mengajarkan doa dan cara tersebut:

  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit
  2. Membaca basmalah 3 kali
  3. Membaca doa berikut sebanyak 3 kali 

أَعُوذُ بِاللَّهُ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأَحَاذِرُ

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaaNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan”

Hadis riwayat Muslim

Petua Hilangkan Sakit Gigi

Kredit gambar: iStock

Salah satu cara melegakan sakit gigi adalah dengan ais. Letakkan pek ais di bahagian luar mulut tepat pada gigi yang sakit. Tips ini berkesan lebih-lebih lagi kalau Mama sedang mengalami keradangan dan bengkak.

Selain itu, kita juga boleh berikhtiar dengan makanan sunah habbatussauda. Caranya adalah dengan meletakkan sedikit habbatus sauda dalam bentuk cecair (minyak) atau serbuk dalam gigi yang berlubang. 

Cara ketiga adalah dengan berkumur-kumur dengan air garam selama 30 saat. Diakhiri dengan bilasan air bersih.

Seterusnya, Mama juga boleh tumbukkan serai sehingga halus. Kemudian, masukkan ke dalam air suam dan tambahkan garam. Selepas itu, barulah Mama boleh berkumur dengan air tadi.  

Kredit gambar: iStock

Semoga empat doa sakit gigi yang Mama Siti kongsikan ini dapat diamalkan ketika Mama mengalami sakit gigi.

Dalam masa yang sama, kita juga boleh gandakan usaha dengan cuba petua melegakan sakit gigi yang telah Mama Siti kongsikan tadi ya.


Dapatkan lebih banyak tips, cerita dan panduan keagamaan di SINI.