Kita dah buntu, tak tahu nak buat macam mana lagi untuk tenangkan diri sendiri untuk selesaikan hutang yang ada.
Kerja sudah, usaha pun sudah. Tinggal lagi kita nak berdoa. Sebenarnya amalan berdoa perlu dilakukan lebih awal dari usaha dimulakan agar setiap langkah kita dipandu dan terus berniat baik untuk menyelesaikan hutang sebelum mati.
Doa Bebas Hutang
#1 Doa Bebas Hutang, Rasa Malas dan Penindasan
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
#2 Doa Bebas Hutang, Fitnah dan Azab Kubur
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
#3 Doa Bebas Hutang dan Kefakiran
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran).
(Hadis riwayat Muslim)
#4 Doa Bebas Hutang dan Kecukupan Rezeki
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Cara Elak Berhutang dan Beri Hutang
Paling utama adalah untuk belajar mengawal gejala Fear of Missing Out (FOMO), dimana seseorang berasa terasing disebabkan tidak memiliki sesuatu barang sama seperti orang lain.
Tidak ada yang salah dalam lambat memiliki sesuatu bentuk pemilikan, malahan salah jika kita sanggup berhutang demi ingin memuaskan hati sendiri.
Cara seterusnya untuk mengelakkan diri berhutang adalah dengan menyediakan bajet perbelanjaan setiap bulan.
Patuhi bajet yang ditetapkan pada awal bulan serta elakkan pakai duit yang dikhususkan untuk bajet lain.
Cara elak menjadi pemiutang adalah dengan merahsiakan status kewangan kepada orang lain. Mama berisiko menjadi orang yang bakal dihubungi ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meminjam wang.
Lagi tips elakkan orang berhutang kepada kita ialah menyatakan kepada mereka bahawa kewangan kita perlu digunakan untuk keperluan diri sendiri dan keluarga.
Kalau boleh menyatakan secara jelas dan terhormat bahawa Mama sedia membantu untuk perkara lain tetapi bukan dalam perkara meminjamkan wang.
Mama boleh gunakan ayat yang Mama Siti cadangkan untuk memberitahu kepada orang yang ingin berhutang. Dimulakan dengan rasa simpati, diikuti dengan menyatakan kesukaran yang dihadapi dan nyatakan pendirian Mama.
Contohnya, “Mesti kau serabut kan hadapi perkara ni, nak pakai duit lebih untuk keluarga yang sakit. Aku sedia membantu kau dalam urusan ini tapi aku bukan orang yang sesuai untuk pinjamkan duit.”
Hanya kepada tuhanlah kita kembali mencari ketenangan dalam proses menyelesaikan hutang. Berdoa dengan yakin bahawa tuhan akan selalu memberikan jalan keluar dalam kesulitan yang hambaNya sedang lalui.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul DI SINI.