KelabMama

“Dia bagi pinjam caliph pon dh cukup” Anak Pergi Selepas Batuk Selesema

Belum sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang, anak pergi menemui Sang Pencipta. Begitu berat dugaan pasangan ini tatkala orang seronok membuat persiapan raya tapi mereka kehilangan permata hati. Bermula dari selsema dan batuk akhirnya melarat hingga meragut nyawa si bayi. Semoga Nazrul Amree dan isteri tabah menghadapi ujian Allah di bulan mulia ini.

Jangkitan kuman dan bacteria

12.05.19 tarikh yg agak menyedihkan bagi aku sekeluarga, perginya sorang permata & anak syurga bagi daddy & mama menemui Sang Pencipta.

Agak terkilan bila daddy & mama tk dapat kesan penyakit caliph pada awal. Bermula dengan batuk selsema, terus melarat menjadi sawan akibat jangkitan kuman dan bacteria. Selama 30min jantung caliph berhenti daddy & mama rasa dunia btol2 gelap. Tak habis2 mama & daddy doa supaya caliph dpt diselamatkan hari tu. Dengan kuasa Allah, dia balikkan nyawa caliph tapi diduga dengan kegagalan banyak organ akibat kekurangan oxygen dalam badan.

Bergantung 100% pada mesin

Caliph dimasukkan di wad pediatrik ICU HSA selama 4 hari dalam keadaan kritikal dan bergantung 100% pada mesin untuk bernafas. Alhamdulillah, semua doc and nurse yg rawat caliph sangat profesional dalam kerja mereka. Tak putus2 bantuan dan rawatan yg diorang bagi.

Menghentikan semua mesin bantuan

Tapi pada 11.05.19 daddy & mama tak sanggup nak tengok caliph terus terseksa melawan sakit yg caliph hadapi. Atas nasihat doc and sokongan family, daddy & mama terpaksa buat keputusan yg berat tapi terbaik utk caliph iaitu menghentikan semua mesin bantuan yg diberikan untuk caliph supaya caliph dpt pergi dengan tenang. Tepat pada 7.40am doctor dan pegawai perubatan telah mencabut dan mengehentikan semua alat2 dan mesin bantuan yg diberi. Tak putus2 doa yg daddy & mama terima start daripada hari tu. Hanya Allah je tahu mcm mana luluhnya hati daddy & mama tgk keadaan caliph masa tu.

Redha dengan ujian

Alhamdulillah tepat pukul 10.34am 12.05.19 caliph telah menghembuskan nafas terakhir untuk bertemu Sang pencipta dan juga menjadi ahli syurga idaman semua manusia yg hidup. Daddy & mama redha dengan ujian yg Allah bagi, Dia bagi pinjam caliph pon dh cukup buat daddy & mama bersyukur sangat2.

Semoga caliph tenang disana, daddy & mama takkan berhenti menyayangi dan mendoakan untuk caliph. Terima kasih jgak kepada semua yg tak habis2 mendoakan untuk caliph. Alhamdulillah.

Sumber : Nazrul Amree

BACA JUGA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU KERAP DIJANGKITI SI KECIL

Pesan Mama Siti

Batuk dan selesema memang biasa dialami oleh bayi tapi jika dibiarkan melarat ia akan memudaratkan kesihatan bayi. Sebab tu bila bayi tak sihat je, cepat-cepat dapatkan rawatan sebelum ia melarat menjadi jangkitan kuman. Mungkin luaran kita nampak anak okay tapi dalaman kita tak tahu. Beringatlah ye.