KelabMama

Diari Hati Ibu: Breastfeeding tu Mudah? Tidaklah Seindah Seperti Dalam Drama

ibu menyusu anak di nursing room

Pertama kali bergelar ibu, pastinya ramai wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu kepada cahaya mata sehinggalah genap usia dua tahun.

Selain daripada menjimatkan ekonomi rumah tangga, lebih berbaloi adalah kerana susu ibu disahkan sebagai nutrisi terbaik seiring untuk keperluan bayi membesar. Maklumlah, semua ibu mahukan yang terbaik sahaja untuk anak mereka.

Mama Siti juga tidak terkecuali dalam melakukan hal yang sama.

Malah, perkongsian daripada seorang pakar kesihatan mengatakan tiada mana-mana susu di pasaran boleh menandingi kebaikannya meskipun si ibu itu makan junk food sekalipun, namun susu badan yang terhasil tetap paling terbaik di dunia membuatkan hati Mama Siti membuak-buak untuk memberikan anak susu ibu semata-mata.

Wah, begitu hebatkan proses susu ibu itu! Apa yang dikatakan oleh pakar kesihatan itu betul.

Maka, kerana teguh berpegang pada prinsip, Mama Siti elak untuk memberikan susu formula meskipun menerima desakan ketika masih dalam pantang.

Bagi wanita yang telah berpengalaman sebagai ibu, pastinya anda tahu kesungguhan orang sekeliling termasuk jururawat meminta agar bayi diberikan susu formula kerana jaundice atau demam kuning, bukan?

Mama Siti enggan kerana pendapat mereka, susu ibu tidak cukup banyak menyebabkan bacaan kuning si anak tak turun dan ia haruslah diberikan susu formula secara sementara bagi proses melawaskan najis bayi yang mana sekaligus membantu menurunkan bacaan kuning.

Namun Mama Siti tahu pemberian susu formula bukan penyelesaiannya kerana anak Mama Siti aktif membuang air besar meskipun hanya minum susu ibu.

Lagipun, kita sebagai ibu lebih tahu adakah susu badan kita banyak atau sebaliknya. Maka, kerana itu sehingga ke hari ini dalam meniti usianya hampir dua tahun, si kecil ini tidak pernah diberikan susu formula seumur hidupnya.

Bukan kerana kesungguhan disiplin Mama Siti, tetapi disebabkan anak yang sudah tidak mahu menerima mana-mana pacifier lagi. Hanya susu ibu sahaja selesa untuk si anak.

Ya, selepas beberapa bulan menyusu badan, Mama Siti sudah tidak lagi bersungguh-sungguh dengan azam untuk elak formula seperti dulu. Kerana apa? Kerana perjalanan menyusu badan itu sangatlah memenatkan. Bukan sekadar tidak cukup rehat, tapi drama air mata juga dah bergelen-gelen keluar agaknya.

Rupanya, pemberian susu badan itu bukanlah mudah seperti yang disangka dan tidaklah indah seperti yang dilihat. Kerana itulah Mama Siti sangat kagum kepada ibu yang struggle pump susu badan (exclusive pumping mom) bila anak mereka tak mahu ‘mengempeng’.

Semangat kuat mereka menyebabkan anak-anak tetap menikmati khasiat susu ibu meskipun melalui botol. Walhal, Mama Siti yang pernah obses dengan penyusuan badan dulu pun dah makin goyah lantaran cabaran demi cabaran terpaksa ditempuh.

Cuma, Mama Siti sekarang masih setia berikan anak susu badan dek kerana dia reject bottle. Walhal macam-macam botol susu dah intro pada si kecil konon nak guna kaedah feeding secara selang seli; kejap minum formula, kemudian bagi susu badan pula.

Tapi disebabkan tiada bottle berjaya memikat hatinya, maka si anak masih minum susu badan ini sehingga ke sekarang.

Jadi, apa antara cabaran menyusu badan yang dihadapi Mama Siti sepanjang hampir dua tahun ini, atau jika dihitung ia bersamaan dengan 600 hari, hehe!

