KelabMama

11 Idea Dekorasi Bilik Air Rumah Flat Yang Moden, Kemas & Tampak Luas

Ada yang cakap bilik air ni tempat bertenang. Mula-mula Mama Siti tak percaya, dah lama-lama ada betulnya juga. 

Macam-macam ilham muncul masa dalam bilik air kan. Masa tu lah terfikir solusi kepada masalah dua hari lepas. Kadang-kadang boleh terfikir benda yang kita tak terjangkau. Macam magic pun ada.

Jadi, alangkah indahnya kalau masa kita berangan dalam bilik air tu, kita tengok hiasan yang indah. Siling yang bersih, jubin yang kilat memukau dan susun atur yang kemas serta nampak elegan. 

Khusus untuk perkongsian kali ini, Mama Siti menjemput Mama yang tinggal di rumah flat untuk tengok apa lagi yang boleh dihiaskan dalam bilik air rumah Mama. Senang cakap, dekorasi bagi bilik air rumah flat yang diketahui kecilnya dan bagaimana untuk hias agar tampak lebih luas dan semestinya cantik!

Namun ada beberapa perkara yang perlu Mama pertimbangkan sebelum mula projek dekorasi bilik air rumah flat Mama:

Kini, Mama Siti akan kongsikan beberapa tips can cara dekorasi bilik air rumah flat Mama supaya nampak lebih luas, kemas dan eksklusif.

Idea Dekorasi Bilik Air Rumah Flat

#1 Penyangkut Tuala dan Baju

Paling penting dalam setiap bilik air. Kalau tak ada penyangkut, jenuh nak fikir dekat mana nak letak tuala dan baju. Lagi-lagi kalau ada tetamu, kelang kabut dibuatnya.

Ada orang dia lebih selesa tukar baju dalam bilik air. Maklumlah dekat bilik tidur ada orang, mereka segan nak tukar pakaian.

Jadi, untuk ini, Mama boleh pilih penyangkut baju yang jenis lekat terus di dinding dan kuat untuk menyangkut beberapa pakaian seperti dalam gambar di atas.  

#2 Cermin Besar

Kredit gambar: Shopee

Perlu ke cermin bersaiz besar? Kalau yang kecil tak boleh ke? 

Macam ni sebenarnya Mama, cermin besar ada ilusi menampakkan ruang jadi lebih luas. Lebih-lebih lagi bilik air rumah flat. Kalau nak nampak kesan luas yang menyeluruh, Mama pasang cermin yang boleh nampak hingga paras pinggang.

Cuba dulu, kemudian baru Mama nampak kesannya!

#3 Wallpaper Kalis Air

Kredit gambar: Pinterest

Mama Siti suka nak tekankan perkataan kalis air. Mama jangan salah beli wallpaper tau. Ada kertas dinding khas untuk tempat yang kering seperti bilik tidur dan ruang tamu. Manakala ada juga ruang yang sentiasa kering dan lembab seperti tandas dan dapur. 

Ikut langkah ini sebelum Mama pasang kertas dinding di bilik air:

Kegagalan mematuhi langkah diatas berisiko pembiakan kulat di dinding serta alahan pada kulit.

#4 Bingkai Gambar

Kredit gambar: tablerodecomando.com

Hiasan seterusnya untuk menaikkan seri bilik air ialah dengan menggantungkan bingkai gambar. Seeloknya bukan gambar orang lah ya. Mama boleh letak motif flora dan fauna. Selain itu, boleh juga letakkan gambar yang berunsur abstrak.

#5 Tanaman Hiasan

Kredit gambar: Plant Care Advance

Cara dekorasi seterusnya adalah dengan tanaman hiasan. Mama boleh pilih sama ada nak guna pokok sebenar atau pokok tiruan. Kelebihan menggunakan pokok tiruan ialah tidak perlu diselenggara selalu. Manakala untuk pokok sebenar, perlu disiram selalu. 

