Childs Farm, rangkaian penjagaan kulit sensitif yang terkenal dan memenangi pelbagai anugerah di United Kingdom (UK), kini secara rasminya berada di Malaysia! Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di W Factory, Shah Alam, dan bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai produk penjagaan kulit yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Fokus Pada Kulit Sensitif
Childs Farm komited untuk menawarkan formulasi yang lembut dan selamat, terutamanya bagi si kecil yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian produk yang ditawarkan tidak terhad kepada penjagaan kulit bayi sahaja, tetapi juga merangkumi produk untuk penjagaan rambut, rangkaian tidur unik SlumberTime™, serta rangkaian produk untuk kulit sensitif, OatDerma.
Antara yang terkenal adalah rangkaian produk untuk kanak-kanak kerana ia mempunyai penjagaan rambut khas, produk 3 dalam 1 untuk renang, dan produk 2 dalam 1 untuk rambut dan badan.
Sekiranya Mama sangat menitikberatkan kulit sensitif si manja, jangan risau. Semua produk Childs Farm telah diuji oleh pakar dermatologi dan pakar pediatrik untuk memastikan kesesuaian bagi semua jenis kulit.
Dikenali kerana formula semula jadi, produk Childs Farm bebas daripada paraben, silikon, minyak mineral, atau pewarna tiruan. Selain itu, produk Childs Farm juga tidak terlampau wangi, menjadikannya pilihan yang ideal untuk kulit sensitif.
Kemampanan dan Alam Sekitar
Yang lebih menarik, seiring dengan usaha global untuk mencapai kemampanan, produk-produk Childs Farm hanya menggunakan 100% bahan botol kitar semula iaitu bahan plastik daripada Bahan Pencegahan Pencemaran Laut atau Prevented Ocean Plastic (POP).
Ini memberikan peluang kepada Mama dan Papa untuk memilih produk yang tidak hanya baik untuk kulit anak-anak, tetapi juga mesra alam.
Bahan-bahan yang diperoleh juga adalah bahan berkualiti, beretika dan mampan dari segi sosial dalam memastikan ia sentiasa baik kepada kulit, planet dan juga komuniti.
Dapatkan Produk Childs Farm di Watsons Dengan PROMOSI Menarik!
Sebagai meraikan pelancaran Childs Farm di Malaysia, Mama kini boleh mendapatkan produk-produk Childs Farm pada harga promosi menarik di Watsons berhampiran Mama!
- Hair & Body Wash, 3 In 1 Swim, Shampoo & Conditioner
- Harga Ahli: RM30.25
- Harga Bukan Ahli: RM31.84
- Harga Normal: RM39.80
- Hair Detangler Grapefruit & Tea Fruit
- Harga Ahli: RM34.20
- Harga Bukan Ahli: RM36.00
- Harga Normal: RM45.00
Selain daripada produk-produk yang dinyatakan di atas, Mama juga boleh mendapatkan bubble bath yang didatangkan dalam dua bauan iaitu raspberry dan organic tangerine di Watsons. Bubble Bath ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit si kecil yang sensitif.
Mama juga boleh layari Instagram rasmi Childs Farm atau kunjungi Watsons terdekat untuk mendapatkan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi untuk anak-anak Mama.