KelabMama

Diari Hati Ibu: Debaran di Hujung Kehamilan Yang Penuh Drama

dugaan di hujung kehamilan

Tuhan saja Maha Mengetahui debaran di hujung kehamilan jauh di sudut hati ibu ini. Semua ibu yang membaca hari ni yang dah berada di hujung trimester ketiga hamil pasti merasai perkara yang sama kan? Eh, risau macam-macam perkara lah; pasal sakit bersalin dan proses melahirkan, baby sihat ke tak sampai selamat lahir, isu berpantang, dan macam-macam lagi.

Sumber: Jateng Indn Times

Pelbagai Rasa di Hujung Kehamilan

Dia bukan aja berdebar tau, tapi seribu satu rasa setiap hari di dalam jiwa. Time ni kadang rasa confuse dengan diri sendiri. Emosi pun boleh swing sekelip mata! Mudah triggered, mudah menangis; tu yang kata drama sungguh tu. Hahaha

>> Over excited

Hati ni kadang rasa nak explode tak sabar dan happy nak jumpa baby yang dah dibawa selama 9 bulan ni dalam rahim, masya Allah.

Nampak je baju baby di kedai, mesti ada je nak tambah beli lagi dan lagi, walau dah sarat tak larat nak berjalan kan. Ada aja yang dok risau tak cukup di hujung-hujung ni.

Sumber: The Little Kidz Closet

As akan tulis semua perasaan hati tentang kegembiraan ni di dalam journal. Buat tanda ingatan memori perjalanan kehamilan dan juga mungkin jadi tanda hati buat baby bila besar nanti kan.

>> Berdebar

Berdebar tu pulak sebab ya lah macam macam risau bila lah nak bersalin ni, berapa jam lah tahan sakit nanti, baby okay ke nanti dan macam macam lagi di fikiran. Masa nilah kadang ada aja berubah plan tentang bersalin sebab mengikut keadaan semasa dan kadang kala sebab mood swing tu lah sendiri. Hui masa ni pun emosi pun sensitive nya lah!

Selalu rasa tak cukup masa lagi yang ada ni sebab masih banyak lagi perkara nak di buat. Padahal punya lah tak tahan bila lah nak habis pregnancy disebabkan segala kesusahan yang dialami. Gitulah hati ibu ibu kan. Mentang mentang boleh multi-tasking, emosi pun jadi pelbagai pada satu masa.

Ini Cara Saya Calm Down di Hujung Kehamilan

1. Bernafas tenang

Setiap kali datang mix of emotions, seperti debaran di hujung kehamilan, termasuk terlalu happy sampai rasa overwhelmed, As akan terus fokus semula pada pernafasan As. Sebab biasanya masa ni lah kita akan rasa yang kita ni tak cukup bernafas rupanya. Nafas tu jadi pendek-pendek.

Jadi As akan cuba duduk diam kejap, tarik nafas melalui hidung perlahan sahaja dalam 4 saat. Hembus tenang juga melalui hidung selama 6 saat. Bagi panjang sikit sampai rasa grounded. Ulang 10 kali sampai rasa sistem saraf tenang dah activated. Selalu amazing dengan result dia. Cara ni pun bagus sangat ketika proses bersalin nanti.

Sumber: Preregistry

Kita juga dapat bantu baby regulate emosi dia. Once kita terlebih emosi dan stress, baby pun dapat rasa. Bila kita belajar bertenang, baby juga dapat rasai dan mula belajar stimulasi tenang yang dia terima.

2. Peranan suami

Sokongan suami main peranan besar waktu kita hamil, paling penting faham tentang pergolakan emosi kita termasuk debaran di hujung kehamilan ni. Just simply being there. Itupun dah besar maknanya buat hati isteri yang sedang bergelora fikir macam-macam di hujung kehamilan.

Terbaik jika dapat duduk bersama finalise kan perkara-perkara sebelum melahirkan. Kadangkala isteri ni perlukan sedikit pandangan dan suami yang mendengar pilihan-pilihan dia untuk kelahiran nanti. Bina memori hubungan kukuh yang akan menjadi jambatan nanti waktu bayi dah lahir. Banyak lagi ujian yang bakal kita terima sebaik sahaja lahirnya anak ke dunia.

Yang ni pula apa yang saya buat di hujung kehamilan

>> Bina ritma harian

Dalam sehari As akan bina ritma dengan pengisian ruhani seperti mengaji sebelum tidur dengan surah Al-Mulk dan As-Sajdah, baca zikir pagi dan petang; ini sekaligus akan sampai ke pendengaran baby tau. Nanti dah lahir, baby akan cari semula bunyian yang dia pernah dengar ni. Comel kan?

As akan cuba jaga tidur juga supaya kita dapat kerehatan yang baik, elakkan emosi kita terganggu. Walaupun rasa tak selesa semasa tidur, As amalkan tidur mengiring pusing kiri kanan, gunakan bantal secukupnya untuk support kita.

>> Makan bernutrisi setiap 4 jam

As akan makan setiap 3 hingga ke 4 jam. Heavy meals 3 kali sehari dan snacking in between. Pilihlah snack sihat seperti variasi telur yang sangat penting ketika hamil. Contohnya susu kambing organik dengan madu tulen, biskut dan kek homemade dengan bahan yang baik, yogurt organik tanpa perisa dan sebagainya.

Sumber: Safe health centre

Main meal pula As pastikan cukup ada lemak baik; seperti daging, ayam, minyak kelapa. Selain tu wajib ada karbohidrat serta buah dan sayuran organik atau ditanam tanpa racun serangga. Masa ni pun perut kita tak muat makan banyak, jadi makan kerap ni sangat bantu untuk nutrisi kan badan kita.

>> Slow down

Cuba untuk live in the presence, bertenang buat sesuatu, appreciate masa yang berlalu dan mula kurangkan sebarang komitmen dalam proses nak menghadapi hari kelahiran. Cari cerita bersalin yang positif bagi menaikkan semangat dan happy hormones kita.

Sumber: Hugo Ansell

Aktif sekadarnya di hujung kehamilan, seimbangkan dengan rehat. Rehat seperti solat, duduk mengaji dan sebagainya. Boleh duduk bercakap dengan baby, ajak sekali suami dan anak-anak lain jika ada. Family bonding hujung-hujung ni sangat bagus untuk kesihatan emosi ibu. Memang akan ada ups and downs ketika ini, namun raikan semuanya dengan tenang.

Be gentle to yourself

Makin dekat tarikh due, makin besar dramanya akan datang. Jadi kenangan buat kita nanti. Apapun yang berlaku, selalu ingat please be gentle to yourself. Orang boleh cadangkan macam-macam perkara tapi hanya kita tahu apa yang sesuai dengan keluarga kita. So, you do you, okay ibu?

Love,
As