Pedofilia dan child grooming adalah salah satu jenayah seksual yang boleh berlaku terhadap anak-anak Mama Papa! Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal pangkat dan didikan agama.
“Saya mengaku saya memang salah. Apa yang ditularkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku,” Begitulah ucapan seorang puteri kepada dua orang selebriti setelah dikatakan mengganggu rumah tangga pasangan suami isteri, malah sebelum dirinya cukup umur.
Namun siapakah yang salah, atau siapa yang benar, Mama Siti tidak mahu buat dosa jariyah. Kita serahkan kepada pihak berkuasa, dan mereka yang terlibat sahaja.
Bagaimanapun, Mama Siti ingin memperingatkan, pemangsa pedofilia, menggunakan kaedah child grooming semakin meningkat pada zaman sekarang. Ini terbukti apabila Polis Bukit Aman merekodkan 2,436 kes jenayah fizikal dan bukan fizikal dilakukan golongan ini terhadap kanak-kanak sejak tiga tahun lalu.
Lebih membimbangkan apabila kes jenayah seksual ini didapati meningkat dengan mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 membabitkan 1,065 kes direkodkan sepanjang tahun lalu.
Mama Siti ingin kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan pedofilia dan child grooming—bagaimana mengenali tanda-tanda pemangsa, bagaimana Mama Papa boleh didik anak mengenai hal ini, dan sebagainya.
Baca sampai habis untuk lebih cakna bahaya penjenayah jijik ini!
Pedofilia
Maksud
Gangguan pedofilik dicirikan oleh fantasi, desakan, atau tingkah laku yang berulang, membangkitkan seksual, atau tingkah laku yang melibatkan kanak-kanak (biasanya berumur 13 tahun atau lebih muda).
Pedofil mungkin tertarik kepada kanak-kanak lelaki , perempuan , atau kedua-duanya, dan mereka mungkin tertarik hanya kepada kanak-kanak atau kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Doktor mendiagnosis pedofilia apabila seseorang berasa sangat tertekan atau menjadi kurang berfungsi dengan baik kerana tarikan mereka kepada kanak-kanak atau apabila mereka telah bertindak atas desakan mereka.
Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun yang mewakili satu pertiga atau 29.4% daripada populasi negara – Keganasan Terhadap Kanak-Kanak.
Ciri-Ciri Pemangsa
- Bergaul dengan Kanak-kanak
- Pemangsa seksual yang mempunyai minat khusus terhadap kanak-kanak mungkin menunjukkan keutamaan untuk bergaul dengan kanak-kanak sekolah rendah atau sekolah menengah. Mereka mungkin mempunyai sedikit persahabatan seusia mereka namun mempunyai pergaulan yang luar biasa rapat dengan kanak-kanak.
- Mencipta Kebergantungan
- Pemangsa seksual mungkin mula memanipulasi mangsa pilihan mereka untuk mewujudkan pergantungan dan keintiman. Pada mulanya, mereka mungkin sangat prihatin, menghujani individu itu dengan hadiah, pujian, panggilan telefon, dan teks.
- Menggunakan Bahasa Manipulatif
- Anda mungkin melihat seseorang yang berpotensi sebagai pemangsa seksual menggunakan bahasa manipulatif. Mereka mungkin menghina atau mengejek mangsa pada tingkah laku, penampilan, pakaian, rakan atau bahagian lain dalam kehidupan peribadi mereka. Mereka mungkin berulang kali memberi tumpuan kepada perasaan mereka sendiri untuk membuat mangsa berasa bersalah kerana menyakiti mereka.
- Melanggar Sempadan Fizikal dan Seksual
- Pemangsa seksual mungkin memaksa sempadan yang sihat. Tingkah laku ini mungkin bermula dengan sentuhan yang kelihatan tidak bersalah pada bahagian belakang, tangan atau kaki. Tetapi ia mungkin meningkat kepada sentuhan yang tidak sesuai pada paha, berhampiran alat kelamin, pada payudara, atau bahkan membelai tanpa persetujuan orang itu.
- Menyatakan Cemburu dan Mengawal Tingkah Laku
- Dalam kebanyakan kes, pemangsa seksual mungkin cemburu dan mengawal rakan, ahli keluarga atau minat romantis yang lain. Mereka mungkin memantau aktiviti media sosial, kehidupan peribadi dan aktiviti harian mangsa.
Child Grooming
Maksud
Penggunaan pelbagai teknik manipulatif dan kawalan dengan subjek untuk mewujudkan kepercayaan atau menormalkan tingkah laku yang berbahaya secara seksual.
Cara Pemangsa Beroperasi (RCE)
- Pengambilan (Recruitment)
- Mangsa mungkin terpikat ke dalam hubungan romantis yang bertukar menjadi hubungan seksual fizikal.
- Dalam sesetengah kes, mangsa baharu dikenal pasti dan dibawa ke dalam kumpulan oleh mangsa lain, kadangkala dirujuk sebagai fasilitator mangsa.
- Kawalan (Control)
- Ini adalah elemen penting dalam proses kerana ia mewujudkan dominasi pelaku ke atas mangsa. Mangsa digalakkan oleh pelaku untuk melepaskan diri daripada semua kumpulan sokongan mereka; contohnya, rakan sebaya, keluarga dan sekolah.
- Pelaku kemudia mengambil kawalan sepenuhnya ke atas mangsa tersebut menjadikan mereka bergantung sepenuhnya kepada mereka.
- Eksploitasi
- Dalam fasa ini mangsa dieksploitasi secara seksual dan boleh disediakan kepada pemangsa lain untuk eksploitasi seksual. Kawalan dikenakan dengan tekanan yang melampau untuk memastikan pematuhan dan seakan-akan mangsa itu membuat pilihan atau meneroka seksualiti mereka.
Tanda-Tanda Child Grooming
Seorang pedofil yang berpotensi mungkin bermula dengan membuat kanak-kanak itu berasa “istimewa” atau “utama”.
Ini boleh melibatkan penyasaran kanak-kanak menggunakan permainan atau hadiah. Jadi jika seorang dewasa berminat untuk bermain dengan mainan dengan cara yang kelihatan “melebihi pengasuhnya”, anda sepatutnya perlu berhati-hati.
Tanda amaran lain termasuk seorang dewasa secara jelas meminta kanak-kanak merahsiakan ‘hubungan’ mereka.
Menguji sempadan peribadi seperti menggalakkan hubungan fizikal yang tidak sesuai, adalah penunjuk lain.
Selalunya, grooming dilakukan mengikut tiga peringkat:
- Mendapatkan akses kepada mangsa.
- Memulakan dan mengekalkan penderaan.
- Menyembunyikan penderaan.
Apabila grooming semakin jelas, pelaku akan mendedahkan kanak-kanak kepada alkohol, dadah atau pornografi.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, suruhanjaya menyatakan grooming hanya dapat dilihat selepas penderaan dikenal pasti, kerana niat atau motivasi pelaku tidak dapat dilihat dengan serta-merta.
Begitulah sedikit sebanyak berkenaan pemangsa jijik yang sentiasa berkeliaran disekeliling kita! Takut nya perkara ini terjadi pada orang-orang yang kita sayang!
Mama Papa tolong ambil perhatian tentang isu ini! Insya-Allah Mama Siti akan kongsikan lagi topik-topik berkenaan pedofilia dan child grooming. Jangan lupa untuk hidupkan notifikasi supaya Mama Papa tak terlepas!
Untuk lebih banyak artikel berkenaan keselamatan anak-anak, Mama Siti kongsikan di SINI.