KelabMama

Didik Anak-anak Lebih Menghargai Budaya Bangsa Cina dan Lain-lain Dengan Cara Ini

Mesti anak Mama tanya kenapa banyak dekorasi merah pada bulan ni kan? Ini adalah kerana, bulan ni, mereka yang berbangsa Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Negara kita kaya dengan pelbagai bangsa dan agama, oleh itu, terdapat pelbagai sambutan perayaan yang diadakan sepanjang tahun.

Sebagai ibu bapa, Mama Siti nasihatkan Mama Papa untuk sentiasa beritahu dan didik anak-anak serba sedikit tentang setiap budaya dan perayaan yang diraikan ini. Ajar mereka tentang sejarah atau info-info penting dan bagaimana anak-anak boleh hormat perayaan lain.

Disebabkan bulan ini adalah Tahun Baru Cina, Mama Siti nak cadangkan sikit aktiviti apa yang boleh tolong Mama memperkenalkan budaya dan perayaan Cina pada anak-anak.

Cara Mendidik Anak Tentang Budaya Cina

#1 Raikan Cuti Tahun Baru Cina

Ini cara yang paling senang untuk Mama mengajar si Manja tentang budaya Cina. Disamping Mama dan anak-anak seronok bercuti, apa kata Mama jadikannya time cuti CNY ni lebih bermakna dengan berkongsi percutian perayaan masing-masing.

Bila cuti perayaan, Mama boleh jelaskan kenapa kita cuti pada hari tersebut dan ceritakan serba sedikit mengenai perayaan tersebut. Lagi seronok kalau anak-anak mempunyai kawan yang berbilang kaum.

Gunakan peluang tersebut untuk mengajar anak Mama tentang tradisi dan budaya sesuatu perayaan seperti Tahun Baru Cina ini – apa itu Tahun Baru Cina, kenapa orang meraikannya, dan sebagainya.

Ini adalah beberapa persoalan yang akan membantu anak Mama lebih faham tentang tradisi dan budaya lain.

#2 Belajar Bahasa Mereka

Mempelajari bahasa Cina memang mencabar, tetapi kanak-kanak yang lebih kecil, lebih senang untuk belajar sesuatu bahasa berbanding dengan kita.

Bahasa Mandarin sangat berbeza dengan bahasa Inggeris. Ia mempunyai nada yang menentukan makna sesuatu perkataan. Mama boleh masukkan anak-anak ke kelas khas belajar bahasa Mandarin atau sekiranya Mama dan Papa berminat, boleh hantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berdekatan.

Sebolehnya Mama boleh dedahkan bahasa untuk didik mereka dengan lebih mendalam tentang budaya dan tradisi orang Cina.

#3 Terokai Budaya Cina Melalui Makanan

Ini cara yang paling senang untuk Mama ajar mereka tentang budaya orang Cina. Terdapat pelbagai makanan seharian kita yang boleh kita relate dengan mereka. Budaya cina juga menggunakan penyepit (chopstick) sewaktu makan. Terdapat lebih banyak penekanan tentang cara makan untuk mengimbangi yin dan yang dalam budaya Cina.

Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan mereka juga mencerminkan budaya dan tradisi mereka. Dari situ, anak-anak akan lebih faham mengapa bahan-bahan masakan digunakan dan apa signifikannya.

Kalau Mama tak pernah cuba, Mama boleh bawa anak-anak menjamu selera makanan Cina-Muslim di antara restoran-restoran yang disenaraikan di SINI.

#4 Buku Bergambar Tentang Budaya dan Tradisi Cina

Membacakan buku kepada anak-anak juga mudah untuk Mama Papa didik mereka mengenai budaya dan tradisi kaum Cina. Mama boleh cuba cara ni – sebelum tidur, bacakan mereka buku tersebut dengan cara yang paling menarik. Barulah best dan bersemangat!

ibu bapa mendidik anak-anak tentang budaya dan tradisi orang Cina. Sebelum tidur, sesetengah kanak-kanak perlu dibacakan buku sebelum tidur. Sambil-sambil tu Mama selit la buku cerita Cina ataupun apa-apa yang berkaitan dengan tradisi dan budaya mereka.

Bercerita juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan konsep penting tentang identiti, budaya dan tradisi yang berbeza. Terdapat banyak buku pelbagai budaya dan menyeronokkan di pasaran hari ini yang merangkumi topik sedemikian.

#5 Jadi ‘Role Model‘ Yang Positif

Untuk membesarkan kanak-kanak yang sensitif dengan budaya dan tradisi, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi role model yang positif buat mereka.

Kanak-kanak sentiasa copy and paste tingkah laku ibu bapa mereka. Oleh itu, membimbing dan menasihati mereka, membentuk mereka supaya menyedari tentang budaya serta boleh memberi kesan pada pandangan dan sikap dunia adalah penting untuk anak Mama.

Apabila kita berbincang dan bertanyakan pendapat si Manja, kita akan lebih memahami apa yang mereka tahu dan tidak tahu tentang budaya lain di dalam negara dan luar negara.

Semoga Mama dapat didik anak-anak tentang budaya dan tradisi dengan cara-cara mudah ini! Selamat mencuba~

Dapatkan lebih banyak info macam mana Mama boleh didik anak dengan terperinci di SINI!