KelabMama

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Dan Sebab-Sebab Membacanya

Kita sedang berada dalam bulan terakhir kalendar hijrah. Tak lama lagi, insya allah bulan Muharram akan menjelma.

Doa awal tahun pun tak lama lagi akan banyak dikongsikan di laman media sosial kan. Tapi selalunya dia pakej doa akhir tahun sekali. 

Mama klik artikel ni, mesti sebab nak tahun apa yang perlu dibaca masa awal tahun dan akhir tahun kan. Jom lah, Mama Siti kongsikan doa-doanya.

Tapi kenapa ya, nak masuk tahun baru pun kita nak kena baca doa. Apa istimewanya doa ni? Kalau tak baca tak boleh ke ka? 

Mama Siti memang ada terfikir macam tu, lepastu mestilah Mama Siti pergi cari jawapan. Akhirnya terjawab juga persoalan-persoalannya.

Sebab-Sebab Baca Doa Awal dan Akhir Tahun

Kredit gambar: Islam21c

Pertama sekali, kita bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur. Harap-harap usia kita diberkati. Risau kalau-kalau kita sia-siakan peluang hidup yang Tuhan bagi ni dengan benda-benda lagha. 

Kedua, kita berdoa semoga tahun baru ni lebih banyak kebaikan kita dapat untuk dunia dan akhirat. Kebaikan buat diri sendiri, keluarga, agama dan pekerjaan serta macam-macam lagi yang tak terjangkau dari pengetahuan manusia.  

Yang terakhir, kita berharap Allah terima semua amal baik tahun lepas. Mudah-mudahan permohonan maaf kita dekat Allah pun diterima. 

Akhirnya nanti, kita semua nak pergi syurga kan. Siapa tak nak, dengar cerita keindahan syurga pun boleh buat kita berkhayal. 

Doa Akhir Tahun

Kredit gambar: Surya.co.id
Kredit gambar: akuislam.com

Doa Akhir Tahun Rumi

‘Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma Nahaitana ‘Anhu, Falam Natub Minhu Walam Tardohu Walam Nashasu

Wahalumta ‘Alaina Ba’da Qudrotika, ‘Ala ‘Uquubatinaa, Wada’utana Ilat-taubati Minhu Ba’da JurAtina ‘Ala Maghsiyatika

Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm

An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar

Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin’

Kredit gambar: Surya.co.id

Maksudnya: Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.

Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.

Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Doa Awal Tahun

Kredit gambar: Muslim.aid
Kredit gambar: Akuislam.com

Doa Awal Tahun Rumi

‘Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu ‘Awwal

Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.

Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-rohimiin, Rabbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan Waqinaa ‘Azaabannar

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin.

Kredit gambar: Tribun

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung.

Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.

Dan kami memohon pertolongan  untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan  kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.

Waktu Baca Doa Akhir Tahun

Digalakkan baca pada petang selepas Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Waktu Baca Doa Awal Tahun

Baca selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Kesimpulannya…

Alhamdulillah lengkap lah doa awal tahun dan akhir tahun kita. Dengan ini kita berdoa agar penghujung tahun lalu diakhiri dengan perkara baik. 

Manakala tahun baru pula dimulakan dengan doa yang baik-baik. Mama Siti rasa lebih elok kalau kita ajak suami dan anak-anak baca doa ni bersama-sama.

Tak salahkan kita dedahkan anak-anak dengan doa-doa macam ni walaupun mereka belum faham apa-apa. Sekurang-kurangnya anak-anak tahu tentang agama mereka. Kita kan nak anak-anak yang soleh.

Moga-moga bacaan awal tahun dan akhir tahun ni menjadi amalan kita setiap tahun. Semoga juga sepanjang tahun ni, Allah pelihara kita dari perbuatan dosa dan maksiat. 

Akhir sekali, Mama Siti ucapkan selamat menyambut tahun baru 1444 Hijrah.  Okay, ayuh baca doa neelofa pula!