Perjalanan pulang ke kampung merupakan sebuah nostalgia yang ramai dapat kaitkan dalam hidup mereka. Tetapi harus diingati untuk tidak leka dalam keseronokan pulang ke kampung terutamanya semasa musim perayaan ini.
Kecuaian pemandu-pemandu menyebabkan banyak kejadian kemalangan sehingga ada yang meragut nyawa.
Elakkan sebelum terlambat! Ini 11 checklist pemeriksaan kereta papa harus periksa sebelum pulang beraya.
11 Checklist Pemeriksaan Kereta Sebelum Pulang Beraya
1.0 Sistem Kereta
1.1 Minyak Hitam
Minyak hitam atau minyak enjin berfungsi sebagai pelincir bagi komponen kereta berfungsi. Keadaan minyak hitam penting bagi kondisi kereta dan perlu diperiksa secara rutin dan bukan hanya dilihat pada tarikh penukaran minyak hitam.
Ini kerana boleh juga terjadi kebocoran pada saluran atau tangki minyak hitam yang menyebabkan kekeringan dan dikhuatiri merosakkan komponen lain dalam kereta.
Berikut adalah cara pemeriksaan minyak hitam:
- Pastikan enjin kereta dimatikan dan buka bonet hadapan kereta anda.
- Cabut dipstick dan bersihkan sisa minyak padanya menggunakan kain atau tisu.
- Masukkan semula dipstick ke dalam minyak hitam, kemudian keluarkannya semula.
- Perhatikan paras minyak hitam kereta anda berada pada tahap ideal – paras minyak hitam yang ideal berada di antara dua tanda pada dipstick. Sekiranya paras minyak hitam rendah, tambah segera mengikut kesesuaian.
- Periksa juga tahap kepekatan minyak hitam – minyak hitam yang berada dalam keadaan baik akan berwarna lut sinar dan sedikit kuning atau kehijauan.
1.2 Bendalir Kereta
Selain minyak enjin, terdapat beberapa bendalir lain yang perlu diperiksa sebelum papa mulakan perjalanan. Papa boleh merujuk panduan buku penyelenggaraan kenderaan sekiranya tidak pasti tahap yang disarankan bagi kenderaan anda.
Cecair yang perlu diperiksa ialah:
- Minyak gear – lakukan pemeriksaan sama seperti anda memeriksa paras minyak hitam kereta.
- Cecair penyejuk boleh mengelakkan kereta anda overheat terutamanya semasa pemanduan jarak jauh untuk jangka masa yang lama.
- Minyak brek untuk prestasi brek yang selamat.
- Cecair stereng kuasa atau power steering untuk pengendalian yang lancar.
1.3 Speed-o-Meter
Meter yang terdapat pada belakang steering kereta bukan sahaja berfungsi untuk menunjukkan kelajuan kereta dan kadar minyak, bergantung pada model dan jenama kereta, speed-o-meter boleh mengandungi pelbagai maklumat termasuk detect masalah dalam sistem kereta.
Berikut merupakan perkara yang perlu diperiksa pada meter kereta:
- Aras minyak & meter halaju
- Dua penanda ini merupakan antara yang biasa terjadi masalah untuk setiap kereta dan kebiasaannya tiada masalah kritikal.
- Simbol dan maksud bagi setiap satunya:
- Lampu ini merupakan indikator brek tangan anda masih digunakan.
- Lampu penunjuk kereta ini merupakan indikator keadaan enjin anda.
- Sekiranya lampu ini sudah menyala, menandakan bahawa bateri kereta anda mungkin sudah rosak atau lemah dan sudah tiba masanya untuk menukar dengan bateri yang baru.
- Antilock Braking System atau singkatannya ABS adalah satu sistem kompleks untuk mengelakkan roda kereta anda terkunci apabila membrek.
- Indikator untuk Traction Control System (TCS), sebuah sistem yang mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman. Lampu ini akan menyala sekiranya sistem TCS dimatikan (secara manual) dan akan menyala dan berkelip apabila sedang berfungsi.
- Lampu ini biasanya akan menyala apabila tahap bahan bakar kereta anda berada di tahap yang rendah.