Cabaran Menyusu Badan Yang Sebenar

1. Badan Letih

Ini pasti dirasai oleh semua ibu-ibu menyusu di dunia. Keletihan yang dimaksudkan adalah kerana semua anggota badan perlu bekerja untuk menampung si kecil dalam dakapan.

Tak kiralah berapa berat badan bayi itu, selagi diberikan susu badan, selagi itulah tangan, badan dan kaki si ibu kena bertahan tatkala menyusukan anak ketika duduk.

Adakala si ibu terpaksa menundukkan ke bawah untuk tempoh yang lama bila tengok anak selesa posisi begitu lebih-lebih lagi kalau dia sampai tertidur.

Begitu juga dengan kaki yang terasa kebas sebab bengkok menahankan tubuh si anak. Sikit-sikit nak lunjur dan pelbagai lagi gaya si ibu. Pendek kata memang badan tak rasa ringan dah sejak aktif susukan anak.

2. Kurang Waktu Tidur

Waktu tidur yang tak pernah cukup turut menjadi antara cabaran terpaksa ditempuh apabila bergelar breastfeeding mom. Setiap malam anak mesti terjaga untuk menyusu.

Kadang-kala bukan sebab haus tapi kerana mereka nak melekap dekat dada ibu atau orang lama panggil ‘mengempeng’.

Mama Siti percaya situasi sebegini pasti dihadapi oleh semua BF mom. Adakala Mama Siti rasa kalau anak minum susu formula mesti kurang sikit letih sebab boleh bergilir-gilir dengan husband bancuhkan susu, hehe.

Tapi bila menyusu badan, totally memang ia jadi tugas kita.

Tipulah kalau tak rasa jealous bila tengah malam anak beberapa kali bangun cari susu dekat mak, tapi tengok si suami sedap jerr tidurkan.

Tapi itulah harga yang perlu dibayar dalam usaha nak beri yang terbaik untuk anak. Mungkin kerana itulah Islam juga mengangkat darjat seorang ibu sebanyak tiga kali sebelum menyentuh tentang peranan ayah pula.

3. Masalah Susu Tersumbat dan Seumpamanya

Ini juga pengorbanan yang sangat berat. Sakit di payudara gara-gara nipple tersumbat (nipple blister), susu berketul, clogged duct dan macam-macam lagi bukan isu kecil tau.

Kesakitannya maha dahsyat, boleh buatkan seseorang ibu itu sampai demam menggigil lantaran menahan sakit. Mama Siti juga sering hadapi masalah sama ketika anak berusia below six months.

Terpaksa tuam kain panas, pergi berurut, tekan dibahagian keras untuk pecahkan ketulan susu.

Malah, teknik ini pun bukan berkesan jika dilakukan sekali, ia perlu diulangi beberapa kali sebab simptom ini biasanya berlarutan untuk berhari-hari.

Bayangkan proses tuam dan sebagainya itu pun menyakitkan breast. Tapi kalau tak di’tenang’kan keadaan ini, ia boleh bertambah buruk seperti ketulan itu akan lebih mengeras sehingga perlu operate tanpa bius (kes breast abcess).

Dengar pengalaman orang sekeliling buatkan Mama Siti takut dan sebab itu segala kaedah traditional akan dilakukan sehingga sembuh.

Bukan boleh decide terus nak jumpa doktor sebab ada masanya, alternatif sendiri ini berkesan berbanding ubat-ubatan.

Biasanya jika jumpa doktor akan dibekalkan ubat untuk lancarkan aliran susu itu, namun dalam masa sama tetap kena continue dengan kaedah tradisional bagi memudahkan tindak-balas ubat.

Senang kata, ubat tadi bukanlah penyelesaian utama, ia hanya membantu sebab at the same time kita juga kena buat rangsangan sendiri seperti tuam, rendam dengan epsom salt dan macam-macam lagi.

Kalau nak dihitung, sehingga kini Mama Siti rasa dah lebih 10 kali yerr masalah susu tersumbat dialami dek kerana kuantiti susu yang terlalu banyak. Terseksa rasanya!

4. Posisi Tidur Yang Menyakitkan Sendi

Kalau dah nama bergelar BF mom, jangan mimpi dapat tidur dan baring dengan selesa. Posisi mengiring sudah pasti lantaran feeding anak sambil baring dan tertidur.

