KelabMama

8 Jenis Dinding Rumah Untuk Kediaman Moden Di Malaysia

Di Malaysia sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis dinding rumah yang diguna pakai pada rumah-rumah moden. Pemilihan dinding mestilah dilakukan dengan teliti kerana ia bukannlah seperti wallpaper yang boleh dipasang dan dibuka dengan mudah. 

Setiap jenis dinding mempunyai kelebihannya masing-masing. Ciri-ciri istimewa yang Mama Siti kongsikan dalam artikel ini boleh dijadikan panduan dalam proses ubah suai rumah Mama. 

Ayuh kita lihat kelebihan setiap satu dinding.

8 Jenis Dinding Rumah Kontemporari 

#1 Batu Merah

Kredit gambar: Freepik 

Selain memiliki struktur yang kukuh, dinding dari batu bata juga mempunyai fleksibiliti sama ada ingin dibina secara lurus, melengkung atau zigzag.

Dalam senibina rumah moden, ia digunakan sebagai komponen luaran yang memberi kelebihan mengurangkan suhu sesebuah ruangan. Nilai estetik yang diserlahkan ialah satu lagi faktor pemilihan dinding batu bata di Malaysia. 

#2 Batu

Kredit gambar: Shopee

Jenis dinding rumah yang seterusnya diambil daripada idea binaan bangunan zaman primitif. Corak susunannya unik kerana ia tidak mempunyai urutan khas untuk menyusun.

Oleh itu, hasil kerja tangan manusia lebih menyerlah. Tambahan pula, sumber binaan dinding rumah ini mudah diperolehi di Malaysia di samping kosnya yang menjimatkan. 

#3 PVC

Kredit gambar: ArchDaily

Dinding rumah yang seterusnya diperbuat daripada bahan kalis air. Ketahanannya terhadap air menjadikan dinding PVC sesuai untuk dipilih untuk ruangan yang berisiko terkena air seperti ruang makan, dapur dan bilik air.

Namun begitu, tiada masalah sebenarnya jika Mama ingin memasang dinding PVC di ruang tamu. Asal saja ia serasi dengan konsep rumah, apa salahnya kan. 

#4 Jubin

Kredit gambar: Cari Destinasi

Kelebihan mengaplikasikan jubin seramik di ruang tamu adalah disebabkan kosnya yang berpatutan, mudah dipotong dan terdapat dalam pelbagai warna dan tekstur yang menarik perhatian.

Jubin yang dicadangkan di ruang tamu ialah:

#5 Keluli (Steel)

Kredit gambar: Pinterest

Dinding rumah keluli menjadi pilihan utama bagi kebanyakan rumah kontemporari dan moden. Walaupun kosnya lebih mahal berbanding dinging yang lain, ia lasak sebenarnya bahan yang tahan lasak. Dinding keluli menjadikan rumah Mama kelihatan lebih futuristik seperti dalam filem sains fiksyen. 

#6 Buluh

Kredit gambar: Happho

Salah satu cara untuk mengambil inisiatif dalam melestarikan alam sekitar adalah dengan menghias dinding rumah dengan buluh. Lebih menarik lagi, menurut kepercayaan ‘Feng Shui’, meletakkan buluh di tempat khusus di dalam rumah dipercayai membawa kekayaan dan tuah kepada penghuninya. 

#7 Plywood

Kredit gambar: bhg.com

Pemilihan plywood mungkin boleh dipertimbangkan sebagai dinding idaman Mama. kelebihan yang ditawarkan plywood memberikan penjimatan buat jangka masa panjang. Dinding plywood diakui kuat dan tahan lasak di samping bahannya yang ringan. 

Plywood yang biasa digunakan sebagai dinding rumah ialah jenis tiga lapis dengan berat kira-kira dua hingga tiga milimeter. 

#8 Batu Konkrit 

Kredit gambar: suzuka.com.my

Dinding konkrit sebenarnya lebih tahan lama berbanding kayu dan keluli. Ia masih kekal dalam keadaan baik serta tidak reput walaupun terdedah kepada lembapan disebabkan oleh hujan.

Dinding konkrit tidak berkarat seperti bahan keluli dan dapat bertahan daripada serangan serangga perosak seperti anai-anai. 

Kredit gambar: Magnolia

Ketelitian dinding rumah amat penting supaya ia boleh dipadankan dengan fungsinya di ruangan tertentu. Kebanyakkan rumah-rumah moden di Malaysia menjadikan lapan jenis dinding rumah ini pada kediaman mereka. 

Semoga Mama dapat membuat penilaian dan memilih jenis dinding yang paling sesuai untuk rumah idaman Mama. Kesesuaian dan ketahanannya perlu diutamakan di samping nilai estetik yang diberikan nanti. 


Dapatkan rumah idaman Mama dengan pelbagai tips dan inspirasi dekorasi DI SINI.