- Lampu indikator yang menandakan tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu.
- Sekiranya simbol ini berwarna biru, bermakna enjin anda masih belum cukup panas (biasanya pada awal pagi) untuk pemanduan optimum – pandu perlahan terlebih dahulu untuk menjaga kesihatan enjin anda. Namun sekiranya berwarna merah, terdapat masalah pada enjin anda – berhentikan kenderaan di tempat yang selamat untuk biarkan ia sejuk dan segera lakukan pemeriksaan.
- Lampu amaran kuantiti minyak enjin. Sekiranya menyala ketika anda sedang memandu, enjin anda berkemungkinan besar kekurangan minyak hitam / minyak enjin.
- Lampu amaran ini akan menyala apabila kunci anda diputar ke posisi ON dan akan terpadam sebaik sahaja enjin dihidupkan.
- Apabila lampu amaran bagi beg SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda kerana ini merupakan indikator amaran bahawa beg keselamatan udara kereta anda sedang mempunyai masalah.
- Lampu penunjuk kereta ini akan menyala apabila salah satu pintu kereta atau bonet anda tidak ditutup rapat.
- Lampu ini hanya terdapat pada sesetengah kereta baru yang mempunyai mod Economy.
1.4 Bateri Kereta
Bateri kereta merupakan jantung untuk kereta. Terdapat dua jenis bateri iaitu basah dan kering. Jika bateri kereta anda tidak ditukar untuk suatu tempoh tertentu (lebih setahun), anda perlu periksa sama ada ia masih lagi berada dalam keadaan baik atau tidak.
Sekiranya anda berdepan situasi enjin kereta tak boleh start secara tiba-tiba semasa berhenti di kawasan rehat atau mengisi minyak contohnya, ia mungkin menandakan voltan bateri kereta kong atau sudah lemah.
Anda juga boleh melakukan jumper bateri kereta untuk menghidupkan enjin kereta, dan segera menukar bateri. Sekiranya tidak ditukar, dikhuatiri akan menjejaskan komponen lain seperti alternator dan lain-lain.
2.0 Keselamatan Perjalanan
2.1 Tayar
Tayar pada kereta anda adalah satu-satunya bahagian kereta yang bersentuhan dengan jalan raya. Jika salah satu dinding atau permukaan tayar rosak, ia boleh menyebabkan pemanduan menjadi kurang selesa dan tidak selamat.
- Tekanan angin Tayar
- Pastikan tekanan angin tayar kereta adalah mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Kurang tekanan angin boleh menyebabkan pemanduan tidak stabil dan konsumsi minyak berlebihan manakala berlebihan pula boleh menyebabkan tayar meletup atau pancit.
- Tahap kehausan tayar
- Risiko kerosakan pada tayar seperti tayar kereta kena paku, bunga tayar haus, tayar bengkak, tayar botak, tayar makan dalam atau sebagainya. Jika tayar anda dalam keadaan buruk, ini boleh berbahaya dan boleh menyukarkan pemanduan dalam hujan.
2.2 Lampu & Signal
Sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan semua lampu kereta menyala dan berfungsi dengan baik.
Lampu kereta yang berfungsi dengan baik dan terang boleh membantu pemandu lain melihat anda dengan lebih mudah pada waktu malam dan dalam cuaca hujan.
Kerosakan pada mana-mana lampu akan meningkatkan risiko berlaku kemalangan kerana kenderaan anda sukar untuk dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain, serta kadar penglihatan anda rendah.
Anda harus memeriksa sebarang kerosakan pada lampu kereta anda iaitu:
- Lampu depan
- Lampu belakang
- Lampu undur
- Lampu brek
- Isyarat kereta.
Berikut adalah cara memeriksa lampu kereta:
- Minta bantuan ahli keluarga atau rakan untuk menghidupkan enjin.
- Hidup suis lampu atau menekan brek sementara anda memeriksa di sekeliling kenderaan anda.
- Anda juga disarankan untuk menyediakan mentol lampu ganti (spare bulbs) sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya mentol lampu kereta anda terbakar atau mati secara tiba-tiba semasa perjalanan.
