Sebelum Mama Papa mengajak anak-anak untuk mula berpuasa, Mama Papa perlu mengajar anak-anak tentang solat terlebih dahulu. Mama Papa perlu mendedahkan tentang solat ini sewaktu mereka berusia 4 atau 5 tahun.
Apabila usia mereka berganjak 6 atau 7 tahun, mereka mula memahami cara untuk solat – dari mula berwuduk sehingga doa. Dalam tempoh usia begini jugalah Mama Papa perlu tegas dalam mendidik mereka untuk solat.
Begitu juga dengan berpuasa, Mama Papa ajak dan ajarlah anak-anak untuk melatih diri mereka berpuasa. Tetapi Mama Papa ingat ye jangan sama sekali memaksa mereka jika tidak mampu untuk meneruskan puasanya sepanjang hari.
Kalau mereka enggan melakukan jangan pula menggunakan kekerasan seperti memukul mereka. Mama Papa gunalah psikologi untuk memujuk dan mengajar mereka. Mama Papa perlu ajar mereka cara solat dahulu sebelum melatih mereka berpuasa.
6 Cara Ajar Anak Kecil Solat
Beberapa cara yang boleh Mama Papa lakukan untuk mengajar anak-anak solat dari kecil.
1. Mama Papa Menjadi Tauladan
Mama Papa solat berjemaah di hadapan anak-anak supaya mereka boleh lihat cara-cara untuk solat dan waktu juga peka akan waktu Mama Papa solat. Lagipun Mama Papa kan model terbaik di mata anak-anak.
Contohnya Mama Papa solat di ruang tamu, jadi lama kelamaan anak-anak akan meniru gaya Mama Papa solat. Ini menunjukkan bahawa anak-anak sudah menunjukkan minat untuk mula belajar solat bersama.
Anak-anak kecil sebenarnya mudah terpengaruh dengan sekeliling. Lama-lama mereka sendiri yang akan bentang sejadah sebelah Mama Papa.
2. Ajar Cara Berwuduk Dengan Betul
Mengajar anak-anak bahawa pentingnya mengambil wuduk dengan betul. Supaya anak-anak faham bahawa berwuduk pun harus di ambil dengan betul. Kerana mengambil wuduk yang sempurna maka, sempurnalah solat kita semua.
Pada permulaan Mama Papa boleh membimbing mereka berwuduk untuk anggota yang wajib apabila anak-anak sudah ingat bolehlah teruskan dengan anggota sunat pula. Jangan lupa untuk sertakan sekali dengan niat dan doa selepas berwuduk.
Mama Papa boleh menampalkan poster cara-cara berwuduk dalam tandas anak-anak ataupun Mama Papa beli buku panduan solat. Jadi anak-anak boleh membaca dan faham akan maksudnya.
3. Mengajak Anak Solat Berjemaah
Mengajak mereka bersama-sama solat berjemaah tetapi tidaklah memaksa mereka sepanjang waktu. Mama Papa perlu pandai untuk psikologi memikiran anak-anak supaya mereka senang ikut dan tidak memberontak.
Mungkin waktu yang lain sedikit rumit untuk solat berjemaah kalau Mama Papa bekerja. Jadi Mama Siti syorkan Mama Papa mengajak mereka berjemaah waktu subuh, maghrib dan isyak.
Solat jemaah dapat mengajar mereka untuk biasakan dengan waktu-waktu solat juga.
4. Membeli Kelengkapan Solat
Untuk menarik minat mereka Mama Papa boleh cuba cara ini dengan membeli kelengkapan untuk mereka solat. Akan membuat mereka lebih bersemangat. Bagi anak perempuan Mama Papa boleh membeli telekung mengikut favourite color anak perempuan.
Selain itu, membeli sejadah yang sesuai untuk mereka. Sekarang sudah ada saiz sejadah yang sesuai untuk kanak-kanak. Malah terdapat corak juga tetapi tidaklah terlalu menonjol coraknya masih menepati hukum syarak.
Kalau Mama Papa tidak mahu pergi membeli dikedai pun tidak mengapa. Sekarangkan zaman moden boleh saje Mama Papa membelinya secara online dan memberi ruang kebebasan kepada anak-anak untuk memilih design atau color yang mana mereka suka.
5. Membawa Anak-anak ke Masjid
Sesetengah Mama Papa menganggap leceh apabila membawa anak ke masjid. Situasi ini kerana Mama Papa bimbang anak-anak akan menganggu konsentrasi Mama Papa dan jemaah lain juga.
Tetapi sebenarnya ajaran ini penting untuk membiasakan anak-anak dengan suasana di dalam masjid.
Sepatutnya sewaktu mereka masih kecillah Mama Papa membawa mereka ke masjid. Supaya mereka di dedahkan dengan situasi yang sebenar apabila berada di dalam masjid bukan hanya gambaran yang diberikan oleh Mama Papa sahaja.
Di samping itu, menerapkan dalam diri mereka untuk menghormati jemaah lain dan menjaga adab ketika berada di dalam masjid juga. Untuk mereka faham juga bahawa masjid ini bukan sahaja boleh dikunjungi waktu solat sahaja.
Kalau Mama Papa risau anak-anak berkeliaran, Mama Papa solatlah bersebelahan dengannya jadi dapat pantau mereka.
