KelabMama

DAPATKAN ZURIAT GUNA KAEDAH IVF

Masyarakat perlu diberi penjelasan kerana bayi tabung uji yang dilahirkan melalui teknik persenyawaan di luar rahim menggunakan telur dan sperma pasangan suami isteri adalah pilihan terbaik bagi pasangan yang tidak boleh melahirkan anak secara semula jadi. Islam juga tidak mengharamkan teknik persenyawaan di luar rahim asalkan telur dan sperma yang dimasukkan ke tabung uji adalah daripada pasangan suami isteri yang sah perkahwinannya dari segi syarak. Teknik IVF yang lebih difahami sebagai persenyawaan di luar rahim membabitkan rangsangan yang diikuti pengeluaran telur daripada ovari wanita. Melalui kaedah ini, pasangan suami isteri boleh mempunyai anak sekalipun tanpa melakukan hubungan seksual seperti biasa. Ketidaksuburan didefinisikan sebagai kegagalan untuk hamil dalam tempoh setahun perkahwinan walaupun telah melakukan hubungan seksual yang kerap. Secara epidemiloginya, satu dalam tujuh pasangan menghadapi masalah ketidaksuburan.

Punca Ketidaksuburan Wanita

Punca Ketidaksuburan Lelaki

 

PROSES IVF

 

KEJAYAAN MENDAPATKAN ZURIAT

Kadar kejayaan kehamilan melalui kaedah ini bergantung kepada banyak faktor. “Ini termasuklah usia dan kesihatan reproduktif pasangan terbabit. Secara umum, kadar kelahiran hidup bagi setiap pasangan IVF ialah 20 peratus pasangan yang mendapatkan rawatan berjaya mengandung tetapi jaminan kejayaan tidak dapat diberikan. Masalah kesuburan sebenarnya masalah bersama yang perlu dirawat dan pengesanan awal perlu dilakukan untuk meningkatkan peluang berjaya.

 

KAEDAH LAIN

Kaedah IVF yang lain termasuklah pemindahan tahap pronuklear ke tiub (PROST), pemindahan zigot dalam falloppio (ZIFT) dan pemindahan tahap embrio ke tiub (TEST). Selain kaedah persenyawaan di luar rahim, ART juga membabitkan persenyawaan antara telur dan sperma wanita yang berlaku di dalam organ reproduktif wanita dikenali sebagai in vivo fertilization. In vivo fertilization membabitkan beberapa kaedah ART yang dikenali sebagai permanian beradas (IUI), permanian dalam tiub (ITI) dan pemindahan gamet (telur dan sperma) ke dalam tiub falloppio (GIFT). Kaedah-kaedah ini diperkenalkan bertujuan membantu pasangan yang kurang subur untuk mendapat zuriat. Sehubungan itu, antara kaedah ART bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat ialah:

Prosedur ini membabitkan empat tahap iaitu:

  1. Ubat-ubatan kesuburan untuk merangsang pengeluaran telur dari ovari
  2. Pemantauan pusingan haid
  3. Mengeluarkan telur
  4. Mencampurkan telur dan sperma dalam piring kultur atau tiub tabung uji
  5. Embrio yang terbentuk dipindahkan ke dalam rahim. Embrio akan membesar menjadi janin dan bayi seterusnya akan dilahirkan apabila telah cukup tempoh.
  6. Baki embrio yang masih ada boleh dibekukan untuk kegunaan pada masa akan datang.

 

GAMETE INTRA-FALLOPIAN TRANSFER (GIFT)

Ia lebih dikenali sebagai persenyawaan dalam tiub. Teknik kesuburan ini diperkenalkan pada 1984. Prosedur ini membabitkan percantuman antara sperma lelaki dan telur wanita di dalam tiub falloppio semasa laparaskopi. Persenyawaan dan penanaman praembrio berlaku dalam organ reproduktif wanita. Kaedah ini memerlukan sekurang-kurangnya wanita terbabit mempunyai satu tiub falloppio yang berfungsi.

INTRA-CYTOPLASMIC SPERMA INJECTION (ICSI)

Prosedur ini khusus untuk lelaki yang tidak subur seperti jumlah sperma terlalu sedikit, sperma yang abnormal atau gagal dengan prosedur IVF yang lain. Ia membabitkan suntikan satu sperma ke dalam telur. Bayi pertama yang dilahirkan melalui prosedur ICSI dilaporkan pada 1992.

ARTIFICIAL INSEMINATION (AI)

Prosedur yang dikenali sebagai permanian beradas ini membabitkan proses memasukkan sperma ke dalam sistem reproduktif wanita. Permanian beradas ke dalam rahim ini biasanya diikuti dengan memasukkan sperma ke dalam pangkal rahim dan faraj. Kaedah ini biasanya digunakan apabila kegagalan seorang lelaki melakukan ejakulasi ke dalam faraj wanita.

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan