KelabMama

‘Childproofing’ di Bilik Air: Ini Tips Yang Mama Boleh Lakukan

Attention Mama! Mungkin ibu bapa pertama kali tidak berapa biasa dengan keberadaan si kecil yang nakal di rumah. Anak-anak juga tidak memahami betapa bahayanya barang-barang di dalam bilik air, yang boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini.

Terdapat pelbagai kemalangan yang berlaku di dalam bilik air seperti jatuh sebab lantai licin, terhantuk kepala di dinding dan macam-macam lagi. Oleh itu, childproofing di bilik air pun penting untuk setiap isi rumah dengan anak kecil.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga. Mama Siti ada tips mudah, jom kita tengok!

10 Tips Mudah Untuk Childproofing Bilik Air Mama

1. Pastikan bilik air berkunci.

Ada penghuni atau tidak, pastikan pintu sentiasa bertutup dan berkunci. Tutup pinti sahaja tidak cukup. Jika mereka pandai mencapai-capai, mereka akan pandai masuk ke dalam bilik air dan akhirnya kemalangan di dalam bilik air akan berlaku. Mereka kan curious!

2. Pastikan Mama kunci tempat duduk tandas selepas guna.

Selepas menggunakan mangkuk tandas, pastikan ianya ditutup dan dikunci. Ini untuk mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam mangkuk toilet serta main dengan air mangkuk tandas tersebut. Jelaskan mengapa ianya kotor dan tidak boleh bermain dengannya.

3. Guna kain alas kaki yang tidak licin.

Tab dan lantai bilik air sering licin bila dibasahi air. Ia akan menyebabkan kemalangan di dalam bilik air. Letakkan alas kaki yang anti gelincir sewaktu si manja mandi!

4. Sediakan tempat duduk mandi khas untuk si kecil.

Anak-anak sering tidak boleh berdiam diri semasa mandi. Oleh itu, cuba dapatkan tempat duduk mandi untuk mereka. Letakkan juga mainan-mainan menarik dan tidak merbahaya untuk mereka main.

5. Sediakan bekas mandian sewaktu mandi.

Mungkin nampak remeh tetapi bila Mama sediakan bakul mandian semasa waktu mandi, ia akan memudahkan kerja Mama. Jangan lepaskan mata Mama dari anak walau sesaat pun tau! Jika terlalu lama tinggalkan mereka, ia mungkin akan menjadi kemalangan.

6. Pasangkan pelindung sudut pada bucu untuk elak kecederaan.

Sekarang sudah menjadi normal untuk mempunyai kabinet di dalam bilik air. Bagi kabinet yang mempunyai bucu-bucu yang tajam, pastikan Mama pasang pelindung sudut demi keselamatan anak-anak.

Kalau kita terkena pun dah rasa sakit, inikan anak-anak.

7. Alihkan bangku langkah (step stool) anak-anak.

Setiap rumah dengan anak kecil mesti mempunyai bangku kecil ini bukan? Bangku ini bagus dalam membantu mereka berdikari sewaktu menggosok gigi dan mencuci tangan.

Tapi, jika dibiarkan di situ sahaja, anak-anak boleh menggunakannya untuk mencapai barang yang mereka tak sepatutnya capai. Jadi, alihkan bangku tersebut ke tempat yang lebih selamat.

Lagi bagus, Mama boleh ajar mereka untuk letak bangku ke tempat asal selepas setiap penggunaan.

8. Pastikan kabinet bilik air mempunyai kunci.

Kena ada kunci ke? Ya, mestilah! Dalam kabinet bilik air, terdapat macam-macam barang seperti bahan kimia yang berbahaya, berus yang tajam dan macam-macam lagi yang boleh cederakan anak-anak.

Oleh itu, pasang kunci pada kabinet ataupun beli kabinet yang berkunci, yang hanya Mama dan Papa sahaja yang boleh membukanya.

9. Simpan alat-alat cucian bilik air di dalam kabinet berkunci.

Seperti apa yang Mama Siti pesan di atas, dalam kabinet mesti ada bahan yang berbahaya untuk si manja. Oleh itu, pastikan Mama simpan bahan-bahan kimia, alat pencuci semua balik ke dalam kabinet yang berkunci.

10. Pastikan kunci butang flush tandas.

Ini biasa berlaku. Anak-anak akan suka main flush sebab nak tengok air itu bergerak. Ia bukan sahaja merosakkan flush, tetapi membazir air juga tau! Oleh itu, cari kunci flush ataupun, kunci terus pintu bilik air tu ya, Mama!

Tidak guna menangis bila nasi sudah pun menjadi bubur. Untuk mengelakkan kemalangan di dalam bilik air berlaku, ambil langkah berjaga-jaga ni dahulu! Dapatkan infografik childproofing di bilik air di bawah!


Dapatkan tips ajar anak masuk bilik air di SINI!