Nampak mudah, tapi ketahuilah bahawa keadaan itu sangat melenguhkan segala sendi terutama di bahagian pinggang dan bahu.

Selagi anak masih menyusu, selagi itulah Mama Siti tahan posisi badan ke sebelah. Tak sama tau dengan mengiring biasa sebab situasi itu kita boleh adjust pusing badan ikut keselesaan.

Tapi feeding kena ikut keselesaan anak pula, sesuai tak lekapan mulutnya kalau pusing sikit, atau mungkin kena pusing lebih sambil tunduk ke depan. Dalam masa sama nak pastikan keselamatan si kecil juga, yelah silap landing tubuh pun boleh jatuh hempap anak.

Tapi kalau tak beri susu dengan posisi baring, mustahil pula nak pangku bayi setiap kali feeding time mereka, kan?

Nanti anak terlelap nak letak mereka ke katil pula, adakala kita pangku pun kita turut terlelap sampai hampir terlepas tangan anak. Ye inilah antara cabaran breastfeeding mom.

5. Luka di Bahagian Nipple

Bukan setakat hadap breast yang sakit, nipple juga mudah luka akibat lekapan si kecil. Kalau dalam tempoh berpantang dulu, nipple Mama Siti kerap luka lantaran anak belum pandai feed dengan baik.

Luka yang mengakibatkan kesakitan itu pula bukan boleh kita biarkan sampai sembuh, nanti risau susu tersumbat pula jika tak feeding baby.

Jadi penyelesaiannya walaupun sakit, tetaplah feed anak macam biasa yerr, huhu sedih tau! Pengorbanan yang kaum Adam rasa simple jerr tapi segalanya memerlukan kudrat dan semangat yang kuat!

Cuma luka itu boleh diubati dengan cream yang dijual di pasaran. Tapi sementara belum sembuh tu, rasa terseksa everytime feed anak. Dan apabila tiba masa mereka tumbuh gigi, ia ibarat mimpi ngeri sang ibu itu!

6. Sukar Jika Berada di Public Area

Bayangkan kalau tengah jalan-jalan di mall ke atau busy shopping ataupun sedang makan di luar, time itulah anak merengek mintak susu. Aduh, kes berat ni!

Walaupun ada nursing cover yang dijual di pasaran, tapi tak semua ibu bertuah boleh menggunakan ‘alat bantuan’ tersebut.

Bagi Mama Siti, penggunaan nursing cover tidak mujarab kerana anak tak suka dilitupi kain, hehe. Dah tu, macam mana nak menyusu kat public?

Maka, berkorbanlah kita tinggalkan aktiviti masa tu dan cari nursing room yang disediakan. Tapi ini kalau di mall, bagaimana kalau di tempat yang tiada nursing room?

Mama Siti akan masuk dalam kereta untuk feed my son sambil berdoa janganlah ada pejalan kaki yang berhenti sebelah kereta kita untuk bersandar dan sebagainya.

Iyalah, kadang-kala anak nak susu masa si ibu dekat pasar busy cari ikan dan sayur, tentu park kereta pun di tempat open area. Fuh, cabaran besar tau bila nak susukan anak di kawasan sesak macam ni!

Tapi selagi boleh pujuk si anak untuk hold sekejap, Mama Siti akan serah pada suami minta dia ajak anak main dulu sementara Mama Siti habiskan makanan.

Mestilah kena saling bantu-membantu, kan? Sebab jika dikira isteri yang menyusu badan untuk anak semata-mata ni dah ringankan banyak beban suami yerr! Moga suami Mama Siti hargailah isterinya ini, hihi.

7. Sukar Untuk Berenggang

Kalau Mama yang lain boleh keluar me-time tanpa anak di sisi, tidak semudah itu untuk Mama Siti. Adakala jealous tengok ibu-ibu yang boleh uruskan hal mereka tanpa anak di sisi sementara.

Macam contoh minta suami layan anak bawa pergi playground, balik kampung sebentar jumpa datuk dan nenek atau bercuti antara Papa dan anak.

