Pasti ada diantara mama yang baru first time dengar nama suntikan ni kan? Untuk pengetahuan mama, suntikan Corticosteroid ni adalah sejenis ubat yang diberikan kepada mama yang mengandung sekiranya dijangka akan melahirkan bayi pramatang atau lebih dikenali sebagai tak cukup bulan. Ia diberikan secara suntikan sama ada pada peha, lengan atau punggung. Jumlahnya dalam 2 dos atau ada juga yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Kenapa suntikan ini boleh kurangkan risiko bayi pramatang?
Bagi yang ada experience melahirkan bayi pramatang mungkin sudah familiar dengan suntikan ini. Suntikan Corticosteroid boleh meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Ia juga dapat kurangkan risiko bayi pramatang dari sebarang komplikasi seperti masalah pernafasan disebabkan paru-paru bayi masih tak matang, pendarahan dalam otak, jangkitan kuman atau masalah salur pencernaan.
Bilakah suntikan itu akan diberikan?
Selalunya suntikan itu diberikan pada minggu kehamilan yang ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Bagi mama yang akan menjalani pembedahan elektif, suntikan ini sangat digalakkan sekiranya pembedahan itu berlangsung pada 35 hingga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Siapa yang sepatutnya terima suntikan Corticosteroid ni?
1. Mama yang sedang mengalami contraction pramatang
2. Bayi yang kena dilahirkan awal disebabkan bayi tak membesar dalam rahim
3. Mama yang mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan nyawa mama. Contoh, pre-eclampsia
4. Jika mama akan menjalani pembedahan caeser sebelum 39 minggu memang disarankan untuk terima suntikan ini
Tak ada siapa yang minta untuk melahirkan bayi pramatang. Tapi apa yang boleh mama buat adalah dengan membantu untuk matangkan peparunya supaya kurang berlaku komplikasi kelahiran pramatang. Kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak