KelabMama

Bayi Mengalami Darah Beku Selepas Jatuh Tangga Bersama ‘Confinement Nanny’

Pada Februari yang lalu, seorang ibu telah mengalami trauma yang tidak diinginkan ibu bapa – bayi kesayangan jatuh tangga. Si ibu yang dikenali sebagai Ng (bukan nama sebenar), telah mengupah seorang confinement nanny untuk menjaga bayinya selama lagi 2 bulan selepas beliau berpantang di sebuah pusat penjagaan pantang; supaya beliau dapat memberi tumpuan untuk pulih sepenuhnya.

Kos Perkhidmatan Mencecah RM14,300!

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Oriental Daily, confinement nanny itu bukanlah daripada pusat penjagaan pantang yang sama Puan Ng mendapatkan khidmat selepas bersalin. Difahamkan, khidmat confinement nanny tersebut kebetulannya bertindih dengan musim perayaan Tahun Baru Cina, jadi kos yang harus dibayar Puan Ng adalah lebih mahal berbanding hari biasa; mencecah sehingga RM14,300! Namun, Puan Ng tetap dengan keputusan beliau untuk menggunakan khidmatnya kerana percaya dengan reputasi para confinement nanny daripada pusat penjagaan pantang yang terletak di SS2, Petaling Jaya itu.

Confinement nannyPuan Ng yang pertama dihantar pusat penjagaan pantang tersebut bagaimanapun tidak mencapai tahap yang diinginkan Puan Ng. Jadi, dia telah digantikan dengan seorang confinement nanny yang berusia 50 tahun dan ke atas, untuk menjaga Puan Ng dan bayinya. Confinement nanny yang baru ini dilihat lebih berpengalaman dan mahir dalam melakukan tugasnya. Dia turut masakkan makanan berpantang yang sesuai dan sedap untuk Puan Ng!

Jatuh Tangga Bersama Bayi

Sumber: Oriental Daily

Malang tidak berbau apabila pada 1 Februari yang lalu, confinement nanny tersebut yang telah memberi cadangan untuk bawa bayi lelaki Puan Ng ke tingkat bawah rumah mereka, supaya mudah untuk Puan Ng berehat. Namun, confinement nanny tersebut yang sedang mengendong bayi lelaki Puan Ng, telah jatuh tangga ketika mereka sedang turun ke tingkat bawah. Puan Ng yang terkejut terus turun melihat apa yang berlaku dan beliau terkejut melihat tompokan darah di lantai.

Melihatkan keadaan confinement nanny tersebut yang tercedera dan berdarah di kepala, Puan Ng terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan bayinya pula ketika itu kelihatan normal, hanya senyap, dan tiada sebarang tangisan atau rengekan. Namun setelah beberapa ketika, Puan Ng perasan terdapat kesan lebam di kepala bayinya, dan dia dikejarkan ke Hospital Columbia Asia.

Bayi Sebenarnya Telah Pengsan

Sumber: Oriental Daily

Hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan sebenarnya telah pengsan! Laporan CT Scan menunjukkan terdapat darah beku dalam otak bayi lelaki Puan Ng dan beberapa tulang patah. Pada mulanya, doktor mencadangkan satu pembedahan dilakukan, tetapi oleh kerana usia bayi yang masih kecil, doktor hanya merawatnya dengan ubat-ubatan terlebih dahulu.

Dipetik dari World of Buzz, Puan Ng berkata, 

“Darah beku di bahagian otak bayi saya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengecil atau kurang, jadi dia harus dipantau dengan teliti dan perlu mengawasi perkembangan otaknya untuk hari-hari yang akan datang.”

Sumber: Oriental Daily

Apa yang lebih menyedihkan apabila Puan Ng mendapati confinement nanny yang cedera itu sebenarnya mengalami tekanan darah tinggi, dan pernah menjalani pembedahan lutut sebelum ini. Jadi, hal itu mungkin menyebabkan pengasuh tersebut tergelincir lalu terjatuh ketika turun tangga. 

Confinement Nanny Sebenarnya Tidak Layak Untuk Bertugas

Difahamkan juga, pusat penjagaan pantang yang menghantar confinement nanny tersebut sebenarnya tahu dia tidak layak untuk bertugas, terutamanya di rumah dua tingkat Puan Ng! Namun, mereka tetap mencadangkan confinement nanny tersebut berkhidmat untuk Puan Ng. Puan Ng yang terkejut dengan hal ini telah membuat aduan ke pusat penjagaan pantang tersebut, tetapi tiada tindakan lanjut diambil oleh mereka. Mereka hanya datang memeriksa Puan Ng dan bayinya sahaja.

Sumber: Oriental Daily

Permintaan Tidak Dilayan

Puan Ng turut meminta ganti ruti atau pengembalian wang dari pihak mereka, tetapi permintaannya tidak dilayan! Oriental Daily melaporkan bahawa mereka telah menghubungi pusat penjagaan pantang tersebut untuk mendapatkan komen. Seorang kakitangan dari pusat itu telah mengatakan bahawa orang yang bertanggungjawab kini berada di Singapura, oleh itu dia tidak dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal tersebut buat masa ini.

Hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya pihak pengurusan pusat penjagaan pantang tersebut berterus-terang dan memilih hanya yang terbaik untuk pelanggannya. Semoga bayi lelaki Puan Ng cepat sembuh. KelabMama berharap perkara seperti ini tidak berlaku pada si kecil Mama yang lain.