KelabMama

Dettol Malaysia Menerajui Pengekangan Penyebaran Jangkitan Bersama Pakar Kesihatan Utama

Dettol Global Handwashing Day

Profesor Dr Elizabeth Scott, Pengerusi The Global Hygiene Council; Profesor Dr Zamberi Sekawi, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Mikrobiologi Klinikal, Universiti Putra Malaysia; Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura untuk Reckitt; Dr Ho Bee Kiau, Kementerian Kesihatan, Pakar Perubatan Keluarga; Danny Hoh, Pengurus Besar, Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan untuk Watsons Malaysia.

Sempena Hari Mencuci Tangan Sedunia 2023, Dettol dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Majlis Kebersihan Global (GHC), Profesor Dr Zamberi Sekawi, Pakar Penyakit Berjangkit dan Watsons telah berganding bahu mengadakan perbincangan panel informatif untuk bertukar pandangan mengenai kepentingan penambahbaikan amalan kebersihan, konteks kesihatan global dan landskap kesihatan awam tempatan.

Dihadiri oleh Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dari Kementerian Kesihatan bagi menyokong inisiatif ini, usaha bersama pakar kesihatan utama bertujuan menyokong program Madani Afiat Kementerian Kesihatan dengan menggalakkan pengamalan tabiat kebersihan dan mencuci tangan yang lebih berkesan di seluruh Malaysia.

Profesor Dr Zamberi Sekawi, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Mikrobiologi Klinikal, Universiti Putra Malaysia; Profesor Dr Elizabeth Scott, Pengerusi The Global Hygiene Council; Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura Reckitt; Dr Ho Bee Kiau, Kementerian Kesihatan, Pakar Perubatan Keluarga; Danny Hoh, Pengurus Besar, Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan untuk Watsons Malaysia.

Hasil perbincangan yang diadakan, telah didapati bahawa penyakit berjangkit semakin meningkat kerana amalan mencuci tangan dan kebersihan komprehensif yang diamalkan semasa pandemik COVID-19 semakin berkurangan walaupun mencuci tangan secara berterusan merupakan satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan.

Panel itu juga menegaskan bahawa penularan penyakit berjangkit dan kesan perubahan iklim semakin meningkat.

Profesor Emerita Elizabeth Scott, Pengerusi GHC, melaporkan bahawa kesan buruk penyakit berjangkit terhadap masyarakat tidak pernah sebegini jelas.

Memandangkan pandemik COVID-19 menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, ¹’pandemik senyap’ kerana kerintangan antibiotik (AMR) sedang berlaku, di mana, AMR diiktiraf sebagai salah satu daripada ancaman terbesar kepada kesihatan manusia.

²Dianggarkan, pada tahun 2019, kematian 4.95 juta orang dikaitkan dengan Jangkitan bakteria yang kebal terhadap antibiotik.

³Jika tiada tindakan yang diambil bagi menghentikan penyebaran AMR, angka ini boleh meningkat kepada 10 juta kematian setahun menjelang tahun 2050 yang mana prosedur biasa seperti pembedahan caesarean akan mengalami risiko yang lebih besar.

GHC mengiktiraf bahawa amalan kebersihan seperti mencuci tangan sabagai satu cara bagi menangani AMR melalui pengurangan risiko jangkitan serta keperluan untuk antibiotik.

Kebersihan tangan boleh membantu mengurangkan penyebaran jangkitan sekaligus melindungi 1 dalam 3 kanak-kanak yang terjejas dengan cirit-birit dan telah menunjukkan pengurangan 30% dalam preskripsi antibiotik untuk kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan.

Dengan itu, GHC menggesa Kerajaan dan penggubal dasar untuk meningkatkan kepentingan kebersihan bagi melindungi berjuta-juta nyawa.

Dr Ho Bee Kiau, Kementerian Kesihatan, Pakar Perubatan Keluarga; Profesor Dr Elizabeth Scott, Pengerusi The Global Hygiene Council; Profesor Dr Zamberi Sekawi, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Mikrobiologi Klinikal, Universiti Putra Malaysia; Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura Reckitt; Danny Hoh, Pengurus Besar, Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan untuk Watsons Malaysia.

“Dalam memerangi penyakit berjangkit, amalan kebersihan yang baik adalah barisan pertahanan pertama kita. Cabaran global baru-baru ini yang ditimbulkan oleh penyakit berjangkit telah menekankan keperluan untuk mematuhi langkah-langkah asas yang berkesan ini. Di peringkat tempatan, lima jangkitan paling biasa yang berada di tangga teratas sejak tahun 2021 ialah COVID-19, Demam Denggi, Tuberkulosis, keracunan makanan serta Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), yang mana tiga daripadanya boleh dikurangkan melalui amalan kebersihan tangan yang baik. Dengan menerapkan kebersihan yang baik ke dalam rutin harian kita dan mempromosikan kepentingannya dalam kalangan komuniti, kita boleh mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit dan membina masyarakat yang lebih sihat serta berdaya tahan secara kolektif,” tambah Prof Zamberi.

Bagi menangani isu yang berterusan ini, Dettol, jenama perlindungan kuman yang sentiasa unggul telah bekerjasama dengan KKM untuk memperkasa amalan kebersihan yang lebih berkesan di seluruh negara, selaras dengan program Madani Afiat – platform yang direka oleh KKM untuk menyalurkan maklumat mengenai pencegahan penyakit dan kebersihan yang penting kepada orang ramai melalui inisiatif jangkauan komuniti.

