KelabMama

Doa untuk Anak Soleh yang Mama Papa Boleh Amalkan

doa untuk anak soleh

Seperti yang kita tahu doa ni ada pelbagai kan, sampai kan doa untuk menjadikan anak soleh dan solehah pun ada.

Doa ni kalau daripada Mama Papa sudah pasti mustajab tau. Ini bukan Mama Siti yang cakap tau, ada dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Iman Ibn Majah:

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.

Doa untuk Anak-anak Soleh

Mari kita lihat doa-doa anak soleh yang boleh Mama Papa amalkan.

1. Doa supaya Anak jadi Soleh dan Solehah

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْلَادَنَا أَوْلَادًا صَالِحِيْنَ حَافِظِيْنَ لِلْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ فُقَهَاءَ فِى الدِّيْنِ مُبَارَكًا حَيَاتُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

“Allahummaj ‘al awladana awladan sholehiin haafizhiina lil qur’ani wa sunnati fuqoha fid diin mubarokan hayatuhum fid dun-ya wal akhirah.”

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang sholeh sholehah, orang-orang yang hafal Al-Qur’an dan Sunnah, orang-orang yang faham dalam agama dibarokahi kehidupan mereka didunia dan di akhirat.”

2. Doa untuk Lembutkan Hati Anak yang Degil

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah as-Syura ayat 19)

3. Doa Supaya Anak Beriman dan Bertakwa

“Robbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrota a’yun waj ‘alna lil muttaqiina imama”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (QS.Al-Furqon : 74)

4. Doa supaya Anak Taat pada Ibu Bapa dan Allah

“Allahumma barikliy fii awladiy, wa la tadhurruhum, wa waf fiqhum li tho’atik, war zuqniy birrohum.

Maksudnya: “Ya Allah berilah barokah untuk hamba pada anak-anak hamba, janganlah Engkau timpakan mara bahaya kepada mereka, berilah mereka taufik untuk taat kepadaMu dan karuniakanlah hamba rejeki berupa bakti mereka.”

5. Doa supaya Anak Menjadi Seorang Pintar

اَللَّهُمَّ امْلَأْ قُلُوْبَ أَوْلَادِنَا نُوْرًا وَحِكْمَةً وَأَهْلِهِمْ لِقَبُوْلِ نِعْمَةٍ وَاَصْلِحْهُمْ وَاَصْلِحْ بِهِمُ الْأُمَّةَ

Allaahummam-la’ quluuba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah

Maksudnya: “Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang pantas menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka.”

6. Doa Nabi Zakaria agar Diberikan Anak yang Baik

“Robbiy habliy mil ladunka dzurriyyatan thoyyibatan innaka sami’ud du’a’.”

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (QS.Al Furqon : 38)

7. Doa Nabi Ibrahim Meminta Anak Yang Soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Robbij’alniy muqimash sholati wa min dzurriyyati robbana wa taqobbal du’a”

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (QS Ibrahim: 40)

Tips Mendidik Anak supaya Menjadi Soleh dan Solehah

1. Terapkan Didikan Agama kepada Anak-anak

Mesti Mama Papa pernah dengarkan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walaupun anak-anak masih lagi kecik, tapi time ni lah yang sesuai untuk Mama Papa terapkan didikan agama dalam diri mereka.

Sebab time mereka kecik lah sesuai untuk Mama Papa bentuk mereka tentang ajaran agama berbanding dengan waktu mereka sudah besar.

Di usia ni juga lah Mama Papa mula dedahkan tentang ajaran agama lebih-lebih lagi tentang solat dan juga slow-slow dedahkan kepada mereka tentang larangan agama.

Mama Papa boleh mulakan dengan mengajak mereka solat berjemaah bersama-sama untuk pendedahan awal.

2. Tunjukkan Contoh yang Baik kepada Anak-anak

Kalau kita nak anak jadi soleh dan solehah, sudah pasti kita sebagai Mama Papa mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.

Anak-anak ni mudah terikut dengan tinkah laku dan juga cara percakapan kita di rumah.

Jadi, kita sebagai parents perlu jaga segala tingkah laku dan percakapan kita time berhadapan dengan anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik-baik supaya menjadi ikutan oleh anak-anak.

3. Ajar Anak Cara untuk Beradab

Oh, satu lagi benda yang wajib Mama Papa didikan kepada anak-anak ialah berkaitan dengan adab.

Mama Papa ajarkan anak-anak mengenai cara beradab dengan Mama Papa, beradap dengan orang lebih tua, beradab bila makan dan juga beradab dalam percakapan mereka.

Adab sopan yang ditunjukkan oleh anak-anak akan menunjukkan mereka mempunyai akhlak yang baik. Lagi pun, memang dalam islam pun mengajar kita tentang cara untuk beradab.

4. Berikan Kasih Sayang kepada Anak-anak Secukupnya

Anak-anak yang dididik dengan penuh kasih sayang akan mempunyai hati yang lembut tau. Tingkah laku anak-anak juga kekadang bergantung kepada cara layanan Mama Papa.

Jadi, Mama Papa berikan lah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa diabaikan.

Tidak semestinya Mama Papa perlu berada di samping mereka 24 hours. Banyak lagi cara untuk Mama Papa luahkan cara kasih sayang itu.

Contohnya, Mama Papa cuba luangkan masa makan malam bersama atau lakukan aktiviti time weekend bersama mereka.

Mama Papa bolehlah amalkan doa untuk anak soleh yang Mama Siti senaraikan ni. Bukan saje berdoa tau tapi Mama Papa pun kena mainkan peranan juga dalam mendidik anak-anak.

Semoga anak-anak Mama Papa menjadi anak yang soleh dan solehah.


Jom kita amalkan doa perlindungan untuk kesejahterasaan sendiri dan juga keluarga, klik di SINI.