KelabMama

Tradisi Cukur Rambut: Amalan Sunnah untuk Si Kecil

hukum mencukur rambut atau cukur jambul

Cukur rambut merupakan salah satu tradisi yang sudah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan umat Islam.

Tradisi ini bukan mengandungi unsur budaya, tetapi berkait rapat dengan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW. Dalam Islam, amalan ini sering dikaitkan dengan aqiqah, yang merupakan ibadah sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dianjurkan).

Biasanya dilakukan apabila bayi mencapai usia tujuh hari atau dalam tempoh yang terdekat selepas itu. Aqiqah pula dilakukan dengan tujuan untuk mensyukuri kelahiran anak dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Hukum Cukur Rambut Bayi dalam Islam

Kredit Gambar: Orami

Sunat untuk mencukur rambut bayi pada hari ke-7 walaupun Mama Papa belum mampu melakukan aqiqah untuk bayi. Pahala sunat tetap diperoleh meskipun yang terbaik adalah melaksanakan aqiqah terlebih dahulu sebelum mencukur rambut, sesuai dengan hadis Nabi SAW dan pandangan para ulama dalam bab ini.

Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh Syarak. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”

Riwayat al-Tirmizi (1519)

Walau bagaimanapun, jika tidak memiliki waktu luang atau ada halangan tertentu, majlis aqiqah boleh ditangguhkan ke hari yang lain seperti hari ke-14, hari ke-21, atau hari yang sesuai untuk dilakukan aqiqah.

Namun demikian, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan memberi nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana semuanya merupakan sunnah yang berbeza dan tidak perlu Mama Papa lakukan secara serentak.

Tips untuk Papa Mencukur Rambut Bayi

1. Sediakan Peralatan yang Mencukupi

Pastikan Papa sudah siapkan peralatan yang Papa perlu sebelum mulai mencukur rambut bayi. Beberapa alat yang perlu disiapkan antaranya:

Kalau Papa menggunakan mesin pencukur rambut pastikan sisa rambut bayi tidak melekat pada mesin untuk memudahkan proses menimbang rambut bayi.

2. Persiapan Sebelum Mencukur

Kredit Gambar: Pa&Ma

Sebelum mulai mencukur, pastikan Papa sudah sedia untuk mula mencukur.

Cuci tangan terlebih dahulu dan pastikan Papa tenang agar bayi tidak terpengaruh dengan kegugupan Papa lagi-lagi pertama kali mencukur rambut bayi dan juga mengelakkan kepala bayi terluka.

Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa, mungkin Papa boleh mencukur rambut saat bayi tidur atau sedang menyusu.

Jika bayi terjaga, Papa Mama perlu bekerjasama, Mama boleh memegang bayi dan Papa boleh mencukur rambutnya.

3. Cara Mencukur dengan Betul

Kredit Gambar: Taqwa

Penting untuk Papa tahu cara mencukur rambut bayi dengan betul untuk mengelakkan kepala bayi terluka.

Kalau rambut bayi terlalu lebat, Papa boleh potong pendek dulu rambut bayi sebelum mencukur.

Kemudian, Papa mulakan cukur rambut dari atas ke bawah. Setelah selesai, Papa rapikan dengan mencukur dari bawah ke atas hingga semua sisa rambut terbuang.

Cara untuk Menimbang Rambut Bayi

Kredit Gambar- SINAR – SYOK

Menimbang rambut bayi selepas mencukur adalah satu amalan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada sunnah yang akan Mama Papa lakukan.

  1. Papa masukkan rambut bayi dalam plastik dan timbang.
  2. Timbang beg plastik kosong.
  3. Kemudian, Papa tolak perbezaan berat untuk dapatkan berat rambut bayi je tanpa berat plastik.
  4. Darab berat rambut rambut bayi dengan nilai emas semasa. Kalau Mama Papa kurang mampu, boleh juga gunakan nilai perak untuk disedekahkan kepada mereka yang perlukan.

Dengan meneruskan amalan ini, kita bukan sahaja menghormati adat dan budaya, tetapi juga memastikan warisan keagamaan kita terus subur dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat untuk Mama Papa!


Macam mana cara untuk tingkatkan kesihatan mata? Klik di SINI.