KelabMama

10 Doa Harian Yang Mungkin Mama Tak Tahu Dari Nabi Adam AS Hingga Nabi Muhammad SAW!

doa harian

Allah suka kalau kita banyak minta dekat Dia. Lagi tekun kita berdoa, lagi bagus. Tapi apa doa yang nabi-nabi kita baca dulu ya? 

Ada 10 doa yang Mama Siti sarankan untuk baca setiap hari sebagai ibadat kita kepada Allah SWT. Berikut ialah doa-doanya. 

Kesalahan Dalam Berdoa dan Cara Memperbaikinya!

Kredit gambar: Freepik

“Saya dah selalu berdoa tapi kenapa masih tidak makbul lagi doa saya?”

Selain mengambil kira soal keputusan Allah tentang bagaimana dan bila Dia akan mengabulkannya, cara kita berdoa juga memainkan peranan besar terhadap keberkesanannya. 

Kekerapan berdoa tidak sempurna kalau kita tidak benar-benar faham apa yang diminta kepada Allah SWT. Ketika berdoa, rasakan dalam hati dan bayangkan hal-hal baik yang tuhan akan kurniakan. 

Kemudian, susun baris-baris doa kita dengan teratur. Dimulakan dengan mengucapkan syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan. Selepas itu, kita teruskan dengan pujian kepada kekasihNya, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. 

Ketika melafazkan doa kita selitkan mana-mana dari 99 nama Allah SWT yang bersesuaian dengan doa itu. 

Semoga kita dikurniakan hal terbaik daripada doa-doa yang dipanjatkan. Insya Allah. 

Doa Harian Dari Para Nabi

#1 Nabi Adam AS (Surah al-A’raf, 23) 

Kredit gambar: iStock

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ

Rabbana zholamna anfusana wa ilam tagfirlana watarhamna lana kunanna minal khosirin

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau ENGKAU tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami terdiri dari kalangan orang-orang yang rugi.” 

#2 Doa Nabi Nuh AS (Surah Nuh, 28)

رَّبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِىَ مُؤْمِنًۭا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ

Rabbigh-firlii wali waalidayya wa liman dakhola baitiya mu’minan wa lil mu’-miniina wal mu’minaati

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman)…” 

#3 Doa Nabi Ibrahim AS (Surah al-Baqarah, 127-128)– Doa Harian

Kredit gambar: Kementerian Agama

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةًۭ مُّسْلِمَةًۭ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Rabbanaa taqabbal minnaa, innaka antas-samii’ul-‘aliim.

Rabbanaa waj’alnaa muslimaini laka wa min zurriyyatinaa ummatam muslimatal laka wa arinaa manaasikanaa wa tub ‘alainaa, innaka antat-tawwaabur-rahiim

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

#4 Agar Menjadi Orang Yang Mendirikan Solat (Surah Ibrahim, 40-41) 

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Rabbij ‘alni muqimas-sholaati wa min-zuriyyati, robbana wa taqobbal du’aaRabbanaghfir lii wa liwaalidayya wa lil-mu’ miina yauma yaqumul-hisaab

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (Hari Kiamat).” 

#5 Doa Nabi Yusuf AS (Surah Yusuf, 101)

Kredit gambar: UK Islamic Mission

فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَنتَ وَلِىِّ  ۦ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ

Fatiros-samawati wal-ard, anta waliyyi fid-dunya wal-akhirah, tawaffani musliman wa al-hiqni bis-solihiin

Maksudnya: “…(Wahai Tuhanku) Matikanlah aku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang soleh.” 

#6 Doa Nabi Ayub AS (Surah al-Anbiya, 83)

Mohon Rahmat dan Kesihatan

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Wa ayyuba iz nada rabbahuu annii massaniyaḍ-ḍurru wa anta ar-ḥamur-raaḥimiin

Maksudnya: “Dan Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” 

#7 Doa Nabi Syuaib AS (Surah al-A’raf, 89)– Doa Harian

Agar Diberikan Keadilan 

Kredit gambar: iPleaders

رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَـٰتِحِينَ

rabbanaftaḥ bainanaa wa baina qauminaa bil-ḥaqqi wa anta khairul-faatiḥiin

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, hukumkanlah (bukakanlah pintu hati) antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.”

#8 Doa Nabi Musa AS (Surah Taha, 25-28)

Lapang Dada, Dipermudahkan Urusan dan Kefahaman Pada Yang Mendengar

رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى وَٱحْلُلْ عُقْدَةًۭ مِّن لِّسَانِى يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى

Rabbisyrah lii sadrii wa yassir lii amrii wahlul ‘uqdatam mil  lisaanii yafqahu qaulii

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan permudahkanlah bagiku urusanku, lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” 

#9 Doa Nabi Yunus AS (Surah al-Anbiya, 87)

Doa Terbaik Memohon Ampun

Kredit gambar: kupang.tribunnews.com

لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَـٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minaz-zolimin

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya ALLAH)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

#10 Doa Nabi Muhammad SAW (Surah al-Baqarah, 201)

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۭ وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةًۭ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Rabbanaa aatina fiddunyaa hasanataw wa fil akhirati hasanataw wa qinaa ‘azaa bannaar

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Kredit gambar: Adobe Stock

Banyak doa belum tentu menjadi kalau kita tak sertakan dengan hati dan niat yang betul. Mama Siti dah sertakan kesalahan dalam berdoa dan cara berdoa yang betul. 

Perbanyakkan berdoa seperti mengamalkan doa harian ini setiap hari dan jadikan amalan sepanjang hidup. Mudah-mudahan Allah berkati hidup kita. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.