Tujuannya ialah untuk menghidupkan dan menyegarkan ruangan. Pokok bunga yang sesuai diletakkan dalam bilik air ialah Lady Palm, Chinese Evergreens dan European Ivy.

Tapi Mama, pokok juga berzikir dan tidak elok letak di dalam tandas kan?

Merujuk di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, larangan berzikir di dalam tandas itu hanya kepada manusia dan hukumnya tidak tertakluk kepada tumbuhan.

#6 Rak Terapung (Floating Shelf)

Kredit gambar: Pinterest

Rumah flat dengan ruangan bilik air yang kecil sebaiknya pilih rak yang terapung. Kita perlu manfaatkan setiap ruangan yang ada.

Selain itu, kita perlu bijak menyusun atur aksesori bilik air memandangkan ruang bilik air sangat terhad. Pasangkan aksesori yang betul-betul digunakan sahaja.

Selain berguna, kita juga tidak membazir ruang.  

#7 Kabinet

Kredit gambar: Shopee

Mungkin ada kalangan Mama yang lebih sukakan ‘hidden concept’ atau konsep tersembunyi. Ianya bertujuan untuk menyorokkan barang mandian atau cucian tandas agar tidak kelihatan. 

Oleh itu, Mama Siti cadangkan Mama pasang kabinet. Ada banyak pilihan kabinet bilik air antaranya 

Pemasangan kabinet buatkan bilik air nampak kemas. Botol shampoo dan sabun boleh disembunyikan dalam kabinet. Nak buat video estetik pun tak ada masalah.

#8 Cat Warna Segar atau Bertema

Kredit gambar: decor-ms.expertolux.com

Cat bilik air anda dengan warna baru. Kita nak juga kemaskini warna bilik air kan. Biar nampak segar dan terkini. 

Warna apa yang sesuai? 

#9 Dua Punca Cahaya (Lampu)

Kredit gambar: ilabur.com

Tahu tak? Sumber cahaya mencipta suasana berbeza untuk tandas rumah flat. Sumber pencahayaan berganda lebih baik dari sumber pencahayaan tunggal. 

Ternyata lampu LED dan lampu neon membuatkan ruang tandas lebih luas. Main peranan juga rupanya pencahayaan dalam tandas ni. 

#10 Jubin Lantai dan Cat Lantai

Kredit gambar: Pesona Pengantin

Lantai yang licin dan kelihatan kusam boleh diubah suai. Alternatif yang tersedia ialah mengecat lantai bilik air dengan warna baru. 

Paling penting tak perlu upah orang pun sebab semuanya boleh buat sendiri. Kita DIY sahaja. Namun, ada langkah-langkah yang perlu diikuti. Mama jangan lupa dapatkan nasihat pakar dahulu ya sebelum DIY sendiri.

#11 Tadahan Air

Kredit gambar: Pinterest

Mama Siti, zaman sekarang pun masih nak pakai tadahan air ke?

Sekilas pandang macam tak perlu sebab kita semua ada akses air bersih. Tapi pernah terlintas tak kalau tiba-tiba tak ada air di kawasan tempat tinggal Mama? 

Kenalah angkut dari lori tangki air, selepas itu perlu beratur tunggu lif pula. Tak larat lah Mama Siti nak mengangkut sampai tingkat atas.

Tadahan air di bilik mandi memudahkan urusan kita. Setidaknya tak susah nak cari air untuk mandi.

Kesemua 11 idea dekorasi diatas boleh bantu menjadikan bilik air cantik dan selesa. Biarpun kecil, dengan penyusunan yang teratur dan konsep yang sepadan mampu membuatkan tandas kelihatan lebih kemas serta luas. 

Mama Siti harap perkongsian kali ini membantu Mama menghidupkan suasana nyaman di bilik air. Aplikasikan beberapa tips diatas sebagai idea ubah suai bilik air


Cantikkan rumah Mama dengan pelbagai idea dekorasi dalam dan luar rumah DISINI.