Mengambil tampuk kuasa untuk menyokong dan memacu agenda kesihatan Madani Afiat, usaha kolaboratif ini bertujuan untuk memperkukuh misi utama jenama dalam melindungi nyawa, mengurangkan beban penyakit dan memacu perubahan tingkah laku yang mewujudkan tabiat kebersihan sepanjang hayat.

Usaha ini dibina berdasarkan kurikulum ‘Hygiene Quest’ Dettol yang berterusan, satu kempen kesedaran awam yang telah melibatkan 250,000 pelajar sehingga kini dengan sasaran untuk mencapai 4 juta pelajar menjelang tahun 2024 dan menyemai tabiat kebersihan yang berkesan dalam kalangan pelajar sekolah dengan menyebarkan maklumat penting mengenai amalan mencuci tangan.

Melalui pelbagai platform dan penglibatan pengguna di lapangan, kolaborasi ini menjadi mercu tanda penting dalam komitmen bersama jenama dan Kementerian untuk mengurangkan insiden ponteng sekolah dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berpanjangan.

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura Reckitt; Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Book of Records.

“Amalan kebersihan yang baik adalah asas sebuah masyarakat yang lebih sihat. Ia membentuk barisan pertahanan pertama melawan penyakit yang boleh dicegah dan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan awam. Dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang betul, kita memperkukuh daya tahan kolektif kita, sekaligus memupuk komuniti yang lebih selamat dan bertenaga untuk semua,” kata Dr. Ho Bee Kiau dari KKM.

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura Reckitt, menyatakan semangatnya tentang acara itu, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan pakar kesihatan serta pemimpin dalam industri kesihatan. Dengan bekerjasama rapat ini, kami boleh menawarkan kepada orang ramai maklumat yang tepat dan komprehensif mengenai memupuk tabiat kebersihan yang lebih baik. Kebersihan tangan adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk membendung penularan penyakit berjangkit kerana 80% daripada kuman merebak melalui tangan dan sehingga tujuh permukaan boleh berpotensi untuk tercemar dengan hanya satu sentuhan. Dengan mengutamakan perkara ini, kita boleh mengurangkan beban penyakit dengan menawarkan kepada komuniti penyelesaian yang terbaik bagi menggalakkan perubahan tingkah laku dan memotivasikan tabiat kebersihan yang berterusan.”

Sabagai lambang komitmen untuk mempromosikan kesedaran kebersihan dan menandakan Hari Mencuci Tangan Global, Dettol memperkenalkan ‘Hygiene Hour’ sulungnya dengan menerangi Menara KL yang ikonik serta menghantar Kru Kebersihan Dettol, penunggang motosikal e-hailing yang berdedikasi, ke pelbagai komuniti bagi menyampaikan kit kebersihan yang penting seperti pembersih tangan Dettol, untuk terus memacu pengamalan amalan kebersihan yang lebih baik.

Jenama itu juga telah bekerjasama dengan Watsons, Peruncit Kesihatan dan Kecantikan No.1 dalam talian dan luar talian di Malaysia, untuk membantu menanam tabliat mencuci tangan serta amalan kebersihan yang berkesan di 700 lokasi dengan sasaran untuk mendidik lebih 500,000 pembeli dalam tempoh enam bulan.

Dettol berikrar dan berdedikasi untuk memupuk Malaysia yang lebih sihat. Dettol turut dianugerahkan pensijilan Malaysian Book of Records pada acara Hari Mencuci Tangan Global selepas mencapai Penyertaan Kanak-Kanak Terbesar dalam Sesi Kesedaran Mencuci Tangan yang menyaksikan 4865 orang murid sekolah menyertai inisiatif itu.

“Kami amat percaya bahawa platform seperti acara Hari Mencuci Tangan Global dan Hygiene Hour akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang positif serta memberi inspirasi untuk pelaksanaan amalan kebersihan dan mencuci tangan yang lebih baik, sekaligus mempengaruhi masa depan yang lebih bersih dan sihat untuk semua,” kata Tang sebagai penutup.

Rujukan:

¹United Nations. UN News. The end of the COVID-19 pandemic is in sight. 2022. Available at: https://news.un.org/en/story/2022/09/1126621. Accessed: February 2023. 

²The World Health Organisation. News-Room. Antimicrobial Resistance Fact Sheet. 2021. Available at: Antimicrobial resistance (who.int) Accessed: February 2023. 

³The Lancet. Antimicrobial resistance: time to repurpose the Global Fund. Lancet. 2022;399(10322):335. Available at: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/35065769/  

O’Neil J. Review on antimicrobial resistance: tackling drug-resistant infections globally. 2014. Available at: https://amr-review.org/Publications.html   

Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Handwashing in Communities, Clean Hands Save Lives, March 2023. Available at: https://www.cdc.gov/handwashing/why-handwashing.html  

Azor-Martinez E, Yui-Hifumi R. Effectiveness of a hand hygiene program at childcare centers: a cluster randomized trial. Pediatrics. November 2018;142 (5). Available from: file://sbs/Public/Current%20Clients%20%26%20Campaigns/GHC/AMR/Press%20releases/Final/ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/30297500   


Mama juga boleh dapatkan info kesihatan yang lain di SINI.