KelabMama

Cara Daftar Kelahiran Secara Online Step By Step, Mudah Je!

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib untuk mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat dalam tempoh 60 hari selepas tarikh bersalin.

Kalau nak daftar di kaunter JPN, ada beberapa cara yang Mama perlu buat dan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Tapi sekarang ni dah ada cara mudah iaitu daftar secara online je dari rumah. Tak payah dah susah-susah beratur dan buat temu janji.

Cara Daftar Kelahiran Secara Online Step By Step

Di bawah ini, Mama Siti kongsikan cara yang mudah untuk daftar kelahiran anak secara online, sebagai panduan Mama semua.

1. Layari laman web JPN di: www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

2. Kemudian klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

3. Mama akan dibawa ke laman web ini: osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

4. Teruskan dengan menekan di “Daftar Pengguna Baru”.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

5. Isikan ruang kosong dengan maklumat yang tepat dan lengkap.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my/

6. Mama akan terima emel seperti ini. Semak emel dan klik untuk dibawa ke laman untuk mengaktifkan akaun Mama.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

7. Mama akan dibawa ke halaman utama dan di sini, Mama perlu cipta kata laluan, sahkannya dan teks pengesahan (CAPTCHA) untuk aktifkan akaun.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my/

8. Pergi ke laman web JPN mula-mula tadi dan tekan “Log Masuk”.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

9. Log masuk dengan IC dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

10. Mama akan dibawa ke laman utama sistem dan isikan maklumat yang diperlukan.

Kredit gambar: www.jpn.gov.my

11. Bila dah selesai sehingga keluar notifikasi PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA, klik “Cetak Slip Permohonan” dan bawa slip dan dokumen yang diperlukan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tak susah sangat pun kan? Tekan-tekan dan isi je, dah siap! Nanti bila ke JPN, boleh terus buat urusan lain.

Tahniah atas kelahiran si manja dan semoga segala urusan Mama dan Papa dipermudahkan!