Sementara si Mama pergi bercuti dengan kawan-kawan atau shopping tak pun ibu itu nak me-time berehat sekejap di rumah.

Semua ini Mama Siti tak berpeluang lagi rasai sebab perangai si anak asyik melekap dengan ibu. Kalau berenggang untuk tempoh lima hingga enam jam masih ok sebab gap selepas menyusu itu panjang. Tapi lebih daripada waktu tersebut totally no!

Ini disebabkan kuantiti susu Mama Siti semakin banyak dan ia perlu dikeluarkan jika nak elak masalah susu tersumbat. Untuk si anak pula, lepas beberapa jam dia dah mula nak feeding lagi dan mesti cari ibunya.

Maka, dalam tempoh lima ke enam jam itulah Mama Siti akan settlekan segala kerja sama ada buat write up atau house chores sementara anak tak ada di depan mata.

Kemudian sambung lagi kerja bila anak dah masuk tidur. Fuh, ni baru cerita part breastfeeding mom pun dah rasa besar cabarannya, kan!

Dalam pahit dan masam, masih banyak manisnya…

Perkara-perkara Positif disebalik Dugaan Ibu Menyusu

Walaupun kelihatan banyak dugaan menjadi BF mom, namun ini tidak menyangkal kelebihan memberikan anak susu badan.

Walaupun terasa banyak keletihan dialami si ibu, namun satu perkara yang membuatkan Mama Siti tersentuh adalah bangga bila melihat anak membesar dengan susu kita.

Pasti semua BF mom akan rasai benda sama. Ketika usia anak Mama Siti hampir menginjak dua tahun ini, maka persediaan untuk wean-off juga dah mula terbayang.

Sedih? Definitely yes!

Kerana kita tahu tiada lagi bonding time between a mom and her child. Sedikit sebanyak kebergantungan si anak kepada ibu makin berkurangan. Masa itu kita pun dah mula sedar anak semakin membesar.

Walaupun breastfeeding journey itu berat, tapi kepuasan seorang ibu tak tergambar melihatkan anaknya membesar dengan susu yang terbaik.

Dengan pemberian susu badanlah, Mama Siti belajar menjadi seorang ibu yang kreatif dalam memenuhi demand baby.

Bermacam gaya, posisi, teknik berkaitan breastfeeding dipelajari sendiri melalui internet dan ambil pengalaman orang sekeliling. Walaupun sakit, tapi pengalaman ini mahal harganya.

Rasa bersyukur sebab ALLAH kurniakan rezeki susu badan untuk Mama Siti yang mana, ada ibu-ibu struggle untuk dapatkan penghasilan susu badan.

Malah, segala keletihan ini sebenarnya merupakan peluang untuk kita eratkan hubungan dengan si anak. Sebab percayalah, semakin meniti dewasa, anak makin berdikari.

Ketika itu, mungkin tiada lagi dakapan hangat yang diberikan oleh ibu ketika si kecil terlena dalam pangkuan sewaktu menyusu.

Tiada lagi aksi manja dan bijak yang sering anak tunjukkan ketika menyusu. Buatmu wahai anak, semoga segala kesakitan dan pengorbanan ini berbaloi untuk mu.

Moga kamu membesar menjadi insan yang hebat dan sihat sepanjang hayat dan sentiasa menghargai ibumu.

Sukar macam mana pun rintangannya, inilah moment paling berharga buat diriku sebagai ibu, ALHAMDULILLAH, terima kasih ALLAH.


Kredit gambar: Motherhood.com.my

Bagi Mama yang masih aktif menyusukan si manja, jom sama-sama kita sertai acara Breastfeeding Pledge TERBESAR yang dianjurkan Motherhood.com.my di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Jangan lupa untuk pledge dan tunjukkan sokongan anda mengenai breastfeeding bersama mak-mak yang lain. Setiap pledge bakal menerima sijil penyertaan dan mereka yang dapat menghadirkan diri di Tropicana Gardens Mall nanti akan turut menerima sebuah goody bag bernilai RM100*!

Daftarkan penyertaan dan ikrar Mama sebagai seorang breastfeeding mom di SINI hari ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat