KelabMama

Stress Jerawat Tak Surut? Cuba Usahakan Dengan Membaca Doa Hilangkan Jerawat Ini

Timbulnya bintik kecil di wajah pasti membuatkan ramai kaum Hawa mulai gusar. Lebih-lebih lagi saat memasuki hari-hari penting seperti bakal menjadi raja sehari, perayaan, perancangan nak pergi bercuti atau apa sahaja yang memerlukan empunya diri untuk bertemu ramai orang.

Puas dah cuba macam-macam produk, minum air kosong banyak, tapi tatkala hormon berubah atau menghampiri kalendar merah, jerawat pun ikut tumbuh juga.

Mungkin, selain mengamalkan beberapa kaedah rawatan tradisional atau moden bersesuaian, jangan dilupakan dengan suatu mukjizat ini iaitu berdoa.

“Eh, ada doa untuk hilangkan jerawat?”

Ya sis! Ada doa bersesuaian dianjurkan Rasulullah SAW bagi menghilangkan bendasing di anggota, dan dalam hal ini, doa untuk hilangkan jerawat.

Ini dibuktikan dengan kisah Rasulullah SAW yang mengajarkan doa kepada salah seorang isterinya kerana tumbuh bisul di jari wanita mulia itu.

Ekoran kisah ini, doa itu digunapakai dan boleh dimanfaatkan dalam usaha menghilangkan jerawat atau apa jerr yang tidak kena di anggota tubuh. Bagaimana doanya? Jom tengok doa di bawah ni!

اَللّٰهُمَّ مُطْفِىءَالْكَبِيْرِ وَمُكَبِّرِالصَّغِيْرِ اَطْفِىَٔهَاعَنِّيْ

Allahumma muthfi’al kabir wa mukbira shaghiri athfi’ha anni

Ertinya: “Ya Allah, zat yang memudarkan yang besar dan membesarkan yang kecil, maka pudarkanlah (hilangkan) bisul atau jerawat itu dariku,” (HR. An Nasa’i).

Di sini, kita boleh ketahui bahawa hadis tersebut sebagai doa menghilangkan jerawat. Mengamalkan doa ini tersebut juga dapat memberikan pahala kerana telah mengerjakan suatu ajaran Rasul.

Selain itu, satu lagi doa yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat:

اللَّهُمَّ مُصَغِّرَ الْكَبِيرِ ، وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ صَغِّرْ مَا بِي

Allâhumma mushagghiral kabîr wa mukabbiras shaghîr, shagghir mâ bî.

Ertinya: “Wahai Tuhan yang (kuasa) mengecilkan sesuatu yang besar, dan (sanggup) membesarkan yang kecil, kecilkanlah penyakit yang ada padaku.”

Penyebab Jerawat Dari Segi Saintifik

Terdapat beberapa faktor boleh dikaitkan dengan masalah jerawat. Menurut laporan Hello Doktor, antara sebab dikaitkan adalah:

1. Stres

Tekanan sebenarnya boleh menjadi punca muka berjerawat. Badan yang mengalami tekanan akan berdepan dengan kemerosotan fungsi badan dan akhirnya mencetuskan jerawat.

Bahan kimia yang dilepaskan ketika tekanan, neuropeptides, akan menjadikan masalah jerawat semakin kronik. 

2. Kelenjar sebum 

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon, di mana kelenjar sebum menjadi aktif dan mengeluarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Akhirnya akan menyebabkan pembentukan jerawat.

Memiliki kulit muka jenis berminyak juga boleh menjadi penyebab munculnya jerawat.

3. Jangkitan kuman

Apabila sebum yang terhasil terlalu banyak, ia cenderung untuk menyekat atau menutup liang pori. Situasi ini akan menyebabkan pengumpulan bakteria yang akhir menjadi punca jerawat. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah keradangan kulit.

4. Alat solekan tidak bersih

Walaupun alat solekan yang digunakan itu adalah milik persendirian dan tidak bercampur dengan individu lain, anda tetap perlu mencuci alat solat yang digunakan seperti berus mekap atau sponge. 

Ini kerana alat solekan yang tidak dijaga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria sekali gus mengakibatkan jerawat. Jadi, sebulan sekali, cuci dan bersihkan segala alat solek yang kerap anda gunakan.

5. Debu dan kotoran 

Di persekitaran anda sebenar terdapat kotoran dan debu yang turut boleh menjadi punca muka berjerawat. Ditambah pula dengan keadaan muka yang berminyak, sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan. 

Satu lagi perkara yang turut menjadi punca adalah kotoran yang berada pada telefon bimbit. Cuba anda lihat pada skrin telefon bimbit anda, pasti berminyak dan terdapat kesan cap jari, bukan?

Sudah tentu kotoran sebegitu boleh melekat kepada wajah dan akhirnya muncullah jerawat. Pastikan skrin telefon bimbit anda sentiasa bersih, sekurang-kurangnya sebelum anda melekapkan wajah anda kepada skrin tersebut.

6. Penjagaan muka tidak konsisten

Biasanya kaum wanita mudah tertarik untuk membeli pelbagai set penjagaan muka. Namun, tidak semua dapat melakukan rutin penjagaan secara konsisten.

Tidak dinafikan adakala apabila terlalu penat, kita akan menjadi malas untuk melakukan rutin penjagaan muka. Dan perkara itu sebenarnya boleh menjadi punca masalah jerawat. Jadi selepas ini, kena rajin melakukan rutin penjagaan muka. Jangan malas!

7. Kerap memicit jerawat

Perasan tak apabila anda memicit jerawat, tak lama kemudian sure muncul jerawat dekat bahagian lain? Macam magic. Tapi sebenarnya tabiat begini tidak digalakkan, apatah lagi ia meningkatkan risiko untuk munculnya parut jerawat. 

Kalau geram sangat alas jari jemari anda menggunakan tisu atau kain bersih sebelum memicitnya, okay? Tetapi sebaiknya elakkan dari memicit. Takut nanti makin merebak dan banyak pula jerawat yang muncul.

Cara Mengubati Jerawat Secara Tradisional

Selain mengamalkan doa hilangkan jerawat, Mama boleh mencegah jerawat muncul di muka dengan melakukan beberapa langkah ini:

Selain itu, boleh juga menggunakan bahan organik untuk merawat jerawat.

1. Teh hijau

Teh hijau mengandungi polifenol yang mampu melawan bakteria. Cara pengunaanya adalah:

Ulang langkah di atas untuk beberap kali jika ingin kesan yang efektif.

2. Kulit kayu manis dan madu

Kulit kayu manis dan madu boleh membantu melawan bakteria. Caranya adalah:

3. Cuka epal

Asid organik di dalam cuka epal boleh membantu untuk membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan.

Caranya:


Untuk dapatkan pelbagai lagi panduan serta doa yang bersesuaian, anda bolehlah klik di SINI!