Curang, pengkhianatan, penipuan. Sebuah perkahwinan yang mengambil masa persiapan perkahwinan bertahun-tahun, apa lagi tempoh perkahwinan yang penuh pahit manis, boleh hilang sekelip mata dengan hanya satu perbuatan.
Di media sosial, isu curang merupakan bahan sajian utama terhangat menjadi bualan para netizen. Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kontroversi kes seorang “influencer” dalam dunia peniagaan dan fashion dengan “pekerjanya”.
Begitu juga dengan perbuatan selebriti, baik pengarah filem, pelawak ,penyanyi tanah air, masing-masing mempunyai kisah keretakkan rumah tangga tersendiri kerana berlaku perbuatan keji itu.
Dengan bantuan media sosial, nasib wanita-wanita dapat lebih terbela, dan keselamatan lebih terjaga. Namun persoalan timbul, mengapa perbuatan sebegini seolah-olah menjadi suatu perkara yang kerap berlaku?
Curang
Kajian Isu Curang Dalam Rumah Tangga
Sebuah kajian yang dibuat, diambil daripda sebilangan 423 orang responden berkenaan kecurangan dan mengapa berlaku perkara tersebut. Hasil yang didapati menunjukkan seperti berikut:
- Kaum Wanita: Cenderung untuk curang dalam tempoh 6-10 tahun perkahwinan
- Kaum Lelaki: Cenderung untuk curang selepas tempoh 11 tahun perkahwinan
Punca Curang
Bertahun-tahun tempoh perkahwinan, bukanlah tempoh “percubaan” untuk mengenali pasangan. Malah dalam Islam, perkahwinan adalah sesuatu yang perlu persiapan mental dan fizikal, jasmani dan rohani. Namun kenapa terjadinya isu curang dan perceraian yang mudah.
Menurut kajian yang sama, ianya mendapati bahawa kecurangan boleh berlaku oleh faktor-faktor berikut:
- Tertekan dengan masalah rumah tangga yang pelbagai.
- Krisis pertengahan usia (mid-life crisis)
- Mencapai keinginan yang tidak dapat ditunai pada usia muda
- Ingin mencuba sesuatu yang baru
Kesetiaan
Faktor Kesetiaan
Kesetiaan adalah sesuatu yang perlu dikekalkan dan dijaga, bukan hanya diberi pada awal perkahwinan, lalu hilang bersama wang mas kahwin dan tempoh pake 3 hari 2 malam bulan madu.
Antara 2 sebab utama mengapa pasangan-pasangan berkahwin dapat memberi dan menjaga kesetiaan adalah:
- Perspektif masyarakat umum bahawa perbuatan curang merpuakan suatu perkara keji
- Tidak mahu keseorangan pada waktu tua
- Kesihatan mental dan emosi anak-anak
- Menjaga hubungan baik dengan keluarga masing-masing
Pasangan Setia
Perkahwinan yang berkekalan hingga ke akhir hayat bukanlah sesuatu yang pelik. Walaupun kita sering mendengar tentang kecurangan dalam perkahwinan, ada pasangan yang memilih untuk terus setia.
Kajian yang disebut dalam artikel ini juga mengkaji siapakah golongan yang cenderung untuk setia dalam rumah tangga mereka. Hasilnya mendapati bahawa orang yang:
- beragama
- wanita
- pasangan baru
– adalah mereka yang cenderung untuk setia dan tidak curang.
Jangan Curang
Jika anda beranggapan bahawa usia merupakan penyebab masalah curang, perlu diingatkan dan berusaha untuk memastikan hubungan yang dibina sentiasa kukuh semasa fasa “rapuh” .
Perasaan dan perkahwinan adalah bersifat sentiasa berubah, jadi amat perlu untuk bertolak ansur dan cepat meminta maaf antara pasangan.
Perkahwinan juga berkait rapat dengan kerohanian dan keagamaan, mungkin juga kita boleh berusaha memperbaiki diri dalam hal keagamaan bersama pasangan dan ahli keluarga.