Untuk hidup panjang dan sihat, kita perlu tentukan diet apa yang sesuai dengan keperluan kita dan juga badan kita. Kita na guna badan kita lamakan. Kita seharusnya penuhkan badan kita dengan khasiat, vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk hidup dengan berkualiti dan lebih sihat. Oleh itu, jika Mama memerlukan body cleanse, Mama Siti cadangkan, go Vegan!
Jangan risau, tak perlu perubahan yang spontan dan laju. Seperti pepatah Melayu,
“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”
Jika Mama berminat, boleh la kita lihat sama-sama, apa perbandingan dan kelainan yang diet normal dan juga diet vegan.
Diet Normal VS Diet Vegan
Diet Normal
Apakah yang dianggap sebagai diet biasa?
Mengikut piramid makanan, diet normal menekankan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak. Ia juga termasuk pelbagai makanan protein seperti makanan laut, daging dan ayam tanpa lemak, telur, kekacang, produk soya. Tambah lagi dengan makanan yang rendah gula tambahan, natrium, lemak tepu, lemak trans dan kolesterol.
Kenapa perlu makan sihat? Apa faedahnya kepada badan kita? Makan secara sihat dapat:
- Menjaga kesihatan kulit, gigi dan mata.
- Menyokong otot.
- Meningkatkan imuniti.
- Menguatkan tulang.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes jenis 2, dan beberapa kanser.
- Bantu kehamilan dan penyusuan yang sihat.
- Membantu fungsi sistem penghadaman.
Tetapi kebanyakan orang mempunyai diet yang tidak sihat yang sering terdiri daripada makanan yang terlalu manis, berminyak dan mempunyai garam berlebihan.
Tentunya ia bukan mudah untuk menukar diet dalam sekelip mata, tapi kita perlu buat demikian untuk hidup dengan lebih sihat. Ajal dan maut memang tidak dapat dielakkan, tetapi kita harus pentingkan kesihatan kita untuk anak-anak kita juga!
Diet Vegan
Bukan mudah untuk kita menukar diet vegan sepenuhnya, kadangkala ia mungkin berkaitan dengan faktor kekangan masa, kekurangan sumber atau sekadar makanan sihat terlalu mahal untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Kajian menunjukkan bahawa diet vegan boleh membantu melakukan perkara berikut:
- Menggalakkan penurunan berat badan.
- Kurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol.
- Kurangkan peluang anda untuk mendapat jenis kanser tertentu, seperti kanser kolon.
- Urus diabetes.
Tapi ingat Mama, makan sihat pun boleh naik berat badan. Diet vegan juga tidak menjamin penurunan berat badan. Tapi ia lebih baik daripada Mama makan makanan yang diproses yang mempunyai garam berlebihan yang memudaratkan kesihatan.
Oleh itu, jika Mama mempunyai penyakit kronik yang perlu diet, pastikan Mama pilih diet yang bagus dan juga sesuai untuk kesihatan Mama.
Mama Pilih Yang Mana?
Semestinya dua-dua diet ini memiliki kelebihan dan juga kelemahannya tesendiri. Semua keputusan berada di tangan Mama. Kita tidak perlu membuat perubahan yang drastik. Semua perkara perlu mengambil masa dengan sokongan daripada keluarga juga penting tau!
Jika Mama mempunyai masalah kesihatan yang perlu diet untuk menyelesaikannya, mungkin ini adalah tanda untuk Mama mulakan perjalanan diet! Buat pilihan yang terbaik tau Mama!
Kawal gaya pemakanan Mama sekeluarga dengan pelbagai tips berguna di SINI.