KelabMama

Koleksi Doa Hari Lahir Untuk Tersayang Sebagai Tanda Bersyukur Kepada Allah

Menyambut hari kelahiran pastinya merupakan momen yang indah buat Mama sekeluarga, ditambah lagi dengan selitan doa hari lahir bagi mengharapkan yang terindah dan baik-baik sahaja yang akan berlaku dalam hidup selepas ini.

Apatah lagi, kalau semua orang turut menitipkan doa hari lahir memohon yang terbaik buat diri kita, pastinya ianya lebih bermakna dan menggembirakan.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menyambut dan meraikannya, tetapi tidak sama hebat dengan sekeping doa yang terbit dari hati yang tulus ikhlas, apatah lagi kalau doa-doa yang telah dipanjatkan itu terus dimakbulkan oleh Allah.

Malah, sebagai umat Islam, hendaknya ucapan selamat hari lahir itu diucapkan dengan doa dan kata-kata yang sesuai mengikut syariat Islam sebagai salah satu cara kita bersyukur dengan setiap kurniaan daripada Allah S.W.T.

Oleh itu, melalui perkongsian kali ini, Mama Siti kongsikan beberapa petikan doa yang dapat diamalkan dan diucapkan diri sendiri atau untuk orang lain ketika hari lahir yang akan menjelang nanti.

Senarai Doa Hari Lahir Yang Penuh Makna

Kredit gambar: 1001 ucapan

Ucapan Barakallah Fii Umrik

Barakallah Fii Umrik diucapkan dengan maksud bagi mendoakan orang yang sedang menyambut hari lahir agar Allah melimpahkan dan memberkati umurnya. Ucapan ini juga adalah sebagai bentuk kesyukuran seseorang di atas keberkatan usia yang kian bertambah.

براك الله في عمرك

Maksudnya: Semoga Allah memberkati usiamu.

Ketika mengucapkan ucapan selamat hari lahir, Mama juga boleh lengkapkan Barakallah Fii Umrik dengan petikan doa lain yang ingin anda mohon. Sebagai contoh:

Bagi Mama yang menerima ucapan tersebut daripada sesiapa pun, boleh membalas ucapan tersebut dengan mendoakannya semula iaitu dengan mengucapkan,

“Wa Fiika (laki-laki)/Fiiki (perempuan) Barakallah”

Maksud: “Semoga Allah juga memberkatimu.”.

Panjatkan doa untuk diri anda juga supaya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T, sentiasa berada lurus di jalan yang diredhai Allah.

Panjatkan doa memohon agar dengan penambahan usia ini, semakin bertambah amal ibadah yang akan dilakukan, dan bermacam lagi perkara yang boleh Mama atau ahli keluarga boleh memohon.

Antara petikan doa yang boleh diamalkan seperti berikut:

Kredit gambar: mediauang.com

Doa Memohon Panjang Umur dalam Keberkatan


اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالۤاخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya:

“Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami.”
“Dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Doa Mohon Keselamatan


اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Maksudnya:

“Ya Allah kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesegaran atau kesejahteraan pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan ampunan sesudah mati.”

Semoga pada hari yang istimewa ini dipenuhi dengan doa yang baik-baik dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T hendaknya. Jom baca koleksi ucapan hari lahir untuk ibu pula!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!