KelabMama

Chemical Pregnancy: Pakar OBGYN Kongsi Golongan Yang Berisiko Tinggi

faktor chemical pregnancy

Chemical pregnancy atau lebih dikenali sebagai kehamilan kimia sering menjadi topik yang kurang difahami dalam kalangan Mama di luar sana.

Dr. Lou Wei Yeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Walaupun ia adalah salah satu penyebab keguguran yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan Mama, tetapi bagi Mama yang sedang mencuba untuk mengandung, sudah pasti pengalaman ini boleh membawa pelbagai persoalan dan emosi yang bercampur-baur.

Apakah punca sebenar kehamilan kimia? Adakah ia boleh dielakkan? Dan bagaimana cara terbaik untuk menangani situasi ini?

Untuk menjawab persoalan Mama Papa, Dr. Lou Wei Yeng yang merupakan seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), akan kongsikan pandangan beliau tentang kehamilan kimia ini kepada Mama Papa.

Bersama-samalah, kita memahami apa yang berlaku di sebalik fenomena ini, tanda-tanda yang perlu Mama perhatikan, serta langkah-langkah untuk mempersiapkan diri dalam perjalanan kehamilan seterusnya.

Walaupun ia adalah pengalaman yang menyedihkan bagi Mama yang telah berusaha untuk mengandung, kehamilan kimia juga memberi petanda bahawa tubuh Mama mampu untuk mengandung.

1. Apakah maksud chemical pregnancy dan bagaimana ia berbeza daripada keguguran biasa?

Chemical pregnancy merupakan sesuatu keadaan di mana kehamilan yang sangat awal dan hanya didapati dikesan dengan cara ujian kencing ataupun darah.

Kebanyakan kandungan hanya dapat dikesan dengan cara imbasan ultrasound selepas 5 minggu, justeru chemical pregnancy hanya berlaku sebelum 5 minggu mengandung.

Keguguran sebelum 5 minggu ini dipanggil chemical pregnancy.

2. Apakah ia common, terutamanya di Malaysia, dan apakah punca utama berlakunya chemical pregnancy?

Chemical pregnancy adalah biasa dijumpai. Sebanyak 50 hingga 75% keguguran adalah disebabkan oleh chemical pregnancy.

Punca utama berlakunya chemical pregnancy tidak diketahui tetapi beberapa unsur pendorong seperti genetic, kromosom yang tidak sihat, rahim yang tidak kuat, usia Mama mengandung yang tinggi, jangkitan kuman dan sebagainya.

3. Apakah tanda-tanda awal dan gejala kehamilan kimia, dan bagaimana seorang Mama dapat mengetahui jika Mama mengalaminya?

Kebanyakan Mama akan mengalami kelewatan haid dan seterusnya melakukan ujian mengandung yang menunjukkan positif.

Akan tetapi Mama akan mengalami pendarahan seperti haid ataupun sengugut dan ujian seterusnya pula menunjukkan keputusan negative.

Jikalau tiada ujian mengandung awal dilakukan, Mama mungkin tidak dapat perasan Mama tengah mengalaminya.

4. Apakah seseorang yang mengalami kehamilan kimia perlu berpantang seperti selepas keguguran biasa atau bersalin?

Mama yang mengalami kehamilan kimia tidak perlu berpantang dan Mama boleh cuba mengandung semula selepas 2 minggu selepas itu.

5. Apakah terdapat langkah penjagaan atau pemeriksaan susulan yang spesifik bagi Mama yang baru mengalami kehamilan kimia?

Tiada rawatan atau penjagaan istimewa diperlukan.

6. Bolehkah kita mencegah chemical pregnancy, dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Mama untuk mengurangkan risiko?

Kebanyakan masanya chemical pregnancy tidak dapat dicegah. Tetapi doktor biasanya akan meneliti semua risiko di kalangan Mama yang mengalami chemical pregnancy.

Jikalau Mama sering mengalami chemical pregnancy atau keguguran melebih tiga kali, ujian darah yang lebih terperinci diperlukan.

Ini termasuk masalah genetik dan kromosom pasangan, penyakit kencing manis, masalah dinding rahim yang tidak normal, masalah hormon wanita ataupun jangkitan kuman.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah makanan yang seimbang, kurangkan berat badan bagi Mama yang ada masalah hormon tidak stabil.

Folic acid dapat mengurangkan risiko dapat janin yang tidak sihat seperti neural tube defect (masalah pembentukan dan tumbesaran saraf semasa bayi dalam kandungan).

7. Sejauh mana chemical pregnancy boleh memberi kesan kepada kesejahteraan emosi dan fizikal wanita, dan apakah sokongan atau sumber yang tersedia untuk Mama-mama di Malaysia?

Sebahagian Mama mungkin rasa bersalah dan tertekan dengan chemical pregnancy. Mereka perlu faham bahawa keguguran dan chemical pregnancy adalah sesuatu yang sering berlaku, dan tidak perlu menyalahkan diri.

Sokongan daripada keluarga, doktor dan rakan sekerja adalah penting untuk membantu Mama melalui cabaran apabila mengalami chemical pregnancy.

Sekiranya Mama mengalami gangguan emosi, Mama perlu mendapat rawatan dan kaunseling daripada doktor.

8. Adakah terdapat ujian atau rawatan yang tersedia untuk membantu mendiagnosis atau merawat masalah yang boleh menyumbang kepada kehamilan kimia?

Ya, sekiranya di kalangan yang berisiko tinggi seperti Mama yang mempunyai keadaan seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS), atau masalah gangguan hormon, rawatan awal seperti hormon boleh membantu.

Bagi mereka yang mempunyai masalah pelekatan janin seperti fibroid atau septum dalam rahim, pembedahan pemulihan boleh dilakukan.

9. Adakah kehamilan kimia petanda masalah kesuburan atau komplikasi pada masa hadapan, atau adakah ia biasanya berlaku pada masa itu sahaja?

Kebanyakan masa kehamilan kimia ini berlaku pada masa itu sahaja, ramai pasangan dapat kehamilan dan bayi yang sihat selepas kehamilan kimia.

10. Apakah faktor usia meningkatkan kebarangkalian untuk mengalami kehamilan kimia, dan bagaimana ini memberi kesan kepada Mama di Malaysia yang cuba untuk hamil pada usia yang lebih lewat?

Usia yang lanjut adalah berisiko untuk mendapat kehamilan yang tidak sihat terutamanya masalah kromosom seperti down syndrome. Justeru, usia yang lanjut menyebabkan kualiti telur dan sperma terjejas.

Persenyawaan sperma dan telur Mama yang tidak sihat jarang dapat berkembang dan membesar, menyebabkan risiko kehamilan kimia dan keguguran bertambah.

11. Apa nasihat yang Doktor boleh berikan kepada Mama yang telah mengalami chemical pregnancy dan bimbang tentang peluang Mama untuk hamil dengan sihat pada masa hadapan?

Jangan bimbang terhadap chemical pregnancy akan menjejaskan kesihatan atau kesuburan Mama. Keupayaan untuk mengandung telah dibuktikan dan ia sebenarnya satu petanda yang baik.

Menjaga diri dengan tabiat yang sihat seperti makanan seimbang, rehat yang cukup, menangani stress kehidupan dengan elok, minda yang sihat serta ambil folik asid meletakkan diri Mama dalam keadaan yang optimum untuk menerima kehamilan yang sihat.


Mama nak tahu bagaimana keputihan darah ini boleh berlaku? Klik di SINI.