2.3 Tali Pinggang Keledar
Tali pinggang keledar merupakan fitur keselamatan kereta yang amat penting dan boleh menyelamatkan keluarga dari berlaku sebarang kemalangan jiwa. Namun begitu, sering kali tali pinggang mengalami kegagalan berfungsi mendedahkan pamandu dan penumpang kepada risiko sekiranya terjadi sebarang kecemasan.
Berikut cara memeriksa keadaan tali pinggang keledar:
- Fizikal tali pinggang keledar
- Tarik tali pinggang keledar keluar secara perlahan dan periksa sekiranga terdapat sebarang koyakkan pada fabrik tali pinggang keledar.
- Menyentak tali pinggang keledar untuk memeriksa keberhasilannya.
2.4 Peralatan Kecemasan
Point ni sangat penting, tapi masih ramai yang tak endahkan. Jadi, team Mama Siti masukkan sekali dalam checklist pemeriksaan kereta khas untuk Papa ni.
Anda juga dinasihatkan untuk menyediakan peralatan atau kit kecemasan khas untuk kenderaan.
Ia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku sepanjang perjalanan.
Pastikan kereta anda dilengkapi sekurang-kurangnya peralatan yang boleh membantu anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti tayar pancit atau kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan.
Papa boleh menyediakan senarai item wajib dalam kit kecemasan seperti berikut:
- Kit peralatan untuk menukar tayar spare termasuk jack kereta – pastikan tekanan angin tayar spare diperiksa dan diisi sebelum perjalanan.
- Pemutar skru, playar, spanar pelbagai saiz dan peralatan lain yang diperlukan.
- Kabel jumper.
- Pita pembalut.
- Telefon mudah alih, lampu suluh dan powerbank.
- Sarung tangan.
- Air minuman botol.
- Baju hujan.
- First aid kit.
- Tiga segi kecemasan.
3.0 Kebersihan
Selain penjagaan di atas, Papa juga dinasihatkan untuk mencuci kereta. Walaupun kelihatan remeh, kebersihan juga memainkan peranan pada pemanduan dan keselamatan.
Mencuci kereta ini membantu:
- Meningkatkan kadar kebolehlihatan cermin kereta yang lebih jelas. Ini kerana, bendasing seperti debu, tahi burung dan sebagainya dibersihkan daripada cermin kereta sekali gus meningkatkan jarak penglihatan.
- Mengenal pasti mana-mana komponen kereta yang rosak seperti tayar kereta, wiper kereta dan sebagainya – bila kita cuci kereta barulah kita akan lebih teliti tentang satu persatu bahagian kereta bukan? Barulah mudah untuk kita mengenal pasti komponen kereta yang rosak atau memerlukan perhatian.
4.0 Pandu Uji
Jika Papa melihat apa-apa perubahan pada kereta semasa memandu, seperti bunyi bising atau bergegar, Papa harus menyemak perkara yang berlaku. Ini termasuk perkara seperti perubahan bunyi enjin kereta atau keselesaan memandu.
Papa juga boleh mencari tanda-tanda lain bahawa kereta anda mungkin menghadapi masalah, seperti kerosakan yang ketara:
- Stereng kereta tak center di jalan yang lurus menandakan masalah pada alignment kereta Papa.
- Bunyi ketika brek menandakan pad brek kereta sudah haus. Kalau ada bunyi, Papa disarankan untuk gantikan pad brek jika perlu. Pad brek perlu digantikan jika pad brek berbunyi atau digunakan melebihi 80,000 km sejak kali terakhir ia ditukar.
Selesai Papa periksa kereta menggunakan checklist pemeriksaan kereta di atas dan sekiranya ada yang perlu dibaiki, segera bawa kereta Papa ke bengkel.
Dengan cara ini, Papa dapat menghindari masalah dalam perjalanan dan juga pengeluaran wang ekstra sekiranya perlu dibaiki (lagi) di kemudian hari.
Dapatkan pelbagai tips dan panduan berguna sepanjang Syawal di SINI.