KelabMama

Pilihan Confinement Centre di Petaling Jaya, Selangor

confinement centre petaling jaya

Mama yang merancang untuk tinggal di confinement centre atau mengambil confinement lady, inilah panduan yang sesuai untuk Mama memilih pusat berpantang yang sesuai dengan pilihan Mama. Dan antara pilihan yang sering menjadi perhatian adalah senarai confinement centre di Petaling Jaya.

Petaling Jaya, merupakan salah satu kawasan yang menawarkan pelbagai pusat berpantang berkualiti tinggi untuk Mama-mama yang mahu berpantang di confinement centre.

Dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan, pusat-pusat ini menjadi pilihan utama Mama yang mencari pengalaman berpantang yang selesa dan bermanfaat. Perjalanan berpantang Mama juga akan menjadi lebih baik dengan penjagaan ini.

Senarai Confinement Centre di Petaling Jaya

1. MamaBaby Confinement Care

Kredit Gambar: MamaBaby Confinement Care

Di MamaBabay Confinement Centre menawarkan urutan laktasi, mandian herba, lulur (skrub badan), tungku (terapi batu panas), sengkak (urut rahim), bengkung (balutan perut), tangas (pengasapan vagina), param/pilis (rawatan penyejukan/pemanasan), urutan bayi dan penjagaan bayi asas (mandian, penyusuan, tidur).

Alamat: No. 91, Jalan PJS 8/12a, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi: Isnin hingga Ahad, (10.00 pagi hingga 11.30 malam)

Hubungi: 011-1500 7970

Intagram: mama_baby_confinement_care

Pakej: Bermula RM1,100 hingga RM10,000

2. Azzahrah Confinement Care Centre

Kredit Gambar: Azzahrah Confinement Care Centre

Azzahrah Confinement Care Centre adalah sebuah pusat berpantang Melayu yang terletak di Petaling Jaya.

Mereka menawarkan pelbagai rawatan tradisional Melayu termasuk urutan selepas bersalin, tungku (terapi batu panas), urutan laktasi, urutan kepala dan kaki, mandian herba, lulur muka, tangas (pengasapan vagina), sauna, param/pilis (rawatan penyejukan/pemanasan), dan bengkung (balutan perut).

Oh ye, di Azzahrah Mama juga dapat menikmati penjagaan rambut dan urutan wajah untuk meremajakan kulit. Mereka hanya menawarkan lawatan harian dan rawatan mengikut jam bergantung kepada sesi. Pakej yang ditawarkan adalah antara tiga hingga 30 hari.

Hubungi: 018-9110522

Instagram: azzahrah_confinement

Facebook: Azzahrah Confinement Care Centre

Pakej: Bermula RM420 sehingga RM5,900

3. Najwa Confinement Center

Kredit Gambar: Najwa Confinement Center

Mereka menawarkan pelbagai rawatan tradisional Melayu termasuk urutan selepas bersalin, urutan laktasi, tungku (terapi batu panas), bengkung (balutan perut), param/pilis (rawatan penyejukan/pemanasan), mandian herba, sauna, dan tangas (pengasapan vagina).

Mereka hanya menawarkan lawatan harian atau rawatan mengikut jam bagi setiap sesi. Hidangan berpantang, perkhidmatan dobi, dan lain-lain hanya disediakan sebagai tambahan. Pakej yang ditawarkan adalah antara tiga hari hingga 20 hari.

Alamat: No.11 Jalan BSC 1C/1, Bandar Seri Coalfield, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Hubungi: 012-375 4729

Email: najwaconfinementcenter@gmail.com

Instagram: najwaconfinementcentre

Websites: Najwa Confinemenr Centre

Pakej: Bermula dari RM420 hingga RM6,000

Confinement Centre Cina di Petaling Jaya

1.Garden Gem Postnatal Retreat

Kredit Gambar: Garden Gem Postnatal Retreat

Garden Gem Postnatal Retreat adalah sebuah pusat berpantang Cina yang terletak di Petaling Jaya.

Mereka menawarkan pakej berpantang selama 28 hari yang merangkumi lawatan doktor, penjagaan nurseri profesional, panduan penyusuan susu Mama oleh perunding laktasi dalaman, dan perkhidmatan selepas bersalin yang lain.

Mama dan bayi juga mendapat penjagaan kesihatan secara berkala daripada profesional perubatan dalaman.

Alamat: No.4 Jalan SS 2/8A,47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi: Isnin hingga Ahad (9 pagi hingga 6 petang)

Hubungi: 017-628 9481

Laman web: Garden Gem Postnatal Retreat

Instagram: mygardengem

Facebook: Garden Gem Confinement Centre

Pakej: Bermula RM17,888 hingga RM24,888

2. Terra Confinement Care

Kredit Gambar: Terra Confinement Care

Mereka menawarkan pakej berpantang selama 28 hari yang merangkumi penjagaan selepas bersalin, sokongan laktasi, perkhidmatan menjaga bayi, dan aktiviti kesihatan.

Penjagaan selepas bersalin termasuk mandian Sitz, penjagaan 24 jam dan penilaian harian oleh jururawat bertauliah, pemerhatian luka (caesarean/perineal), dan konsultasi mingguan dengan pakar perubatan tradisional Cina (TCM).

Mama juga menikmati mandian herba harian dan urutan selepas bersalin. Pakej ini juga termasuk ‘Mommy Starter Pack’ percuma, serta pakaian mesra penyusuan.

Alamat: L1-15, PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi: Isnin hingga Ahad (9 pagi hingga 6 petang)

Hubungi: 016-969 8498

Website: Terra Confinement Care

Instagram: terra_confinementcare

Facebook: Terra Confinement Care

Pakej: RM15,000 hingga RM 24,000++

Jangan lupa, Mama! Check di Motherhood Story untuk pelbagai pilihan confinement centre di Petaling Jaya. Temui pilihan yang ideal untuk keperluan dan keselesaan Mama!

Dengan Motherhood Care+ Perjalanan Berpantang Mama Menjadi Lebih Tenang

Sebagai salah satu pencapaian terbesar dalam kehidupan seorang wanita, fasa ini Mama patut meraikannya.

Dengan program keahlian khusus kami yang disesuaikan untuk setiap peringkat keibuan, Mama akan mengalami peralihan yang lancar melalui kehamilan, kelahiran, dan semua kegembiraan yang menyusul.

Biarkan Motherhood Care+ menjadikan perjalanan keibuan Mama sesuatu pengalaman yang perlu dihargai!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Kenapa ikan merkuri tinggi bahaya untuk Mama mengandung? Klik di SINI.