Bukan tak pernah kita melihat atau mendengar perkhabaran orang disantau hingga menyebabkan mereka kesakitan. Bak kata pepatah; rambut sama hitam, hati lain-lain.
Orang yang kita nampak baik, belum tentu mempunyai hati yang baik. Nauzubillah. Maka dengan itu, elok kalau kita amalkan doa dan surah-surah elak sihir untuk melindungi diri dan ahli keluarga.
Senarai Doa dan Surah Elak Sihir
#1 Surah Al- Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)
#2 Surah Al-Ikhlas
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, la tiada beranak, dan la pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
#3 Surah Al-Falaq
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (laitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
#4 Surah An-Nas
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (laitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
#5 Ayat Kursi
Maksudnya: “Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dike- hendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meli- puti langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha
#6 Doa Dari Rasulullah SAW
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فىِ اْلاَرْضِ وَلاَ فىِ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ.
‘Bismillahilladzi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa laa fissamaa’i, wa huwassamii’ul ‘aliim’
Maksudnya: Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
#7 Surah Al- Baqarah; 285 hingga 286
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ (٢٨٥) لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ (٢٨٦)
Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”(285)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (286)
#8 Baca Zikir Pertama
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
‘La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli shay in qadeer’
Daripada Abu Dzar al-Ghifari dan Abd Rahman bin Ghannam meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca: La ilaha illah wahdahu la syarikalah. Lahu al-Mulk walahu al-Hamdu yuhyi wa yumit. Wa huwa ‘ala kulli syain Qadir… sambil duduk membengkokkan kakinya sebelum bangun pergi pada solat Maghrib dan Subuh sebanyak sepuluh kali maka setiap satu lafaz yang diucapkannya akan dicatatkan baginya sepuluh kebaikan, dihapus sepuluh dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat. Zikir itu juga menjadi perisai setiap bahaya bahkan menjadi penjaga daripada godaan syaitan yang terkutuk.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannnya)
#9 Baca Zikir Kedua
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
‘A’udzu bikalimatillahit tammati min syarri maa khalaq’
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)
#10 Doa Penutup
Selawat dan Doa Dari Surah Yunus; 81 hingga 82
مَا جِئْتُمفَلَمَّآ أَلْقَوْا۟ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ ٱلسِّحْرُ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبْطِلُهُۥٓ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ ٱلْمُفْسِدِينَ ٨١
وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُجْرِمُونَ ٨٢
Maksudnya: Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.(81)
“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. (82)
Sihir Angkara Siapa?
Perasaan iri hati, dengki dan dendam kepada seseorang mendorong kepada perbuatan sihir. Penyakit dalam hati yang tidak dirawat, lama-kelamaan menjadi nanah yang merosakkan keimanan pelaku.
Kerana ingin melihat orang tertentu mendapat mudarat, lalu mereka mulai syirik kepada Allah SWT dengan meminta pertolongan dari ‘Tok Bomoh’ melalui perantaraan jin dan syaitan.
Kadang-kala mereka yang menghantar sihir ialah individu yang dianiaya dan dicemuh hingga mereka merasa terhina. Mungkin ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua agar selalu menjaga percakapan dan perbuatan tidak kira pangkat atau harta seseorang itu.
Amalkan mana-mana doa elak sihir yang Mama Siti kongsikan di atas tadi ya. Lebih baik lagi kalau Mama baca doa elak sihir ikut turutan dan jadikan amalan harian.
Semoga Allah SWT menggagalkan anasir jahat mendekati diri kita dan ahli keluarga.
Tingkatkan amal ibadah dengan panduan dan bacaan yang betul DI SINI.