Dengan jadual kehidupan yang semakin padat hari ini, pengguna sentiasa mencari ketenangan diri dalam pelbagai cara yang mereka boleh dapati – dan salah satu cara yang berkesan untuk meredakan tekanan dan kegelisahan yang berterusan adalah dengan memanjakan diri semasa mandi.
Menambahkan gel mandian yang sempurna kepada rutin harian boleh meningkatkan mood dan menaikkan semangat. Itulah yang difikirkan oleh Dettol, jenama Perlindungan Kuman #1 di Malaysia, semasa mencipta rangkaian Dettol Activ-Botany.
Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan dibuat dengan bahan-bahan terbitan tumbuhan, rangkaian baharu ini memberikan pengalaman memanjakan diri yang lengkap dan pada masa yang sama terus memberikan perlindungan kuman yang dipercayai dengan setiap pam.
Tersedia dalam dua varian yang menenangkan iaitu Dettol Activ-Botany Lavender & Chamomile dan Green Tea & Bergamot, formula jernih yang berbuih dengan mudah dan memberikan pengguna sensasi rasa khasiat botani yang membuatkan kulit berasa lembut dan licin. Ia juga diuji oleh pakar dermatologi tanpa sisa kimia yang keras membuatkan kulit pengguna berasa segar, tenang dan lembap.
Varian Lavender & Chamomile tepu dengan wangian Lavender dan Chamomile premium. Aromanya yang menenangkan dan serta merta memberikan keselesaan boleh menghilangkan keletihan serta membantu untuk mendorong tidur manakala Chamomile pula menenangkan dan mencerahkan kulit yang kusam serta menjadikan kulit lembut, anjal, ceria dan kelihatan sihat.
Pengguna yang ingin merangsang dan menyegarkan badan dan minda akan jatuh cinta dengan varian Green Tea & Bergamot. Aroma sitrus memberikan kesegaran yang tidak boleh dilupakan, manakala teh hijau terkenal dengan sifat anti-penuaan yang bagus untuk kulit.
“Rangkaian gel mandian Dettol Activ-Botany baharu yang kami lancarkan hari ini memenuhi keperluan keluarga yang seharian sibuk dengan aktiviti harian – dari aktiviti sekolah sehingga ke komitmen bekerja dan menguruskan rumah tangga, perkara boleh menjadi agak tertekan dari masa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, mandian yang menyegarkan dan memanjakan diri boleh menaikkan mood serta memberikan pengalaman yang menenangkan diri. Inilah sebabnya kami telah merumuskan rangkaian baharu ini, supaya pengguna boleh tenang dan berehat pada bila-bila masa mereka memerlukannya,” ulas Tam Siew Har, Pengurus Pemasaran – Dettol Personal Care untuk Malaysia, Singapura dan Vietnam, Reckitt Benckiser.
Pelancaran baharu ini, memantapkan pemahaman Dettol tentang keperluan pengguna dan kepentingan menjaga kebersihan diri yang baik supaya dilindungi daripada kuman dan bakteria sambil membekalkan kulit dengan khasiat yang sangat diperlukan.
Dengan matlamat untuk terus melindungi, memberi yang terbaik dan memupuk dunia yang lebih sihat, Dettol Activ-Botany sesuai untuk mereka yang mencari teman mandian semula jadi, menghidratkan dan mampu milik yang boleh dinikmati setiap hari, oleh seisi keluarga.