KelabMama

Tinggal Berapa Hari Je Lagi, Ini “Checklist” Deepavali Khas Bagi Yang Meraikan

checklist barang deepavali

Deepavali, juga dikenali sebagai “Festival Cahaya“, adalah salah satu sambutan paling penting dalam kalangan Mama Papa yang beragama Hindu. Tidak ketinggalan jugak untuk Mama Papa yang ada keluarga meraikan perayaan ini.

Ia adalah masa untuk menyatukan keluarga, meraikan tradisi keagamaan, dan berkongsi kegembiraan. Sudah semestinya Mama Papa mahu anak-anak rasa happy untuk meraikan Deepavali ini.

Lagi seminggu nak sambut deepavali ni, macam mana persiapan Mama semua dah shopping ke belum? Mama Siti ada sediakan cheklist kepada Mama yang belum buat persiapan Deepavali lagi.

Checklist Barang untuk Deepavali

1. Pakaian Perayaan

Saree, baju kurta, atau pakaian tradisional lain untuk anak-anak pastikan pakaiannya selesa dan sesuai untuk dipakai sepanjang perayaan ini.

Mungkin kalau anak perempuan Mama akan berbelanja lebih sebab pakaian anak lelaki agak murah berbanding anak perempuan.

Mama Siti suka kalau tengok anak perempuan Mama Siti pakai saree yang full tu, nampak terus macam pelakon ala-ala bollywood.

2. Perhiasan dan Mehendi

Untuk anak-anak perempuan sudah semestinya, mehendi atau henna menjadi bahagian penting dari persediaan. Mereka boleh menghiasi tangan mereka dengan corak yang indah.

Selain tu, confirm lah kena ada gelang dan barang perhiasan yang lain barulah syok nak sambut perayaan ni.

3. Perhiasan Rumah Time Raya

Mama jangan lupa beli barang untuk buat rangoli atau kolam. Mama boleh melibatkan anak-anak dalam aktiviti menghias rumah dengan rangoli atau kolam yang berwarna-warni.

Ada kolam depan rumah barulah meriah Diwali Mama.

Persediaan Bajet Deepavali

1. Tetapkan Bajet

Tentukan jumlah maksimum yang Mama boleh belanjakan untuk persiapan perayaan. Pastikan bajet ini mencerminkan kemampuan kewangan Mama tanpa mengorbankan belanja yang lain.

Mama boleh buat senarai untuk segala keperluan raya Diwali termasuk pakaian, makanan, hiasan, hadiah, dan sebagainya. Ini akan membantu Mama merancang dengan lebih baik.

Time nak membeli nanti senanglah Mama tengok je list apa yang perlu je nak beli untuk elakkan membeli barang yang bukan keperluan.

2. Membeli secara Berhemah

Sebelum membeli, bandingkan harga barang-barang di pelbagai kedai fizikal dan dalam talian. Ini membantu Mama untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Bahan makanan seperti tepung, gula, atau rempah-rempah pula Mama boleh dapat lebih murah jika dibeli dalam kuantiti besar. Ini boleh membantu menjimatkan wang.

3. Buat Sendiri Kuih-Muih

Beli bahan-bahan makanan untuk menyediakan kuih-muih untuk dihidang kepada tetamu nanti. Ajak anak-anak Mama sekali untuk membantu menyiapkan kuih ini dalam masa yang sama boleh menghidupkan suasana perayaan.

Jika boleh, pertimbangkan untuk membuat beberapa hiasan atau makanan sendiri. Kalau biskut buatan sendiri sering lebih murah dan lebih bermakna.

4. Tawaran dan Diskaun

Musim perayaan je mesti ada diakaun dan tawaran yang menarik kan. Apa lagi Mama time la Mama kena rebut peluang untuk jadi pembeli yang bijak.

Harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari hari biasa. Selalunya bila makin nak dekat diwali mesti lagi murah. Dengan adanya diskaun ni Mama dah boleh jimatkan perbelanjaan Mama tau.

Mama Siti harap dengan checklist ni dapat membantu Mama semua untuk buat persediaan Deepavali dengan lebih senang. Dalam ekonomi yang tak stabil ni jugak Mama perlu bijak berbelanja tau, jangan boros.

Sambutlah Deepavali dengan penuh keceriaan dan makna bersama keluarga dan kawan-kawan Mama. Happy Diwali!


Ikuti resepi dan pelbagai info terkini mengenai Deepavali di SINI.