KelabMama

“Cuaknya!” Tenang Mama, Cuba Amalkan Doa Hilang Gemuruh Ini

doa hilang gemuruh

Gemuruh atau rasa berdebar pastinya perasaan yang tidak lari dialami oleh setiap manusia. Ketika interview, sebelum menjalani operation, malah, tak kurang pula ada yang bimbang apabila pertama kali diberi kepercayaan untuk meeting dengan client terpenting company.

Semua ini mengundang kepada perasaan cuak, takut, bimbang dan pelbagai lagi. Perasaan gemuruh jika tidak diatasi juga boleh menyebabkan perkara yang dirancang tidak berjalan lancar. Justeru, adalah penting hilangkan perasaan ini atau mengawalnya dengan baik bagi memastikan semuanya dipermudahkan.

Untuk masyarakat beragama Islam, janganlah risau kerana kita disarankan untuk sentiasa memohon bantuan dan perlindungan daripada Allah dalam apa jua situasi. Dan yang terbaik, semestinya dengan berdoa. Ye, ada doa hilang gemuruh tau!

Ia bertujuan untuk memohon kemudahan dan kelancaran atas tugasan atau ujian yang bakal ditempuhi. Berikut merupakan beberapa doa hilang gemuruh yang boleh diamalkan:

Koleksi Doa Hilang Gemuruh

1. Doa Nabi Musa AS

Doa yang pertama ni mesti ramai yang hafal. Masakan tidak? Masa di sekolah dulu, cikgu sering ajar kita untuk amalkan doa yang satu ini sebelum mula belajar. Begini doanya:

قَالَ رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى (٢٥) وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى (٢٦) وَٱحْلُلْ عُقْدَةًۭ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى ( ٢٨)

(Surah Taha Ayat 25-28)

Maksud: “Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

2. Zikir Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai Istighfar Nabi Yunus atau Zikir Nabi Yunus adalah merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. 

Asbab doa ini, Allah telah menyelamatkan Baginda dan dikeluarkan daripada perut ikan nun. Doa ini adalah yang terbaik kerana mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar.

Kerana itu kita digalakkan untuk sentiasa mengamalkannya tak kiralah ketika bersedih, sakit apatah lagi ketakutan. Nabi Yunus sendiri diajarkan doa ini dek kerana perasaan takut, gementar dan rasa bersalah kepada Allah. Maka, doa ini sangat sesuai diamalkan untuk kita semua:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]

3. Doa Dipermudahkan Segala Urusan

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

[Sahih Ibnu Hibban]

4. Doa Nabi Ibrahim Ketika Kesusahan

Doa ini adalah doa yang pernah dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika beliau akan dilempar dalam api yang membara.

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baiknya tempat bersandar.”


Untuk ketahui pelbagai panduan dan doa disediakan oleh platform Kelab Mama, Mama boleh lihat di SINI!