Proses melamar pekerjaan boleh jadi sangat memenatkan dan hampir-hampir putus asa. Ada pula keadaan dimana kita sudah mendapat kerja tetapi persekitaran, gaji dan hubungan di tempat kerja pula yang toksik.
Doa juga ialah salah satu usaha dan Allah mengiktirafnya sebagai ibadah kepada umat Islam. Kita ambil peluang ini, doa dengan bersungguh-sungguh dan yakin bahawa tuhan akan memberikan kita pekerjaan yang terbaik.
Senarai Doa Dapat Kerja Yang Boleh Diamalkan
#1 Doa Dapat Kerja Interview
بِسْمِ اللهِ عَلَى نفَسِي وَمَالِي وَدِيْنِي . اَللَّهُمَّ رَضِّنِ ى بِقَضَائِكَ وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا قُدِّرَ عَلَيْهِ حَتَّى لا اُحِبُّ تَعْلَمْتَعْلَمْ ِيْرَ مَا عَجَّلْتَ
Bismillahi ‘alaa nafsi wa maalii wa diini. alloohumma rodhdhini bi qodhooika wa baarik lii fi maaquddiro’ alaihi hatta laa uhibbu ta’jiila maa akhkhor ta walaa ta’khiiro maa ‘ajjalta.
Maksudnya: “Dengan nama Allah, semoga Engkau menjaga diri kami, harta kami dan agama kami. Wahai Allah, redailah kami dari ketetapanMu dan berilah berkat kepada kami dalam segala apa yang telah Engkau putuskan sehingga kami tidak suka apa yang Engkau percepatkan apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula mengakhirkan apa yang Engkau berikan, Engkau cepatkan.”
#2 Mohon Diberikan Rezeki yang Halal
اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحمِيْدُ يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ اَلامِبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ اَغْنِنِى بِلَمْحَنِى بِلِ اكفِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَصَلَّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Wahai Allah, wahai zat Yang Maha Kaya, wahai zat Yang Maha Terpuji, wahai zat Yang memulakan, wahai zat Yang Mengembalikan, wahai zat Yang Maha Penyayang, wahai zat Yang Maha Mencintai. Cukuplah kami dengan kehalalanMu dari keharamanMu. Cukuplah kami dengan anugerahMu dan Semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat baginda”
#3 Doa Agar Reda Dengan Pekerjaan
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي ، وَوَسِّعْ لِي فِي خُلُقِي ، وَطَيِّبْ لِي كَسْبِي ، وَقَنِّعْنِي بِمَا قَسَمْتَ لِي ، وَلا تَذْهَبْ بِنَفْسِي إِلَى شَيْءٍ قَدْ صَرَفْتَهُ عَنَى.
Allahummaghfirli dzunubi, wa wassi’ khuluqi, wa thayyib lii kasabii, wa ghanni nii bimaa razaqtana, wa laa tadz-hab qalbii ilaa syai-in sharraftahu ‘annii.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku, muliakanlah akhlakku, berikanlah untukku pekerjaan yang baik, jadikanlah aku bersyukur saat menerima apa pun yang Engkau anugerahkan kepadaku, dan janganlah Engkau buatku mengingat sesuatu yang telah Engkau palingkan dariku.”
#4 Doa Mudah Dapat Kerja
اللهُمَّ إنّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ
Allahumma inni As’aluka Min Fadlika wa Rahmatika fa Innahu la Yamlikuha illa Anta
Maksudnya: “Wahai Allah, aku mohon kepadaMu akan anugerah dan rahmatMu, kerana hanya Engkaulah yang memilki keduanya itu”
#5 Doa Mohon Dikurniakan Kebaikan (Doa Nabi Musa AS)
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
‘Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir’
Maksudnya: Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
Tak Dapat Kerja Idaman Tapi Dapat Kerja Lain?
Sedar tak sedar, kita selalu mengharapkan tuhan kurniakan hal-hal baik dalam hidup di dunia ini. Sama lah juga dengan keadaan bekerja.
Apa yang kita rasa itu baik, belum tentu ianya baik dan begitulah sebaliknya. Yang paling tahu tentang makhluk ciptaannya ialah penciptanya.
Allah tak pernah kejam, cuma kita yang belum nampak hikmahnya.
Paling penting ketika berdoa ialah yakin dan merasa lafaz-lafaz doa itu di dalam hati kita. Insya Allah, tuhan akan berikan kita kerja dengan persekitaran, gaji dan hubungan yang sihat.
Mama Siti doakan agar Mama terus berjuang dan bersangka baik dengan Allah SWT.
Dapatkan juga pelbagai lagi petikan doa dan tips-tips kerohanian yang lain di SINI!