Pencahayaan ialah kunci dalam dekorasi bilik gaming. Mahu lelaki atau perempuan, faktor persekitaran seperti sistem bunyi, skrin dan hiasan menjadi fokus deco bilik gaming.
Idea dekorasi bilik gaming yang Mama Siti kongsikan ini boleh membantu Mama memilih konsep yang selesa, bergaya serta tidak membebankan wang.
20 Idea Deco Bilik Gaming Yang, Relevan Sepanjang Zaman!
#1 Panel Cahaya (Light Panel)
Pada dinding di ruangan komputer, pasangkan beberapa lampu petak hiasan dengan tema warna yang bersesuaian. Pemasangan lampu menambah dimensi dalam bilik gaming.
#2 ‘Less is More’
Pasangkan skrin komputer di dinding tempat Mama buat tetapan komputer, kemudian letakkan lampu meja, fon kepala dan pembesar suara.
Item-item tersebut sudah cukup menonjolkan dekorasi ringkas bilik gaming.
#3 Bilik Gaming Klasik
Gabungkan permainan komputer dengan elemen klasik seperti papan karom (carrom board) dan catur. Di bahagian dinding pula, gantungkan poster permainan video bagi menaikkan lagi suasana bilik gaming klasik.
#4 Gaya Minimalis
Tema hitam dan putih amat dicadangkan jika Mama ingin memilih tema dekorasi yang satu ini. Sekali pandang ianya nampak seperti ruang bekerja namun jika diperhatikan ada aksesori permainan elektronik di situ.
#5 Bermain Dengan Warna Neutral
Warna lembut dinding dan perabot dilengkapkan dengan pencahayaan tersembunyi untuk mewujudkan rasa kehangatan semasa bermain permainan komputer.
Boleh juga menerapkan beberapa elemen vintaj pada papan kekunci dan pembesar suara.
#6 Bilik Luas Bersimulasi
Inilah syurga buat mereka yang gemar ruang eksklusif untuk mereka bertempur secara maya. Pemain merasakan pengalaman yang hampir sama seperti mereka menyertainya di dunia nyata.
Nak lagi ‘feel’? Pasang beberapa poster menarik dan pasar projektor untuk dapatkan paparan lebih besar.
#7 Banyakkan Skrin
Salah satu cara untuk menambah suasana bilik gaming adalah dengan menggunakan lebih dari satu skrin komputer. Di dalam bilik yang kecil dan gelap, skrin tambahan ini memberi ilusi tingkap maya.
#8 Reka Bentuk Futuristik
Mungkin ada yang sukakan tema dekorasi bilik gaming berunsurkan futuristik. Pemilihan warna gelap memainkan peranan besar dalam reka bentuk futuristik ini.
#9 Warna Menonjol
Faktor pencahayaan juga menyumbang dalam dekorasi bilik gaming. Ambien warna biru dan ungu ialah gabungan terbaik apabila digabungkan dengan permadani bermotif moden.
#10 Hutan Bandar
Idea meletakkan pokok di dalam bilik sudah agak klise di Malaysia. Apa kata kita letakkan rumput buatan di dinding bilik gaming. Inilah idea yang unik yang menggabungkan alam dengan teknologi.
#11 Hiasan Angkasa
Hias bilik gaming seperti kokpit kapal angkasa. Bayangkan seolah-olah Mama ialah kapten yang sedang kendalikan kapal angkasa. Mood bertempur di alam maya jadi semakin bersemangat.
#12 Lampu Lantai
Satu lagi idea dekorasi bilik gaming yang jarang diaplikasikan. Pasang ‘strip light’ di lantai bilik untuk menonjolkan kelainan dalam hiasan bilik gaming.
#13 Pustaka Permainan Video
Sebelum permainan komputer mula mendapat tempat, permainan video telah dulu mendominasi para remaja dan dewasa suatu masa dulu.
Berhampiran dengan skrin, bina rak simpanan untuk meletakkan aksesori dan alat permainan video.
#14 Blok Tetris
Mama juga boleh mengambil inspirasi daripada permainan video Tetris dengan melekatkan beberapa jubin persegi berwarni-warni di dinding bilik gaming.
Permainan yang dicipta oleh Alexey Pajitnov pada tahun 1984 itu mengimbau kenangan bermain permainan tersebut di zaman kanak-kanak.
#15 Gaming di Ruang Pejabat
Individu yang bekerja dari rumah (work from home) digalakkan untuk memanfaatkan ruang pejabat menjadi bilik gaming.
Penulis buku Atomic Habits, James Clear menyatakan produktiviti lebih terjamin jika kita mengasingkan alatan mengikut jenis tugasan.
Contohnya ketika bekerja, gunakan komputer riba (laptop) manakala ketika berehat, Mama beralih pula kepada dekstop komputer.
#16 Bilik Gaming di Ruang Tamu
Idea dekorasi bilik gaming yang seterusnya sesuai untuk mereka yang tinggal sendirian atau memiliki ruang bilik yang luas.
Sofa dan meja menjadi tumpuan utama hiasan bilik gaming. Ditambah pula dengan pencahayaan ambien menambah suasana ketika bermain permainan komputer.
#17 Bilik Tidur Sebagai Bilik Gaming
Televisyen dipasang pada dinding dengan posisi lebih tinggi dari skrin komputer. Jangan lupa untuk gunakan pembesar suara di setiap penjuru bilik agar Mama dapat menikmati pengalaman bak auditorium 4 dimensi (4D).
#18 Cozy Semula Jadi
Item paling dititikberatkan ialah perabot dan aksesori dalam bilik gaming. Meja kayu dipilih kerana teksturnya dan warnanya yang sangat serupa dengan kulit pokok.
Manakala lampu, mikrofon dan pembesar suara di letakkan di bahagian sisi kiri dan kanan skrin desktop.
#19 Bermain dengan Warna
Meja berwarna putih sangat sesuai digunakan untuk dekorasi bilik gaming yang satu ini. Hiasannya pula sangat minimal iaitu cukup sekadar sebuah pasu bunga kecil dan lampu LED berwarna kuning.
#20 Figura dalam Bilik Permainan
Replika watak avatar dari permainan video yang ada di depan, atas, kiri dan kanan sememangnya membuatkan seseorang ‘hilang’ dari dunia nyata dan beraksi di alam maya.
Kerusi permainan yang selesa membolehkan Mama meluangkan masa berjam-jam merehatkan diri dari kesibukan bekerja.
Sistem bunyi, skrin dan hiasan lah yang menjadikan sesuatu ruangan bilik gaming itu berbeza. Papan korum dan catur ialah nilai tambah untuk konsep klasik manakala skrin tambahan adalah untuk gaya moden.
Diharap Mama dan Papa mendapat inspirasi deco bilik gaming berdasarkan 20 idea yang Mama Siti kongsikan itu tadi. Nikmati pengalaman bilik gaming terhebat di tahun ini.
Dapatkan lebih banyak info dekorasi rumah di SINI.