KelabMama

CUBA INI JIKA INGIN HAMIL

Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk memiliki zuriat. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahayamata.  Anda sendiri perlu tahu dan ambik tahu mengenai kesuburan masing-masing.

 

1) Kesuburan Wanita

Anda hendaklah peka dengan mengenal pasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur.

            Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alkohol, coklat, tuna, daging atau telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans, perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goring dan sebagainya. Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang.

            Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam. Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

 

2) Kesuburan Lelaki

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda. Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik.

            Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik. Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

 

3) Posisi Hubungan Seksual Untuk Hamil

Walaupun belum terdapat bukti yang kukuh bahawa posisi seksual tertentu lebih baik dari posisi seks yang lain dapat meningkatkan potensi kehamilan, karana kehamilan selalunya mungkin terjadi selama penis berada dalam vagina sewaktu ejakulasi.Tetapi bagi anda yang mengidamkan kehadiran cahayamata, tidak ada salahnya mencuba tips posisi seks terbaik untuk hamil seperti dibawah ini :-

Posisi seksual yang sebaiknya di HINDARI bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya saki-baki sperma yang sedikit saja yang mencuba berenang ke arah sel telur.

Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak-gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Ini kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi berlaku. Namun anda digalakkan memberi masa untuk sperma berenang ke servik rahim.

            Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma yang menyebabkan sperma mati.

4) 3 Rahsia Kehamilan

Bayi yang sihat tidak terjadi dengan hanya sperma bertemu sel telur. Terdapat 3 rahsia penting kehamilan untuk membolehkan kita menghasilkan fetus yang sihat dan agar ianya bertahan sehingga cukup bulan selama tempoh kehamilan.

 

Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama

Dalam kajian, penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.

            Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14. Contohnya hari pertama haid anda adalah 2/7/2016, maka hari subur anda adalah 14/7/2016 dan 15/7/2016. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 12/7/2016, 13/7/2016, 14/7/2016 dan 15/7/2016 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 16/7/2016 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.

 

Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur

Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda

 

Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat

Masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%. Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda. Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, saya nasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).