6. Tazkirah Santai Selepas Solat
Selepas solat berjemaah Papa mengambil sedikit masa untuk memberi tazkirah kepada anak-anak. Penyampaian tazkirah itu Papa tidak perlu terlalu formal, santai saja seolah sedang bercerita dengan mereka.
Papa boleh memberi tazkirah mengenai perkara yang asas dahulu seperti rukun solat, antara bacaan lazim yang boleh digunakan dan kisah-kisah nabi.
Mama Siti sarankan Papa memberi tazkirah sewaktu menunggu maghrib. Kerana pada waktu ini adalah free time antara Papa dan anak-anak. Oleh itu, waktu yang terbaik untuk memberi pengajaran kerana ilmu yang disampaikan akan lebih mudah diserap setiap apa yang disampaikan oleh Papa.
5 Cara Ajar Anak Kecil Berpuasa
Mama Papa boleh cuba cara ini untuk ajar anak-anak mula berpuasa.
1. Bercerita Tentang Bulan Ramadan
Anak-anak mudah untuk menerangkan Mama Papa perlu menerangkan maksud dan hikmah bulan ramadan kepada anak-anak. Supaya anak-anak tahu bahawa kita melakukan ibadah puasa ini mempunyai tujuan dan ganjaran di akhirat kelak.
Anak-anak mungkin akan salah faham akan perkataan puasa itu. Mungkin mereka faham berpuasa selama sebulan.
Puasa itu bermaksud menahan lapar dan dahaga dari mula terbit fajar hingga terbenamnya matahari sahaja. Menerangkan dengan serba ringkas sahaja cukup mereka tahu tujuan sebenar melakaukan ibadah ini.
2. Mulakan Puasa Secara Berperingkat
Mama Papa jangan terus menyuruh anak-anak untuk berpuasa penuh satu hari. Tetapi ajar mereka untuk berpuasa secara berperingkat. Permulaan hari pertama berpuasa selama 2 atau 3 jam.
Untuk hari seterusnya berpuasa selama 3 atau 4 jam pula sehingga anak-anak boleh berpuasa penuh satu hari. Oleh sebab ketahanan badan anak-anak berbeza Mama Papa tidak boleh memaksa anak-anak untuk berpuasa penuh secara mendadak.
Situasi ini juga untuk menggelakkan timbul sebarang masalah kesihatan yang anak-anak akan hadapi sekiranya berpuasa penuh satu hari. Bimbang mereka akan pitam pula kalau terus berpuasa.
Justeru itu, Mama Papa jangan marah kepada anak-anak sekiranya mereka meminta untuk berpuasa setengah hari sahaja. Itu pun sudah cukup untuk permulaan bagi mereka.
3. Menyediakan Menu Kegemaran Anak-anak
Untuk menarik minat mereka, sebelum tidur Mama tanyalah makanan apa yang anak-anak mahu makan waktu sahur nanti. Cara ini boleh buatkan mereka lagi semangat untuk bangun sahur.
Bukan waktu sahur sahaja, waktu berbuka pun sama juga. Lagi-lagi kalau waktu berbuka ini, Mama boleh menyediakan juadah kegemaran mereka. Sudah pasti Mama Papa tahu lauk atau kuih apa yang anak gemari.
4. Latih Anak Tidur Awal
Mama Papa perlu mengajar anak untuk tidur awal lebih lebih lagi untuk bulan puasa ini. Supaya anak-anak mudah untuk bangunkan waktu sahur pagi esok.
Sebelum menidurkan mereka, bolehlah Mama Papa bercerita kisah-kisah nabi dan fadilat bulan ramadan. Pada ketika ini juga Mama Papa bertanya menu apa untuk mereka sahur esok pagi.
Ketika mengejutkan anak-anak Mama Papa gunakan ton suara yang lembut supaya emosi mereka kekal tenang. Nanti takda lah masa bangun mereka tanturm.
Anak-anak perlu tidur untuk kekal bertenaga. Lagi pun situasi ini untuk mengelakkan anak-anak tidak cuku waktu tidur.
Melatih anak-anak untuk tidur awal supaya mereka tidak mengantuk bersemangat ketika bersahur nanti. Kebanyakan anak-anak akan tertidur depan meja makan ketika waktu bersahur.
5. Ajar Anak Niat Berpuasa
Mama Papa dalam mengajar anak-anak berpuasa jangan lupa untuk mengajar mereka niat berpuasa ye.
Melatih anak-anak untuk mengingati niat berpuasa bersama. Sebelum tidur sama-sama membaca niat puasa dengan anak-anak supaya anak-anak sentiasa mengingati niat tersebut.
Kalau anak-anak masih kurang ingat niat berpuasa Mama Papa boleh ambil pendekatan dengan print out niat berpuasa dan tampal di dinding atau meja belajar mereka. Memudahkan mereka untuk membacanya serta slow slow belajar untuk ingat.
Lafaz Niat Puasa
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Mama Siti nasihatkan Mama Papa elakkan memaksa anak-anak dengan keras untuk berpuasa sehingga kewajipan lain seperti solat dianggap perkara ringan. Ajar anak-anak untuk belajar solat dahulu kerana solatkan tiang agama.
Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan klik di SINI.