Seronoknya dah ada rumah sendiri. Terbayang-bayang dah tema untuk setiap ruang rumah. Tapi bila difikirkan, boleh ke deco macam-macam dalam rumah kecil?
10 Idea Deco Rumah Kecil
Walaupun ruangnya terhad, Mama boleh je deco rumah jika kena dengan gayanya. Banyak tema dan konsep yang sesuai untuk rumah kecil, jom tengok beberapa idea di bawah ini:
1. Gunakan wall divider
Ada banyak reka bentuk rumah yang ruang tamu ke ruang makan bersambung kan? Biasanya kalau rumah kecil macam ni lah.
Antara idea yang Mama boleh gunakan untuk bahagikan ruang adalah dengan menggunakan wall divider ataupun pembahagi ruang.
Nak guna rak buku yang menghala ke ruang tamu ke, guna kabinet untuk letak pinggan mangkuk menghala ke ruang makan ke, ataupun hanya sekadar wall divider yang diperbuat daripada kayu yang diukir, mana-mana pun sesuai.
2. Cat ruang dalam rumah guna cat rona lembut
Ini memang dah selalu dengar kan? Kalau kita ke restoren atau kafe pun, kita akan perasan yang warna cat memang memainkan peranan penting.
Nak deko rumah kecil ni, penting ya untuk ia nampak luas dan lapang. Jadi amatlah disarankan untuk guna cat yang berona lembut seperti warna cream, putih, pastel kuning dan pastel hijau.
3. Manfaatkan penggunaan cermin
Antara salah satu faktor yang boleh buatkan ruang dalam rumah nampak lebih luas adalah konsep pantulan yang efektif.
Konsep pantulan ini dipraktikkan dengan menggunakan cermin. Apabila digantung di dinding ke, bila terkena cahaya lampu, cahaya yang terbias dan imej pantulan tu akan buat ruang dalam rumah nampak lebih lapang tau.
Terutamanya kalau rumah kccil yang tiada tingkap dan menerima minima cahaya matahari, memang digalakkan untuk memanfaatkan penggunaan cermin dalam rumah.
4. Pilih perabot yang sesuai bentuk dan saiznya
Bila ruangnya kecil, tak kiralah di biik tidur, ruang tamu atau ruang makan ke, pemilik rumah memang kena memilih perabot yang sesuai saiz dan bentuknya.
Saiz yang disarankan adalah yang bersaiz sederhana dan kecil manakala bentuknya pula, janganlah terlalu bersegi tetapi yang biasa-biasa sahaja.
Jangan kerana sukakan perabot tertentu, susah pula Mama nak deco rumah nanti. Dengan ruang yang sedia ada, mestilah sesuaikan saiz dan bentuk perabot.
5. Manfaatkan konsep pencahayaan
Perasan tak, kalau ruang tu kecil tetapi cukup pencahayaannya, pasti ia akan nampak lebih besar? Haa.. jangan pandang remeh pada penggunaan lampu dan cahaya matahari ya.
Kalau rumah Mama ada banyak tingkap, bukalah pada siang hari untuk dedahkan pencahayaan dalam rumah di samping untuk membantu air flow.
Apabila waktu malam pula, di sinilah jenis lampu dan sudut pemasangannya memainkan peranan. Gunakanlah lampu yang sesuai dan titik beratkan tempat ia dipasang supaya pencahayaan dalam rumah Mama efektif.
6. Gunakan banyak ruang tertutup
Barang-barang dalam rumah ni, jika dibiarkan terdedah macam tu je, ia akan menampakkan imej rumah Mama berserabut dan berselerak. Walaupun Mama sudah kemaskannya dengan elok, ia tetap nampak berserabut. Terutamanya rumah kecil, lagi-lagi lah.
Disebabkan itulah, Mama mesti bijak menggunakan ruang tertutup. Sebagai contoh, beli sofa yang ada ruang penyimpanan tertutup. Nanti, apa-apa yang Mama nak simpan di ruang tamu seperti remote controller dan buku nota, bolehlah simpan di situ.
Dalam bilik tidur pula, bolehlah beli rangka katil yang ada ruang penyimpanan tertutup. Cadar, comforter dan barangan lain, boleh simpan di situ je.
Walaupun barang banyak, akan nampak macam less is more gitu!
7. Tetapkan tema untuk keseragaman
Banyak juga pemilik rumah yang gemar menghias rumah mereka dengan tema berbeza-beza untuk setiap ruang. Sebenarnya, cara sebegini kurang sesuai dengan rumah kecil ya.
Apabila hiasan dan tema seluruh rumah seragam, akan nampak kesatuan tu. Kesatuan pada warna dan tema inilah yang akan membuat rumah kecil Mama tampak lebih eksklusif tau!
8. Jumlah perabot yang ideal
Dah tengok sofa tu, cantik lah. Yang ini pun cantik. Akhirnya terbeli dua-dua. Sekarang, nak letak kat mana ni?
Haa.. jangan jadi macam ni ya? Sepatutnya pada ruang yang kecil, Mama mestilah bijak manfaatkan ruang yag ada dengan menempatkan jumlah perabot yang ideal. Sofa sebiji, meja makan satu, rak satu, tak perlu ada dua tiga.
Sebagai contoh, di ruang makan dan di dapur, tak perlu pun ada sofa walaupun bersaiz kecil. Di ruang itu, Mama perlu manfaatkan untuk letak perabot utama yang lain pula seperti meja makan dan kabinet.
9. Hiasan rumah yang simple
Selain saiz perabot dan warna cat, hiasan dalaman rumah juga memainkan peranan penting dalam menonjolkan imej ruangan di rumah.
Penting ya! Jangan gunakan hiasan yang tidak sesuai dan berlebih-lebihan. Nanti rumah akan nampak berserayut je.
Memanglah hiasan tu cantik, tapi tak semestinya ia sesuai untuk digantung di dinding rumah. Pilihan hiasan rumah memang memainkan peranan penting.
10. Manfaatkan ruang di balkoni
Walaupun kecil, kalau Mama manfaatkan ruang di balkoni rumah Mama, Mama boleh jadikan ia satu ruang lain yang berguna tau.
Kalau Mama suka menanam, bolehlah jadikan ia sebagai kebun kecil Mama. Tetapi jika Mama kurang gemar, jangan biarkan balkoni tu macam tu je.
Makin ramai ya sekarang pemilik rumah yang jadikan ruang di balkoni sebagai tempat berkerja mereka di rumah, taman kecil mereka, ruang membaca bersama mini library ataupun rumah untuk haiwan kesayangan mereka.
Mana-mana yang Mama suka, boleh cuba manfaatkan ruang di balkoni seeloknya ya?
Selamat Menghias dan Deco Rumah Kecil Kesayangan Mama
Berdasarkan idea-idea yang kami kongsikan di atas, Mama bolehlah cuba praktikkan untuk deco rumah nanti. Kalau kena caranya, pasti rumah kecil Mama akan tampak eksklusif dan mewah.
Selamat mencuba!