KelabMama

DARAH TINGGI KETIKA HAMIL TERGOLONG DALAM KEHAMILAN BERISIKO TINGGI

Penyakit darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi. Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya. Tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.

Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi. Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna.

 

BAHAYA & KOMPLIKASI

 

KAEDAH BERSALIN

Kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut). Seboleh-bolehnya doktor akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain. Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu. Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok.

Walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi. Punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat. Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami ‘eminent eclampsia’ (hampir-hampir mengalami sawan). Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

 

SAWAN

Sawan mengandung (eklampsia) sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Risiko ini lebih tinggi kepada ibu yang kali pertama hamil, ibu yang pernah mengalami penyakit darah tinggi sewaktu kehamilan terdahulu atau ibu yang hamil kali pertama dengan suami baru. Penyakit darah tinggi termasuk dalam kehamilan berisiko tinggi dan sawan mengandung adalah suatu masalah perubatan yang serius. Bagi wanita yang mempunyai berat badan 45 kilogram sebelum hamil, penambahan berat badan sebanyak 11 hingga 12 kilogram sepanjang kehamilan adalah sesuatu yang normal. Semasa trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan), berat badan wanita hamil boleh menurun akibat kurang selera makan kerana rasa loya serta muntah-muntah. Setelah memasuki trimester kedua (bulan keempat) dan seterusnya, berat badan wanita hamil semakin pulih dan dijangka bertambah sekitar setengah kilogram bagi setiap minggu (iaitu lebih kurang dua kilogram setiap bulan).

 

 

 Sumber: Internet